Assalaamu’alaikum w.b.t……. Jangan ingat dalam filem Harry Potter sahaja yang ada sekolah sihir, sebenarnya ianya memang wujud di banyak tempat di dunia ini. Yang terbaru saya baca adalah di selatan Taiwan, yang kononnya mahu memelihara adat mereka dari dihakis oleh kemodenan. Perdukunan adalah satu warisan yang berharga bagi suku kaum Paiwan di Taiwan, tetapi bilangan pengamalnya semakin berkurangan di sana. Maka dengan sebab itu lah mereka mengambil langkah untuk membuka sekolah sihir dan mengaktifkannya semula.

Dukun2 Paiwan biasanya menjadi pengantara di antara tuhan dengan manusia. Dan kelas2 yang mereka tubuh sekarang adalah untuk melatih memberkati orang ramai dan mengelakkan gangguan syaitan, kata mereka. Mereka tidak mengatakan mereka mengamalkan sihir untuk memuja syaitan dan sebagainya, tetapi mereka mahu mengelakkan gangguan syaitan. Tetapi sedarkah mereka betapa sihir itu sendiri adalah permainan syaitan? Kalau ada di antara anda yang biasa pergi ke Taiwan, tolong2 lah sedarkan mereka ya, kesiaan mereka hehe.

Sekarang ini sekolah itu baru mempunyai 10 pelajar, tetapi penganjurnya berharap ia akan semakin berkembang. Saya pula berharap agar orang ramai sedar dan tidak terpengaruh dengan amalan2 sihir ini. Sememangnya ada sihir2 yang diamalkan untuk mengubati penyakit. Tetapi sebenarnya ada kisah2 yang kurang menyenangkan di sebaliknya, seperti perlukan mangsa tanpa pengetahuan manusia, perlukan korban, perlu memuja jin dan syaitan dan sebagainya.

Itu sahaja yang saya nak cerita dekat2 raya ini. Maka di kesempatan ini saya sebagai Muslim di Malaysia ini ingin mengucapkan, minal ‘aidin wal fa’izin, Salam Aidil Fitri 1430 H bersamaan dengan 2009 Masehi. Ampun dan maaf saya pinta dari hujung rambut sampai hujung kuku ibu jari kaki, sama ada secara lahiriah mahupun batiniah.

Taqobbalallahu minkum🙂

Sumber:  AFP

p/s:  Tahun ini tidak sempat nak buat kad raya, maka tiada kad raya untuk anda semua, harap maaf  :D