Assalaamu’alaikum w.b.t……. dan salam sayang serta sejahtera. Semoga sihat dan bahagia belaka hendaknya. Tulisan ini khas ditujukan kepada saudara2 Kristian di luar sana. Bukan mahu mengutuk, bukan mahu menghina, bukan bukan bukan hehe. Ini sekadar mahu mengajak berfikir. Kepada yang faham Bahasa Melayu tentu tahu membezakan yang mana menghina, yang mana mengutuk. Baca baik2 tulisan ini sebelum menuduh apa2 ya😉

Tulisan kali ini ringkas sahaja, just straight to the point. Kristian mengatakan Yesus telah mati disalib, dan dibangkitkan semula selepas wafatnya dan diangkat ke langit.  Manakala Islam pula mengatakan Yesus tidak mati disalib, tetapi Allah telah mengubah rupa seorang pengikutnya menjadi rupa Yesus, dan orang itu yang disalib, sedangkan Yesus terus diangkat ke langit.

* Kristian mengatakan Yesus bukan manusia biasa kerana dia dilahirkan tanpa ayah , dibangkitkan semula selepas mati dan diangkat ke langit.

Saya pula mengatakan, Nabi Adam a.s pun dilahirkan tanpa ayah, dan tanpa ibu lagi (ini lagi pelik). Dia diciptakan terus dari tanah sedangkan kita semua menjadi manusia setelah melalui beberapa peringkat termasuklah sperma dan sebagainya dan keluar dari rahim seorang wanita, bukannya lelaki.

Nabi Muhammad S.a.w pun telah diangkat ke langit pada peristiwa Israk dan Mi’raj, menghadap Allah Tuhan sekelian alam.  Dia dapat menceritakan kejadian di tempat lain yang sangat  jauh dari tempat tinggalnya pada malam itu di mana ada saksi yang membenarkan peristiwa yang dilihatnya itu. Sedangkan di zaman itu masih tidak ada kapal terbang. Peristiwa ini berlaku dalam satu malam sahaja (ini lagi pelik). Maka apa bezanya kejadian2 itu dengan kejadian terhadap Yesus?

Semua kita ini ditiupkan roh oleh malaikat di dalam perut ibu kita sebelum kita menjadi manusia. Sama seperti Yesus, malaikat meniupkan roh ke dalam rahim Mariam. Tentang kejadian Yesus dalam rahim Mariam adalah perkara mudah bagi Tuhan untuk melakukannya. Kuasa Tuhan adalah Dia hanya mengatakan ‘Jadi’ maka akan jadi lah. Yesus dilahirkan melalui rahim Mariam, tidak bermakna dia itu adalah anak Tuhan ataupun Tuhan.

Ketahuilah , Tuhan tidak berhajat atau bergantung kepada sesuatu yang lain. tetapi sesuatu yang lain itu termasuk kita semua yang berhajat dan bergantung kepada Tuhan. Maka Tuhan tidak perlu menjelmakan dirinya dalam bentuk manusia (Yesus) dan seumpamanya.

Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Berkuasa, Maha Hebat. Dia tidak lemah dan perlu menjelma atau berpecah bahagian sebagai manusia yang lemah. Tiada suatu apa pun yang sama denganNya. He’s the One and Only God, He’s The AlMighty.

Yesus hanya lah seorang Utusan dari Allah. Dia adalah seorang Rasulullah, diutuskan untuk mengajak manusia mengabdikan diri  dan menTauhidkan Allah, bukannya menTrinity kan Allah. Sama seperti para rasul lain. Dan sudah semestinya masing2 ada kelebihan masing2. Dan istimewanya Yesus ialah dia dilahirkan tanpa ayah, dan diangkat langit dan masih tidak mati hingga lah ke saat yang ditentukan oleh Allah nanti. Dan dia diberikan beberapa kelebihan mukjizat, di mana semua para rasul ada mukjizat masing2 yang tersendiri.

* Kemudian kristian mengatakan Yesus dibangkitkan dari mati, maka dia layak menjadi Tuhan. Saya mengatakan, orang2 yang telah mati dan akan mati pun semuanya akan dibangkitkan nanti di Hari Kiamat.  Bezanya cuma lambat atau cepat sahaja. Maka adakah kita semua ini Tuhan?  Kerana kita juga akan bangkit dari mati suatu masa nanti. Sama-sama kita renungkan.  Jika ada bantahan atau komen sila isi kotak komen di bawah dan luahkan isi hati anda🙂

Peace and justice for all. Have nice days ahead🙂

Bacaan berkaitan:

Ramai orang2 Kristian dahulu yang menolak Trinity

Perbezaan ajaran Yesus dengan ajaran Paulus (Kristian)

Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1

Bible mengatakan hanya 144,000 umat Israel akan masuk syurga

Muhammad S.a.w adalah Rasul terakhir sedangkan Yesus bukan Rasul terakhir

Paulus yang selewengkan ajaran Yesus dan mencipta Kristian

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2