barack_obamaAssalaamu’alaikum w.b.t… Seperti biasa, pada bulan Ramadhan White House juga akan menyambut Ramadhan dengan tetamu2 Muslimnya. Pada hari Selasa lepas, Obama pula menjadi hos pada sambutan ini.

Obama memuliakan rakyat Amerika Muslim berdasarkan kepada Islam adalah agama Keamanan dan Progresif.  Antara terjemahan petikan kata2 nya pada majlis itu , “Maka pada malam ini, kita meraikan satu agama yang hebat, dan komitmennya terhadap Keamanan dan Progresif. Kita muliakan sumbangan Muslim2 Amerika dan contoh2 positif yang ramai antara mereka tetapkan melalui kehidupan mereka….

Adalah diharapkan kata2nya itu adalah secara ikhlas dan komited.  Jika Allah mahu tunjukkan satu keajaiban maka sekejap sahaja sesuatu itu boleh berlaku. Jika Presiden Amerika dapat memberi komitmen untuk membebaskan tanggapan ramai penduduk dunia bahawa Islam itu agama teroris, maka adalah satu perkara yang amat bagus sekali.

Sanak saudara Obama sendiri pun ada yang Muslim. Adalah diharapkan dia betul2 faham tentang bagaimana pendirian Agama Islam dan dapat membuang sangka buruk orang terhadap Agama yang suci ini.

Sememangnya jika Obama sendiri ingin membersih kembali nama Islam pun maka amat sukar untuk dilakukannya, kerana dalang2 dan peranan mereka2 yang di sebalik tabir amat licik. Walaubagaimana pun Allah Maha Berkuasa. Tiada suatu apa pun yang mustahil di sisiNya.

Dan sekurang2 nya Obama tidak menyatakan yang bukan2 dan terlalu nampak ingin menyerang Islam seperti mana pada zaman Bush dahulu.  Semoga semua manusia kembali mahukan keamanan dan bencikan kezaliman sesama manusia. Tuhan telah memberi manusia pilihan untuk mengubah nasib manusia.

Manusia selagi tidak betul2 beriman pada Allah dan hanya pentingkan diri sendiri dan tidak kasihan serta pedulikan nasib orang lain maka selagi itu lah akan wujudnya kezaliman sesama manusia.

Sama-sama lah kita berdoa agar Presiden Amerika itu mendapat hidayah. Apa lagi kalau dia sendiri memeluk Islam, lagi bagus😀