Assalaamu’alaikum w.b.t… Hhhmmm ambe baru try install WinXp dalam Linux Mint 7 sehari dua ni, tetapi nampaknya tidak begitu memuaskan hati sangat setakat ni. Harap2 ada yang pakar Linux dapat membantu ku di sini. Ingatkan pada mulanya ia dapat baca semua partition yang ada dalam hard disk, tetapi rupa2nya ia dapat baca partition yang dibuat ketika mahu create Virtual machine tu sahaja.

Program yang digunakan untuk install Windows XP ke dalam Linux ini sudah tentu lah saya gunakan VirtualBox OSE.  Ianya lebih kurang sama dengan VmWare cuma VirtualBox adalah open source (bermakna ianya percuma).   Tetapi malangnya saya terpaksa install balik semua program Windows yang ingin digunakan di dalam tu. Bermakna, penggunaan ruang hard disk yang lebih lagi huhu. Di bawah ini adalah snapshot virtual machine tersebut ;

Tetapi yang menariknya, kita boleh jalankan program2 Windows dalam Linux menerusi mesin virtual (virtual machine) tu. Dan jika kita mahu restart / reboot windows dalam tu, tak perlu restart linux. Kita dapat lihat windows reboot dalam kotak VirtualBox tu atau minimize kan dia sambil boleh buat kerja lain dalam Linux OS.

Maka bagi sesiapa yang mahu buat kerja dalam Linux dan dalam masa yang sama menjalankan program Windows, boleh lah cuba install Windows dalam Linux sebegini. Cara lain untuk membuka program Windows dalam Linux adalah dengan menggunakan Wine software yang biasanya sudah tersedia ada dalam Linux versi terkini. Tapi saya selalu hadapi masalah program crash apabila jalankan program Windows dalam Linux dengan menggunakan platform Wine ni. Dan rasanya tidak semua program Windows dia betul2 support. Dan mungkin tidak berkat kerana nama software tu pun dah wine  ih ih ih

Sebelum mahu create virtual machine sebagai guest OS (Windows XP) dalam Linux tu, rasanya beberapa perkara perlu dititik beratkan seperti berapa saiz partition yang hendak diperuntukkan kerana dibimbangi tidak cukup ruangan untuk beraksi dalam guest OS tu nanti. Saya baca di laman VirtualBox bahawa kita boleh copy paste dari guest OS (dalam kes saya ni ialah Windows XP) ke host OS (Linux) setelah kita install Guest additions, tetapi setakat ni saya masih tidak berjaya melakukannya. Bagaimana agaknya cara yang betul ya? hhhmmm

Guest additions telah berjaya saya install, dan kini tidak perlu lagi tekan butang CTRL utk mengaktifkan mouse cursor dalam VirtuaBox tu dan menyahaktifkan semula dan kembali ke Host OS. Dan resolusi skrin dalam VirtuaBox juga semakin bertambah baik dan fullscreen nya betul2 penuh (baru terasa seperti betul2 berada dalam Windows XP jika di toggle fullscreen dengan menekan kekunci CTRL + F). Tidak seperti sebelum menginstall Guest additions, fullscreen nya tidak betul2 penuh. Cuma masalahnya seperti tadi sahaja lah, masih tidak boleh copy dan paste dari guest OS ke host OS.

Untuk install Guest additions tu pula ada pilihannya dalam menu ‘Devices’ pada kotak VirtualBox.   Selepas install Guest additions tu , selain dari fungsinya semakin baik seperti yang diberitahu tadi, akan keluar juga virtual cd pada drive cd rom dalam Windows XP itu (boleh disemak dalam My Computer).

Selepas ini dan seterusnya tak pasti lah saya ingin terus menggunakan VirtualBox ini atau tidak kerana banyak program Windows yang saya mesti gunakan dan masih tidak ketemu cara yang baik utk menggunakannya dalam Linux. Mungkin saya akan terus gunakan 2 sistem operasi (Operating System – OS) seperti biasa iaitu dual boot. Lagi pun jika saya bikin dual boot, satu OS tu boleh menjadi sebagai back up OS jika salah satunya mengalami kerosakan ketika kerja tengah melambak dan idea tengah datang. Bezanya kalau guna Windows Xp dalam Linux ialah kita tidak perlu boot PC untuk beralih ke Windows dan beralih pula ke Linux. Tetapi reboot PC bukan masalah besar pun😀

Oleh itu, bagi mereka yang bekerja menggunakan platform PC, install la sekurangnya 2 OS dalam PC anda. Tidak kira sama ada salah satunya adalah Windows XP, dan satu lagi Linux,  atau kedua2nya adalah Windows XP atau Linux.  Kerana anda tidak tahu bila OS anda akan corrupt / rosak. Maka sebelum kerja2 anda terbantut ketika idea datang mencurah2, elok sediakan satu OS backup sebelum anda tensen!😀

Dan mengapa saya juga guna Linux? Kerana seperti tujuan ramai orang, iaitu kerana Linux adalah OS percuma dan hampir semua program2 untuk Linux adalah PERCUMA dan juga untuk mengelakkan dari Microsoft atau syarikat2 OS lain memonopoli dunia OS , yang menyebabkan barang komputer pun kemungkinan akan lagi naik nanti 😀

Tambahan :

VirtualBox ini boleh juga digunakan untuk menginstall Linux dalam Windows, yang mana saya belum mencubanya lagi. Yang berbezanya , untuk install dalam Windows mesti download VirtualBox untuk Windows, dan begitulah sebaliknya.