Assalaamu’alaikum w.b.t…….  Semoga anda semua sihat dan bahagia belaka bersama keluarga tersayang. Saya terpanggil untuk membicarakan topik ini kerana saya tengok ramai juga orang2 Islam kita yang masih merasa hairan  mengapa orang2 yang kufur pada Allah, orang2 bukan Islam yang biasanya maju dan berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya Sains dan Teknologi.

Kita sebenarnya tidak perlu hairan mengapa boleh terjadi begitu jika kita betul2 menghayati sejarah dan membuat kajian terperinci. Kita lihat pada zaman Nabi Musa a.s sudah lah, siapa yang bina tamaddun dan teknologi yang hebat pada ketika itu jika tidak orang2 yang kufur kepada Allah iaitu Firaun dan geng2 dia?  Hehe. Nabi Musa dan umatnya hanya lah golongan2 bawahan yang serba kekurangan dari segi duniawi, tetapi mereka mempunyai kelebihan dari segi rohani yang dapat membekalnya ke alam abadi sana.  Maka apa lah yang hendak diperbesarkan dan bangga2 kan sangat dengan kelebihan duniawi?  Semuanya itu hanya mainan syaitan, mahu menjadikan kita saling menunjuk2 sesama kita, sombong dan merendah2kan orang lain, semakin lagho dengan dunia yang sentiasa menipu.

Sebenarnya perkara ini perlu ditulis dengan lebih mendalam dan perlukan kepada banyak bab kerana ia banyak berkait dengan pelbagai perkara.  Tetapi oleh kerana saya ini bukannya seorang pengarang tegar, dan saya tidak berniat untuk menerbitkan sebuah buku, tetapi hanya ingin berkongsi pengetahuan di sini semoga ada yang mendapat manfaat, maka saya cuba simpulkan secara ringkas tetapi padat sahaja di sini. Cakap banyak membuai2 sampai orang termimpi2 tak guna juga, maka saya gunakan cara straight to the point. Walaupun ada yang merasakan bahawa tulisan ini panjang lebar, tetapi sebenarnya telah distraight to the point kan ni 😀

Sebenarnya ilmu semua datangnya dari Allah, maka asas di sini pun kita sudah dapat tahu bahawa ilmu itu milik Islam, kerana Islam itu agama dari Allah, sebab itu ilmu adalah satu barang yang hilang dalam Islam, bukan permata sahaja yang hilang. Manusia pertama turun ke dunia adalah Adam dan Hawa, mereka juga adalah Islam kerana mereka berserah diri pada Allah. Mereka telah dididik oleh Allah secara langsung dan melalui para malaikat dan mengetahui banyak ilmu pengetahuan, sehinggakan malaikat2 sendiri pun mengakui kehebatan Nabi Adam.

Tanpa Adam siapa lah kita semua termasuk lah saintis2 dan pencetus2 teknologi tinggi di dunia ini. Kemudian berkembanglah anak2 cucu Adam, dan tersebarlah ke merata pelusuk dunia, masing2 mungkin dengan ilmu masing2 yang kita semua pun tidak mengetahuinya dengan pasti. Zaman demi zaman berlalu, kemudian muncul lah nabi2 lain pula sebagai utusan kepada manusia dan menyampaikan wahyu peringatan dari Allah S.W.T. Maka ini membuktikan lagi bahawa setiap ilmu yang berkembang itu berasalnya dari langit.

Setiap para nabi ada kepakaran masing2, seperti nabi Daud dengan seni pertukangan besi, Nabi Nuh dengan seni pertukangan kayu, Nabi Sulaiman dengan pelbagai kelebihan termasuklah dapat berkomunikasi dengan binatang, yang sehingga kini para saintis masih lagi tidak dapat menguasainya.

Dan adalah kita semua tahu bahawa jin dan iblis telah hidup lebih lama dari manusia. Maka sains dan teknologi mereka sebenarnya lebih jauh hebat dari sains dan teknologi manusia. Dan para jin juga menyebarkan ilmu sihir kepada manusia terutamanya sejak zaman Nabi Sulaiman. Adalah tidak mustahil para jin juga menyebarkan teknologi mereka kepada manusia. Dan ini lah firasat saya tentang bagaimana orang2 yang kufur pada Allah dahulu kala sampai kini juga dapat menguasai ilmu2 sains dan teknologi yang hebat, iaitu dengan bantuan para jin.  Sememangnya para jin yang kafir ingin menyesatkan manusia, dan mereka tahu selok belok cara bagaimana untuk mempengaruhi manusia dan cuba memesongkan terutamanya aqidah manusia dari beriman dengan sebetulnya terhadap Allah S.W.T

Satu sebab utama lagi, yang amat biasa berlaku dalam sejarah kemanusiaan ialah kerana PERANG.  Masing2 dari dulu lagi saling mencipta kelengkapan untuk berperang. Masing2 merekacipta alat2  dan senjata2 yang canggih. Sehingga lah ke zaman tentera Amerika mereka cipta jaringan komunikasi yang kini diguna pakai secara meluas oleh kita semua iaitu Internet. Pada asalnya direka cipta untuk kegunaan ketenteraan. Panjang lagi cerita tentang ini tetapi cukup saya bagi point sahaja di sini.

Pada asalnya sains dan teknologi digunakan untuk berperang, akhirnya selepas zaman perang, ianya dipindahkan kepada penggunaan barang2 harian dan dikomersialkan. Setelah teknologi sudah ada, maka dari semasa ke semasa ianya diperkembangkan , sehinggalah hari ini kita dapat lihat pelbagai produk teknologi tinggi keluar di pasaran. Dah camam2 ada sampai yang tidak pernah kita terfikir dulu pun dah keluar sekarang. Itu lah maksudnya dunia sudah nak sampai ke penghujungnya.

Maka dengan sebab2 di atas, maka tidak perlu lah kita hairan mengapa orang2 kufur juga diberikan kelebihan oleh ALLAH di dunia ini.  Dan ingatlah kata2 dari Nabi Muhammad S.a.w yang bermaksud , “Dunia adalah penjara orang2 mukmin, dan syurga kepada orang2 kafir”.  Para nabi dari Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Muhammad tidak hidup dalam keadaan mewah bahkan hanya qana’ah dalam kehidupan mereka.  Tetapi yang hairannya, ulamak2 zaman sekarang banyak yang hidup mewah, mencari harta bertambun2 dan gila projek jugak.  Maka kalau dah ulamak gila projek , orang2 awam semua ni apa lagi, ‘ulamak borek, anak2 buah rintik’  la keh3.  Tetapi kalau projek itu untuk membantu perkembangan agama dan manusia2 yang susah, maka itu adalah sangat bagus. Yang tak bagusnya adalah yang berkepentingan peribadi semata2.

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadis riwayat Imam Tirmizi

Ujian harta benda hingga kan orang yang kaya dan berharta dihormati, dan orang yang miskin dan hidup susah dipandang lekeh dan dianggap pemalas.  <– iklan je ni 😀

Banyak negara yang berkembang pesat ilmu pengetahuan dan teknologi kerana penduduknya yang amat ramai. Berbanding dengan Malaysia kita ini , yang hanya ceteot dalam peta dunia. Kerana itu lah kita bukan antara negara2 yang merintis sains dan teknologi, kerana bilangan kita yang amat sedikit. Sememangnya diketahui kualiti adalah lebih baik dari kuantiti, tetapi kena ingat, bukan selalunya begitu. Amat jarang sekali kita dengar seorang boleh kalahkan 10 orang. Yang biasa kita dengar seorang kena lanyak dengan 10 orang huhu.  Maka kena tengok keadaan juga jika mahu gunakan istilah tersebut. Melainkan jika 10 orang tadi semuanya berkualiti, maka itu lebih bagus, kerana 10 orang yang berkualiti adalah lebih baik dari 10 orang yang tidak berkualiti.

Kita lihat juga kepada negara2 yang ramai penduduk Islam seperti Syria, Iran, Mesir dan sebagainya. Mereka juga adalah perintis2 dalam sains dan teknologi dan mereka adalah orang2 Islam.

Oleh itu tidak timbul soal orang Islam yang tiada menjadi perintis dalam sains dan teknologi kerana mengikut sejarah pun , adalah orang2 Islam yang banyak kembangkan ilmu Sains dan Matematik terutamanya dari Timur Tengah sana.  Selepas itu ilmu2 itu dikorek dan digali lagi oleh saintis2 bukan Islam dan diperkembangkan sehingga kini.  Maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai Sains dan teknologi sesuai dengan pepatah Arab yang berbunyi “Man jadda wajada” yang bermaksud “Siapa berusaha dia akan mendapatnya”.  Maka tidak kira Islam atau bukan Islam, jika seseorang itu berusaha sedaya upaya, insyaAllah dia akan dapat apa yang dia usahakan.

Dan banyak lah hikmah mengapa orang2 yang kafir pun diberi kelebihan duniawi. Antaranya , itu adalah sebagai ujian keimanan, orang2 kafir diberikan kesenangan dunia terlebih dahulu, dan orang2 beriman diuji sama ada semakin bertambah keimanan atau sebaliknya.

Hendak mengejar kemajuan tidak salah, tetapi hendaklah diseimbangkan antara rohani dengan jasmani. Kerana kita ini hidup bukan hanya dengan jasmani, tetapi juga rohani. Maka mestilah seimbang kedua2nya, itu adalah yang terbaik.

Kesimpulan

Kesimpulannya mudah, simple bukan pimple, ilmu adalah satu barang berharga yang hilang dalam Islam. Maka tugas kita semua untuk mencari dan menggunakannya sebaik mungkin demi kerana Allah S.W.T.  Dan tidak perlu hairan mengapa orang2 yang kufur pun mendapat kelebihan yang hebat di dunia ini kerana itu semua adalah COBAAN. Semoga kita dapat tetapkan iman kita semua dan sentiasa mendapat hidayah, rahmat, berkat dan keampunan dari ALLAH S.W.T,  amiin.  Baarokallahu lakum 🙂

…….

…….

Bacaan berkaitan :

Ramai sarjana Islam dulu pelopori kaedah Matematik

AlQuran dan asal penciptaan alam semesta

Al Quran dan ciri-ciri sensor pada kulit

Ramai saintis mengakui kebenaran AlQuran