Assalaamu’alaikum w.b.t…. Penyakit sombong juga adalah warisan dari Iblis sejak turun temurun. Sama dengan penyakit2 lain seperti hasad dengki, pemarah, balas dendam, batu api dan sebagainya.  Penyakit itu berjangkit bukan melalui virus, bukan seperti H1N1 sekarang ini, tetapi ia berjangkit secara yang lagi halus, sehinggakan virus pun tidak dapat melihatnya.

Sungguh sifat takabbur / sombong ini sangat tidak disukai Allah , “Tidak diragukan lagi bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.” Surah An Nahl : ayat 23

Antara sombong yang paling dibenci ialah sombong dengan apa yang diturunkan melalui perantaraan Jibril iaitu AlQuran AlKarim. Sombong apabila tidak meyakini dan merendah2kan kandungannya yang cukup padat dengan pencerahan dan bukti2 tetapi masih mengatakannya sebuah kitab dongeng.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka “Apakah yang telah diturunkan Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Dongeng-dongengan orang-orang dahulu” Surah An Nahl : ayat 24

Dengan terjangkitnya penyakit sombong ini, maka akan merebak lah penyakit2 lain pula termasuk lah hasad dengki, keras hati, membuat kezaliman, melakukan fitnah dan camam2 lagi. Contoh kesombongan yang paling glamour dan paling hangat ialah sombongnya Firaun yang menjadi raja di Mesir suatu ketika dulu. Cuma yang menjadi bezanya dengan insan2 lain ialah tahap kesombongan masing2 dan sama ada sombong kuno dan sombong moden. Tetapi penyakit itu masih ada sampai ke hari ini dan tidak akan pupus hingga ke Hari Kiamat insyaAllah.

Kaum mustakbirin (orang2 yang takabbur) secara umumnya adalah disabitkan kepada golongan2 berada, berkuasa dalam sesebuah masyarakat yang berhadapan dengan golongan mustadh’afin (orang2 yang lemah) dan yang ditindas. Bukanlah bermakna golongan miskin tidak ada yang takabbur, tetapi secara umumnya ia ditujukan kepada golongan2 yang mempunyai kuasa dan banyak harta benda. Golongan miskin pula secara umumnya termasuk dalam kategori penyakit lain pula yang sebaiknya dibincangkan dalam topik yang lain.

“Maka masukilah pintu-pintu Neraka Jahannam di mana kalian kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri (takabbur)”. Surah An Nahl

Na’uzubillah min zaalik

Petua2 mengatasi perasaan sombong dari Imam Al Ghazali rahimahullah

1 – Ketika bertemu dengan kanak2, anggaplah kanak2 itu lebih mulia dari kita , kerana kanak2 itu belum banyak melakukan dosa berbanding kita .

– Biasanya kanak2 itu lah yang menjadi mangsa kemarahan, paksa itu ini, sering berleter pada dia tak tentu pasal dan sebagainya. Maka wahai orang2 yang merasakan lebih tua dari kanak2, berhati2 lah apabila berhadapan dengan kanak2 hehe

2 – Ketika bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana dia sudah lama beribadat.

– Tetapi kita biasanya anggap orang tua sebagai beban, low class, berfikiran kuno dan seumpamanya.  Sedangkan kita tidak tahu, pengalaman2 dia lagi berharga dari kita yang muda2 ni.

3 – Ketika bertemu dengan orang alim, anggap lah dia lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu yang telah dipelajari dan ketahui.

– Tetapi kita sekarang mengutuk2 orang alim, mengatakan ulamak jahat, pandang buruk , mencari2 kesalahan orang alim dan dijadikan bahan bicara jika ada terjumpa satu kesalahan dan sebagainya.

4 – Ketika bertemu dengan orang jahil , anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahui / berilmu (ini lagi teruk).

– Tetapi kita sekarang mudah merendah2 kan orang jahil, tidak mahu mendengar kata2nya, mengenepikan pendapatnya, menuduh dia yang bukan2 dan sebagainya.

5 – Ketika bertemu dengan orang jahat,  jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat di atas kesalahannya.

– Berlainan sekali dengan kita sekarang, yang terus mudah menghukum, memandang buruk, langsung tidak sayang pada dia apa lagi untuk mendoakan kebaikan untuknya, ih ih ih. Kita sentiasa melihat kesalahan dari pihak mereka, sedangkan kita tidak merasa kesalahan dari pihak kita.  Agak2nya kita ni ma’sum ke yer?😀

6 – Ketika bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa MUNGKIN pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh ALLAH dan akan MEMELUK ISLAM , maka segala dosa mereka akan diampuni oleh ALLAH S.w.t berbanding kita ini yang telah sedia ada banyak dosa!  astaghfirullah

– Kesilapan kita ialah kita sentiasa MENJAUHKAN diri dari mereka, walhal kita sendiri TIDAK TAHU kesudahan nasib kita nanti. Dan kita lupa, tanggung jawab kita adalah untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah dengan sebenar2nya.

Apa yang perlu kita buat?

Ianya simple sahaja, cewwah mudahnya cakap!  Tetapi betul, sebenarnya amat mudah untuk dibuat tetapi apa boleh buat, itu batu dalam kepala kita sukar untuk dicungkil dan dibuang jauh2. Masing2 suka pelihara batu, selain dari pelihara JIN huhu

Maka jika mengikut nasihat2 yang diberikan oleh Imam AlGhazali itu, kita tidak boleh mengatakan kita ini lebih mulia dari orang lain, itu sahaja.  Yang tua jangan tunggu yang muda untuk memuliakan, yang kaya jangan tunggu yang miskin, yang berilmu jangan tunggu yang jahil dan begitulah sebaliknya. kita sama2 perlu memuliakan antara satu sama lain. Pupuk diri dengan sifat RENDAH DIRI, jangan asyik nak BERLAGAK sesama kita.

Alangkah indahnya kehidupan jika masing2 saling merendah diri tetapi jangan sampai terlalu rendah, kerana kita mesti ingat tentang kesederhanaan, sebaik2 perkara adalah pertengahannya. Berpada2 lah. Cuma selalunya kita ini agak payah untuk menurunkan diri tetapi agak mudah untuk meninggikan diri. Maka belajar lah sifat2 Nabi Muhammad S.a.w dan kajilah sejarahnya baik2, insyaAllah jika kita berusaha pasti akan membuahkan hasil yang baik. Dan itulah antara tujuan utama Nabi Muhammad S.a.w diutuskan, iaitu untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Pesan saya sekali lagi, hayatilah baik2 petua2 di atas, jangan baca sambil lewa, semoga kita semua mendapat taufiq dan hidayah dariNya, amiin.

Baarokallahu lakum🙂