Assalaamu’alaikum w.b.t……. Di sini ambe ada kumpul beberapa hadith nabi yang berkenaan dengan ujian dalam kehidupan. Semoga kita dapat lebih tabah lagi menghadapi ujian-ujian terutamanya ujian keimanan dalam hidup kita.
Pertamanya kita mesti faham bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30
Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang2 yang sabar menghadapi ujianNya. FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146
Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286
.
Koleksi hadith-hadith
* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi
* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi
.
Bersambung ke Bagaimana untuk kita sabar menempuh ujian dalam kehidupan
manatuhanallah
Jul 10, 2009 @ 15:48:24
ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!
Tenang-tenangkan diri…
Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/
Terima Kasih
Krulayar
Ahmad Nizam
Jul 10, 2009 @ 21:16:19
Salaam semua. wahai saudara krulayar, maaf saya menyampuk, saya sekadar kasihan dengan fahaman dan apa yang saudara tulis di blog saudara itu. Saya hanya boleh mengatakan fahaman itu betul2 menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Jangan nanti saudara kata saya nak cari balah dengan awak, tuduh awak sesat ke apa pulak yer.
Cuma apa yang saya mahu katakan, ia benar2 menyimpang dari ajaran islam yang sebenar. Harap maklum semua.
Boleh saudara terangkan siapa saudara yang sebenar, asal dari mana, sekarang tinggal di mana, saudara berfahaman dan agama apa? Terima kasih 🙂
kamarul
Jul 12, 2009 @ 13:27:06
nampaknya sudah datang ujian ini kepada kita rupanya
kamarul
Jul 12, 2009 @ 13:31:10
wahai saudara krulayar, jangan anda menyesatkan orang ramai dengan fahaman anda itu,
Tuhan tidak akan muncul di bumi dan manusia bukannya Tuhan, mana anda belajar sumer ni?
mungkin dari Dajjal kot?
kamarul
Jul 12, 2009 @ 13:32:48
punah…punah,, ai
Anis
Jul 12, 2009 @ 16:40:06
Astaghfirullah…
Mengucap2… sgt2 merbahaya serangannya.. (Minta perlindungan drpdNya)
Barangkali saudara krulayar t’lalu byk b’fikir.. mungkin lbh kpd logik akal @ yg saudara sendiri shj tahu..
Sesungguhnya akal manusia @ diri kita ini sendiri t’batas..
Tidaklah Allah m’mberi @ mengajarkan kita ilmu melainkan sedikit… Di mana ada sesetengah p’kara klu kita fikirkan kita mmg tidak akan dpt m’bygkan spt contoh bgaimana rupa Allah..
Sekiranya kita t’lalu byk b’fikir spt mn saudara krulayar, sama la spt seolah2 kita m’pertikaikan keadaaanNya..
sbb itu kdg2 ada yg smpi blh jd gila.. krn kita memikirkan sesuatu p’kara yg tidak sepatutnya!
Setinggi mn ilmu manusia itu pun, jgn lh sekali2 berasa sombong mahupun riak.. umpama diri kita riak dgn Maha Pencipta kita..
Apabila manusia sudah mulai sombong @ merasakan dirinya tinggi darjat di sisi Allah @ seseorg yg istimewa maka mrk2 inilah yg harus b’waspada krn mrk2 inilah yg lbh mudah t’pedaya dgn tipu serta hasutan syaitan..
Syaitan2 ini kemudiannya b’bisik kpd hati manusia2 ini bahawa mrk ini sdg melakukan yg betul @ mengaku bahawa bisikan itu adalah dari Allah..
Tenung semula diri baik2, cerminkan hati, siapalah kita utk m’dpt keistimewaan spt itu?! kita bkn rasul @ wali Allah..
Mrk2 pun sudah tiada… Sbb itu menuntut ilmu itu wajib.. wajib b’ilmu dgn tok guru yg m’bawa & m’bimbing kita ke jalan Allah.. Jln yg m’bawa kita kenal kpd Allah..
Klu dh sedemian kata & pandangan krulayar, krulayar jg harus b’fikir.. dr mn ilmu ini semua dia dpt? & untuk apa?
Andai kata utk dikongsi sesama manusia, adakah ianya benar..
Sebarang pendapat @ fahaman spt itu, rata2nya m’buatkn manusia t’fikir.. ‘ilmu apa ini?’
dan seperkara lagi.. andai ada di antara jiwa2 manusia yg ikut b’fikiran & b’faham spt saudara & seandainya ia salah, saudara yg akan dipertanggungjawabkan!
Tidakkah saudara krulayar b’fikir dahulu.. @ berasa takut @ b’waspada dgn setiap apa yg saudara sebarkan?
Sesungguhnya hati yg ada kpd Allah akan ada semua faktor/rasa itu.. yg m’jadikan ia b’hati2 sebelum b’kata sesuatu..
P’kataan2 yg saudara lontarkan itu seolah2 menyamakan Tuhan sy yg Maha Mulia, yg Maha Esa, Allah dgn manusia di muka bumi ini.. sedih rasanya..
sy ingin b’tnya pd krulayar, seandainya manusia ini sama spt Allah spt mn fahaman kamu itu, di mana istimewanya lg Tuhan itu?
Tuhan apa klu mcm itu? sana sini tuhan ke..? apakah yg dimaksudkan dgn tuhan? kamu tahu ke? utk apa sembah tuhan yg tidak hebat itu??
Allah satu2nya Tuhan yg Maha Agung.. tidak ada satu pun yg menyamainya.. tolong la b’henti b’fikir yg bukan2… 😥
Ahmad Nizam
Jul 12, 2009 @ 22:20:34
Salaam semua. hehe saudara krulayar ni nampaknya hanya singgah utk promote link ke website dia. mungkin dia akan datang lg ke sini dan mungkin tidak. Dia sedang bertungkus lumus menyampaikan ajarannya itu skrg.
konsep yang di bawa oleh krulayar tu sama dengan konsep yang di bawa oleh Bhagawan Sri Sathya Sai Baba, Ayah Pin, dan beberapa lagi. Iaitu utk bergabung semua agama di bawah satu bumbung. Nampak mcm bagus, tetapi sebenarnya akan lagi rosak, kerana fahaman yang berlainan sama sekali mana boleh bergabung dalam satu bumbung, melainkan hanya sekadar berbaik secara biasa seperti selama ini telah kita buat. Jika berada dalam satu bumbung, maka lebih banyak perbalahan akan berlaku dari perdamaian.
Satu perkara yang saya rasa kita perlu ingat, nak fikir pasal dunia ni fikir lah macam2 perkara, pasal memang kita digalakkan berfikir tentang kejadian ciptaan Allah S.w.t ini. tetapi kita tidak digalakkan banyak berfikir sangat tentang perkara ghaib, apa lagi tentang zat Tuhan. Seperti mana banyak yang saya dah sebut dalam blog ni.
Saya cuma ingin berpesan kepada saya dan sesiapa sahaja lebih2 lagi mereka2 yang asas agamanya terlalu kurang, agar berhati2 dan tidak mudah terpedaya dengan fahaman pelik lagi mengarut seperti itu. Kerana matlamat mereka tidak lain untuk memecah belahkan kesatuan Islam dan merosakkan aqidah kita. Terlalu banyak provokasi terhadap Islam sekarang, semoga Allah lindungi kita semua dari disesatkan oleh syaitan2, amiin.
Terima kasih kepada semua komen yang menegur krulayar, bagus2 hehe, jazaakumullahu khoirol jazaa’ 🙂
adam
Jul 24, 2015 @ 20:14:19
Assalamualaikum saudara Ahmad Nizam. Maaf saya menggangu saudara tapi saya berharap agar ada secebis harapan yang dapat saya harapkan pada saudara. Besar kiranya jikalau saudara sudi membimbing saya ke arah islam yang sebenar’benar islam yang mana pada zaman ini kebanyakannya sudah banyak terpesong dari landasan yang benar. Sungguh kekeliruan ini amat menggangu saya dan juga saya baru ingin mendidik diri ini untuk mengenal islam yang sebenar’benarnya islam setelah 19tahun kejahilan menguasai diri saya. Semoga hidayah Allah SWT dapat saya rasakan dari diri saudara dan semoga saudara sudi untuk berkongsi agama islam yang suci ini kepada saya setelah lama saya lupa tentang tujuan sebenar kewujudan saya di bumi Allah SWT ini. Saya ingin menjadi Khalifah Allah SWT. saya ingin melakukan sama halnya yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW sejak 1400 lebih masihi. Saya ingin mati dalam keadaan islam yang benar. Bantu saya. BImbing saya ya saudara Ahmad Nizam. Jika saudara ada kelapangan. Sudilah saudara menjengah ke fb saya benz_emo.rawk@yahoo.com (Pejuang Khalifah)
atau boleh terus ke phone contact saya 0192417493(Adam) sungguh besar maknanya jika saudara sudi membantu saya yang jahil tentang agama. maaf telah menganggu masa saudara. Waalaikumsalam.
shafifah
Jul 16, 2009 @ 15:54:09
MAJLIS ILMU HUJUNG MINGGU INI :
SAMBUTAN ISRAK WAL MIKRAJ NABI S.A.W
Tetamu Undangan Khas YSNS, Tuan Habib Umar Bin Abdul Rahman Al Jiffri dari Jeddah & Madinah al Munawwarah.
Tarikh : 17 Julai 2009 ( Jumaat )
Masa : 07.00 malam
Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan, 71350 Kota, N. Sembilan.
Muslimin/Muslimat dijemput dan dipersilakan hadir beramai-ramai bagi menyambut dan memperingati majlis Israk wal Mikraj Nabi Muhammad s.a.w ini.
AHAD di masjid TAMAN TAR Ampang penceramah yang sama serta mulai jam 6.00 petang
http://pondokhabib.wordpress. com
alexious
Ogo 04, 2009 @ 15:35:20
Shalom Haliluyah
alexious
Ogo 04, 2009 @ 15:35:49
Shalom Haliluyah Puji Tuahan
siti rahmah
Sep 14, 2009 @ 00:05:21
http://www.facebook.com/people/Siti-Rahmah/655692966
terima kasih pada segala kata-kata mutiara anda
Ahmad Nizam
Apr 09, 2010 @ 09:57:22
win
Jan 20, 2011 @ 11:06:57
mintak izin ye tuk copy sebagai renungan tuk diri saya..syukran
rantonb1968
Mac 07, 2011 @ 12:14:17
very good..http://www.paradise-coffee.com
Hafiz Amurwabhumi
Sep 10, 2011 @ 23:03:43
bila ujian dtrima dngn ikhlas maka rasa senanglah yg didapat
fahmi fikri
Sep 12, 2011 @ 15:57:11
saudara krulayar kata siapa allah ada di bumi menjelang kiamat sebutkan ayat &surat di dalam yang membuktikan kalau allah ada di bumi ketika menjelang kiamat!
husna
Dis 26, 2011 @ 22:46:18
nak copy ea..jzklh
zira
Jan 09, 2012 @ 16:18:49
go to hell!
idad
Feb 17, 2012 @ 21:31:45
assalamualaikum…blogwalking…suke baca entri nie…syukran berkongsi ilmu utk manfaat umat islam skelian di pelusuk bumi allah….;)
Kuingin Kautersenyum
Feb 18, 2012 @ 02:53:27
Assalamu’alaikum… sangat bermanfaat utk kt semua yg mau mencari ilmu, semoga kt tetap selalu istiqomah di jalanNya. amin… (eh… ada ukhty widad jg yg ikut komentar ya ! apa kbrnya ukhy ? syukron ya sdh…..)
haura' atiqah
Apr 24, 2012 @ 21:19:04
Assalamualaikum… Alhamdulillah wa syukurillah… sangat sangat membantu.. 🙂 syukran.
Pedoman
Mei 03, 2012 @ 07:45:24
Good article. I absolutely love this website. Continue the good work!
Khairi
Okt 27, 2012 @ 00:47:49
Assalamualaikum , saya mohon untuk membuat copy dan menyebarkan apa yg disampaikan . Terima kasih 🙂
Amir Ashman
Jan 18, 2013 @ 22:26:18
assalamuailaikum mohon kebenaran untuk copy page ini kerana hendak berkongsi dengan yang lain
nanank herman
Sep 10, 2013 @ 21:24:06
setiap energi pasti membutuhkan tekhnologi dan setiap tekhnologi membutuhkan metodologi untuk mencapai kehadirat allh kita juga membutuhkan tehknologi yag tak terhingga metodologinya kita harus bersama2 dgn org2 yang tak terhingga secara ruhani kita
wiby
Nov 09, 2013 @ 16:06:10
Bagus dan bermanfaat untk qt smua sbg umat allah SWT .
Hamba Allah swt
Jan 09, 2014 @ 16:03:03
kita hanyalah manusia biasa…… Allah juga tuhan kita. maka berimanlah kita kepada-NYA.maka kita ini bukanlah tuhan…… sebaliknya hanya hamba ALLAH yang lemah dan memelukan pertolongan….assalamualaikum….