Assalamu’alaikum w.b.t……  Berita dah basi ni sebenarnya, saja ambe pandai2 nak berceloteh di sini. Lagi pun ambe tak puas hati ni, nak tahu apa ambe tak puas hati? Tungguuuuuuuuu 😀

Sebelum tu nah 2 keping gambar Tuan Guru di sana. Gambar2 ni ditembak oleh sahabat ambe Dzul yang sedang menuntut di sana.

tuan guru haji hadi

tuan guru haji hadi

Apa yang ambe tak puas hati ialah, si Dzul tu yang sedang belajar di sebuah universiti dan duduk jauh nun di puncak Manchester, UK sana dapat bergambar dan bersalaman dengan Tuan Guru. Sedangkan ambe ni dah la duduk satu negeri dengan Tuan Guru, kampung kami pun tak la jauh sangat, tapi tak pernah lagi dapat peluang bergambar dan bersalaman, wah kah kah. Tu jer sebenarnyaa, soriii😀

Betapa Uniknya Ciptaan Tuhan, yang dekat tak dapat2, tetapi yang jauh dan yang tak disangka2 itulah yang dapat.  Maka menjadi pengajaran kepada kita betapa bukan semua yang kita mahu itu dapat dan bukan semua yang kita rasa mudah itu mudah, dan bukan semua yang kita rasa payah itu payah.

Sekian berita terbasi.  Jazaakumullahu khoirol jazaa’ 🙂

Sumber gambar2 – Dzul di Flickr