Assalaamu’alaikum w.b.t…. Semoga puasa anda ok dan tidak curi2 makan di siang hari yer huhu. Lufer sokmo ambe nak tulis story baru ni, tapi sedang ada kesempatan ni ambe tulis la sedikit.

Sekarang ini di Siberia kecoh tentang seorang lelaki yang mengaku sebagai Jesus/ Yesus.  Sekarang ini dia sudah mempunyai pengikut sebanyak 5 ribu orang lebih.   Dia dikenali sebagai Viassarion the Teacher. Nama sebenarnya ialah Sergei Torop, seorang ketua ajaran spiritual yang berumur 48 tahun. Dia mengaku bahawa dia adalah jelmaan semula Yesus / Nabi Isa a.s.

Si Sergei ni adalah seorang bekas polis trafik.  Dia dah berhenti menjadi polis tahun 1991 dulu dan sejak itu bergiat dalam kumpulan ajaran spiritual. Bukan dia seorang yang pernah mengaku sebagai Yesus, tetapi pengaruhnya amat kuat sekarang di mana para artis dan orang2 intelektual pun ramai yang menjadi pengikutnya. Lebih kurang macam Ayah Pin juga yang mana pengaruhnya juga tersebar di kalangan orang2 sedemikian.

Dia juga telah mengembara ke negara lain untuk mencari pengikut. Jangan anda terpedaya sudah nanti hehe.

Sergei-Torop

RUSSIA-RELIGION-SECT-SIBERIA-JESUS

Sergei-Torop3

Sergei-Torop4

Sumber :  DailyMail.co.uk , 31 ogos 2009

Berikut pula adalah senarai beberapa orang yang pernah mengaku sebagai jelmaan semula Jesus / Yesus;

* John Nichols Thom – 1799–1838 , mengaku sebagai jelmaan semula Yesus dan tubuhnya adalah markas kepada roh suci. Dia telah dibunuh oleh tentera British di Battle of Bossenden Wood, pada 31 Mei, 1838 di Kent, England.

* Jim Jones – May 13, 1931 – November 18, 1978, Mengaku sebagai jelmaan semula Jesus, Akhenaten, Buddha, Lenin, dan Bapa suci. Dia telah menganjurkan satu pembunuhan diri besar2an di Jonestown, Guyana.

* Marshall Applewhite – May 17, 1931–- March 26, 1997, Dia telah menyebarkan mesej yang terkenal di Usenet mengaku sebagai Yesus anak Tuhan.

* Suma Ching Hai – Lahir pada 12 Mei 1950, guru meditasi yang mengaku sebagai Avalokitesvara dan jelmaan semula Buddha dan Jesus.

Sumber:  Wikipedia

Jika anda ada tahu lagi mereka2 yang telah mengaku sebagai Yesus /  Jesus / Nabi Isa, sila berikan komen di bawah.

Sekian dulu perkongsian yang dah lama tak berkongsi , jazaakallahu khoirol jazaa’🙂