Assalaamu’alaikum w.b.t……. Oleh kerana Stephen nampaknya suka berceloteh di blog ini, maka saya dengan ini ingin bertanya lagi kepada dia tentang perkara yang disebutkan dalam topik di atas. Ini kerana kita lihat rata2 mereka yang menganut Kristian, yang perempuannya langsung tidak menutup kepala / menutup aurat dengan betul.  Yang menutup kepala dan menutup aurat dengan betul hanya lah para biarawati.

Tetapi jika kita lihat penganut agama Islam, majoritinya menutup aurat walaupun mereka itu adalah orang2 awam, bukan hanya para guru agama dan ustazah.  Dan kita tahu perintah menutup kepala dan aurat2 lain itu adalah WAJIB. Sebagaimana yang diperintahkan dalam AlQuran;

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab : ayat 59

“Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiadk berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur : ayat 31

Begitu juga dalam kitab Bible juga ada memerintahkan agar kepala wanita ditutup / menutup aurat, seperti dalam  1 Korintus, Bab 11:

[1 Kor 11:5] Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menhina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.

[1 Kor 11:6] Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.

[1 Kor 11:10] Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat.

[1 Kor 11:13] Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala yang tidak bertudung?

Maka di atas alasan apa kaum wanita dalam Kristian hanya biarawati yang menutup aurat? Sedangkan orang2 awam tidak menutup aurat dengan betul? Nampak seperti ianya perkara enteng / ringan.

Mengapa saya sentuh tentang aurat wanita?

Kerana ini lah satu2nya bahaya tersembunyi yang boleh MEROSAKKAN IMAN kaum lelaki secara halus, (hinggakan pak2 Imam pun boleh jatuh tersungkur). Akibat dari wanita2 seksi dan tidak menutup aurat dengan betul lah maka wanita2 yang menutup aurat pun menjadi mangsa, kerana lelaki boleh membayangkan tubuh wanita hasil dari yang ditengok dari wanita2 seksi terutamanya yang menampakkan bentuk tubuh sebelum itu.

Sebab itu pernikahan betul2 dianjurkan dalam Islam, iaitu untuk mengelakkan berlaku sumbang perbuatan terhadap kaum wanita. Kerana itu lelaki2 yang belum kahwin akan terjejas juga bila melihat wanita2 seksi yang mendedahkan bahagian2 tubuhnya. Ketahuilah, walaupun sedikit didedahkan, nafsu lelaki amat kuat magnetnya apa lagi jika wanita itu gebu, cantik dan seumpamanya.

Akibat selalu tertekan dengan melihat keadaan wanita seksi di mana2, maka lelaki2 terutama yang lemah imannya dan yang belum lagi berkahwin akan mudah terjerumus untuk melakukan perbuatan keji. Even sampai kepada wanita2 bertudung pun jadi mangsa kerana wanita2 itu mudah untuk dimakan oleh pemangsa yang telah dibrainwash secara tidak sedar oleh wanita2 yang tidak menjaga auratnya. Saya pernah tulis panjang lebar tentang hal aurat wanita ini dalam tulisan saya yang lepas.

Saya pun hairan, kerajaan tidak mengambil berat tentang wanita2 Muslim yang tidak menutup aurat dengan sebetulnya. Dalam Islam, jika seseorang wanita itu tidak menutup aurat di khalayak ramai, wanita itu boleh dihukum. Takut bunyi nya kan? Tetapi itulah yang terbaik dilakukan untuk mengelakkan terjadi kes ROGOL, ZINA, ANAK LUAR NIKAH, BUANG BAYI dan sebagainya. Sebelum terlambat, MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT. 🙂

Untuk Stephen

Kepada Stephen, sila jawab persoalan2 di atas , terima kasih  🙂

Bacaan berkaitan :

Ramai orang2 Kristian dahulu yang menolak Trinity

Perbezaan ajaran Yesus dengan ajaran Paulus (Kristian)

Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1

Bible mengatakan hanya 144,000 umat Israel akan masuk syurga

Muhammad S.a.w adalah Rasul terakhir sedangkan Yesus bukan Rasul terakhir

Paulus yang selewengkan ajaran Yesus dan mencipta Kristian

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2