Assalaamu’alaikum w.b.t…  Kenapa terkejut? Tiba2 ada berita UFO tak pasal2 kat sini, hehe. Biasa la tu, general knowledge ni, kena jugak ambil tahu, tapi tak wajib pun.

Berita UFO kelihatan yang terbaru ni dah tak baru sebenarnya, tapi berlaku pada bulan Julai lepas di China. UFO tu dapat dirakam dalam video cam oleh saintis China dari Purple Mountain Observatory. Tapi menurut mereka, kajian akan dilakukan sepanjang 12 bulan seterusnya ni untuk mengesahkan dengan sebetulnya gambaran yang dilihat tu. Panjangnya ambil masa yer ih ih ih

Amacam, faham ke tidak apa yang mereka cakapkan? Saya pun tak faham😀

UFO tu dilihat berdekatan dengan matahari ketika gerhana matahari berlaku. beberapa penduduk kampung dekat tempat tu pun nampak sekali.

Anda tahu siapa itu UFO? Pendekkan cerita, mereka sebenarnya duduk bersama dengan kita juga tetapi hanya dimensi yang berlainan. Tetapi mereka boleh menjelma bila-bila masa insyaAllah.  Mereka ini lah dari bangsa jin, di mana akhir2 zaman ini projek mereka akan dilakukan lebih besar2an lagi.  Bersempena juga dengan persediaan akan keluarnya pemimpin agung mereka nanti, iaitu si mata satu.

Oh ya, di kesempatan ini saya mahu menceritakan satu pengalaman peribadi saya. Menda ni berlaku dalam 2 tahun lepas. Dulu saya pun skeptic juga tentang piring terbang dan sewaktu dengannya ni. Hinggalah pada satu malam tu saya terasa nak keluar rumah, pergi duduk kat halaman rumah saya. Jam masa tu dalam pukul 3 pagi kut. Pendekkan cerita (selalu pendekkan cerita yer – pasal straight to the point lagi bagus, dari membebel panjang2, x gitu?) , pendekkan cerita tetiba saya nampak 7 buah cahaya bergerak agak laju di angkasa.

Saya amati betul2, memang bukan kapal terbang, bukan jet dan seumpamanya. Naluri saya amat pasti dan bukannya bermimpi.  Apa yang saya lihat adalah tujuh buah pesawat yang nampak macam cahaya sahaja, bergerak amat laju dalam satu barisan, x sampai seminit sudah hilang dari pandangan saya.  Dan ianya amat tinggi di angkasa sana. Saya dapat merasakan begitu megahnya mereka di atas sana.  tetapi tak ada rejeki untuk rakamkannya dalam kamera, kerana masa tu kamera pun saya tak ada lagi huhu

Setakat tu dulu perkongsian kali ini, insyaAllah banyak lagi akan menyusul selagi hayat masih ada. Jika anda ada pengalaman tersendiri berkenaan dengan UFO, sila komen2, jangan segan2, sama2 kita berkongsi maklumat.  Subhanallah. Baarokallahu lakum🙂