Assalaamu’alaikum w.b.t……. Saya sudah lama menulis tentang perkara ini, tetapi saya tulis dalam Bahasa Inggeris di blog lain. Saya ingatkan telah menulisnya dalam Bahasa Melayu, rupa-rupanya belum. Saya cari-cari tidak jumpa. Maka saya cuba lah tulis kembali tentang semua mahkluk bertasbih memuji Allah S.w.t. Semoga saudara-saudara agama lain pun mendapat pengajaran darinya insyaAllah 🙂
Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah Nama-nama Allah pada bermacam makhluk. Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.
Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil-sekecil makhluk iaitu ATOM, hingga sebesar-besar makhluk seperti matahari dan bintang-bintang lain yang lebih besar seperti Sirius, Pollux, Arturus, Rigel, Aldebaran, Betelgeuse, Antares dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1
Konsep ATOM, di mana Elektron mengelilingi Neukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet-planet mengelilingi matahari dalam sistem suria (Solar System) kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti (Milky Way Galaxy) dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan Allah S.w.t.
Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain? Sudah tentu lah ada yang mengawalnya.
Konsep ATOM, planet-planet dan sistem suria tadi sama lah konsepnya dengan umat Islam tawaf di Kaabah di Kota Mekah Al Mukarramah. Umat Islam tawaf mengelilingi Kaabah sambil memuji-muji Allah , maka begitu juga lah Atom, planet-planet dan sistem suria tadi, semuanya beredar di atas paksi (tawaf) sambil memuji-muji Allah. Dan ketahuilah, tiada tempat di dunia ini yang selama 24 jam sehari dipenuhi orang tawaf tanpa henti bergilir-gilir begitu, SubhanAllah. Begitu juga jika dilihat pada suatu AZAN yang dilaungkan apabila masuk waktu solat, ianya sentiasa berkesinambungan tanpa henti dari satu tempat ke satu tempat di seluruh dunia ini mengikut waktu-waktunya. Dengan kata lain, AZAN itu diibaratkan bunyi membesarkan Allah yang tawaf mengelilingi Bumi tanpa henti, masyaAllah.
Maka sekaligus sains sendiri telah membuktikan kebenaran ayat-ayat dalam AlQuran tersebut. Sesungguhnya segala makhluk di dunia ini bertasbih memuji Allah, hanya kita sahaja yang tidak tahu bahasa mereka. Dan yang lagi sedihnya, hanya MANUSIA sahaja yang ramai tidak suka malah langsung tidak memuji Allah, terutamanya orang-orang yang tidak beriman.
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Surah Al Israa’ : Ayat 44
Kaabah letaknya bersetentangan / selari dengan masjid para malaikat di langit iaitu Baitul Ma’mur dan bersetentangan dengan Arasy Allah di langit ke tujuh. Maka umat Islam bukan mengelilingi Kaabah kerana menyembah Kaabah , tetapi penyatuan segala HATI menuju ALLAH. Mengadap ke arah Kaabah hanya lah mengadap kiblat, yang mana kiblat itu secara terus menuju kepada Allah S.w.t.
Walaubagaimana pun manusia sendiri tidak sedar betapa tubuh mereka sendiri sebenarnya BERTASBIH memuji Allah. Kerana apa? Kerana setiap makhluk termasuk manusia terdiri dari susunan ATOM. Gabungan dari ATOM-ATOM lah yang membentuk pelbagai makhluk termasuk kita manusia. Bermakna ATOM-ATOM pada tubuh kita sentiasa bergetaran , tetapi pada ukuran yang sangat halus yang kita tidak nampak dengan mata kasar.
Elektron sentiasa mengelilingi Nukleus di dalam ATOM, dan dengan ini lah disabitkan bahawa mereka itu tawaf sambil memuji-muji Allah S.w.t.
Begitu juga dengan kicauan dan siulan burung, ombak menghempas pantai, bunyi deruman air terjun, suara-suara serangga dan sebagainya, tidakkah semua itu menenangkan jiwa jika mendengarnya? Itulah kerana mereka semua itu sedang berzikir (zikrullah), bertasbih memuji Allah, kerana itu jika kita mendengarnya maka jiwa kita pun turut merasa ketenangannya insyaAllah.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (ingat Allah)”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” Surah Ar Ra’d : Ayat 28
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hasyr : Ayat 1
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Jumu’ah : Ayat 1
“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” Surah An Nuur : Ayat 41
Sehinggakan guruh dan petir juga adalah memuji Allah;
“Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.” Surah Ar Ra’d : Ayat 13
Dan banyak lagi ayat AlQuran yang menyebut tentang segala makhluk bertasbih memuji Allah. Maka adakah kamu masih tidak mahu bertasbih memuji Allah dan masih memuji makhluk-makhluk lain? Bukti telah jelas diberikan sama ada secara rohani mahupun saintifik, adakah kamu masih ragu-ragu?
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.” Surah As Sajdah : Ayat 15
Semoga kita kembali mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya. Cintai Allah, cintai Rasul, cintai kedua orang tua, sayangi manusia dan segala makhluk. Peace, love and justice for all 🙂
Bacaan berkaitan:
Okt 29, 2009 @ 01:11:28
Asalamualaikum
Setiap makhluk yang dicipta adalah untuk menyatakan nama tuhan yang mencipta sewmesta alam, selamat maju jaya.
Terima kadseh salam hormat.
Okt 29, 2009 @ 13:33:36
sebab itulah jika manusia di dunia ini melakukan kesalahan, seluruh alam dan juga makhluk turut merasakannya….mereka juga tertanya2 kenapa manusia yang dikurniakan akal yang hebat oleh Allah sanggup melakukan kemungkaran. Benarlah apa yang disampaikan dalam Al-Quran jika manusia melakukan kemungkaran darjat mereka lebih rendah daripada binatang…
Okt 29, 2009 @ 13:38:09
ketahuilah sesungguhnya akhlak(sikap) yang baik itu adalah anugerah dari Ilahi …diatas amalan yang telah kita kerjakan untuk ke arah jalan yang diredhai-Nya
Okt 30, 2009 @ 21:28:37
semua yang ada dilangit dan bumi hidup dan mati bersujud kehadirat Engkau Illahi Rabbi
Dis 30, 2009 @ 00:17:30
salam….
Kita adalah wakil kerajaan Allah di muka bumi…..memang tugas kita untuk memakmurkan alam ini menurut apa yng telah sedia tertulis di dalam al-Quran….
Feb 01, 2010 @ 06:32:56
Asalamualaikum
Dengan izin
CONTOH SURAT PERMOHONAN POLIGAMI
Panjang bin Kulup Besar
Kampong Sungai Buah
Bangi, Selagor
Lebar bin Alang Sihat
Kampung Sungai Merap
Bangi, Selangor
Puan
PERKARA MEMOHON UNTUK BERPOLIGAMI
…….perkara di atas adalah dirujuk
Walaupun kita tinggal sebumbung permohonan seperti di atas terpaksa dibuat menggunakan surat, kerana puan juga perlu memberi jawapan bertulis untuk menyokong permohonan saya kepada pihak yang berwajib untuk berpoligami.
Sebagaiman yang puan sedia maklum sejak saya sering melayari laman blog Dukun Asmara ( http://pakcikli00.wordpress.com/ ) prestasi tenaga batin saya telah meningkat. Oleh itu permohonan saya berkawin dua adalah untuk membantu puan menampung ledakan tenaga batin yang telah saya alami.
Di samping ledakan tenaga batin buat masa ini saya juga telah dilimpahi dengan nafkah zahir yang bertambah-tambah. Penambahan isteri adalah juga bertujuan untuk mengimbangi penambahan nafkah zahir tersebut.
Kerjasama dan perhatian puan mengenai perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang berhajat
……………………………….
Panjang bin Kulup Besar
Feb 08, 2010 @ 15:19:57
sy nak bagi tambahan.
berkenaan konsep teori SUPERSTRING
String (tali Allah?) adalah yang membentuk elektron, quark dsb.
perbandingan saiz proton dan string dalah seperti bumi dan sehelai rumput.
nak bagi senang faham.
Screen pc kita terdiri dari pixel(ruang), dan setiap pixel diisi dengan warna
mcm tu jugak kita ni, cuma kita ni macam Screen 3d.
setiap “pixel” dalam dunia kita dipanggil “1 unit ruang” dan setiap unit diisi dengan 1 string.
Tapi mcm mana string boleh jd elektron dan proton?
kerana string itu bergetar (zikrullah).
Oleh itu, benarlah bahawa setiap yang di langit dan di bumi sentiasa bertasbih kepadaNYA.
Sapa2 berminat nak dalami bab string ni sila surf
ada banyak episode tau!
Apr 02, 2010 @ 21:04:59
Salam.Saya selalu baca website ini.Saya mohon kebenaran mana2 yg sy minat akan di copy @ simpan di blog saya.TQ atas usaha anda
Apr 02, 2010 @ 21:50:12
Salam.Saya selalu baca blog anda.Saya mohon kebenaran mana2 yg sy minat akan di copy @ simpan di blog saya.TQ atas usaha anda
Jun 25, 2010 @ 22:56:30
ok ok asssalammualaikum ye memang btol tuhan cipte dari kecik sampai besar tapi x yah lah nk tunjuk gambar univers tu kite ni makhluk bumi kechik hhihih
Ogo 18, 2010 @ 21:59:58
Salam,
thanx tuk sgla peringatan dan info….
mohon izinkn saya copy ilmu disini tuk dipanjangkan….
muge kite sume dirahmati olehNYA…
Sep 27, 2010 @ 16:28:35
saye suka blog ni sbb ianya byk mmberi makne….
Dis 05, 2010 @ 23:58:03
salam,
mnarik!!!
sya mnx copy cte kat blog nie,,
muga dmrahkan rezki
wassalam
Dis 14, 2010 @ 20:08:02
Assalamu’alaikum.. artikel yg bagus. Semoga anda mendapat pahala setiap kali orang membacanya, insya-Allah.
Dis 15, 2010 @ 14:55:40
mmg bagus..jika ada lagi, tmbah ye
Jul 06, 2011 @ 11:39:23
Cukup ke hanya bertasbih…
Allah suruh manusia mengenal akan Dia.
Bertasbi tai tak kenal macamana tu???
Ogo 23, 2011 @ 13:22:16
karena semua nya
akan kembali ke pada-NYA..:)
Jan 21, 2012 @ 08:16:12
saya nk copy buleh x…….menarik sangat2…..moga kamu mendapat pahala yang tidak putus2……..saya sentiasa di blog anda….terima kasih ya admin… peace^^
Jan 21, 2012 @ 18:24:02
Silakan wahai bora-bora dan siapa saja yg mahu copy dan sebarkan. Terima kasih banyak2 atas doanya, semoga kamu pun mendapat pahala yang tidak putus-putus. Jazaakallahu khoir, baarokallahu lakum, amiin 🙂
Mei 26, 2012 @ 21:39:18
alhamdulillah…setiap kejadian yang Allah ciptakan itu hadirnya bersama sebuah hikmah yang tidak mampu diungkap dgn kata2…digmbrkn dgn prbuatn..
isalam itu trsangat indah jika bnr2 dihayati dn dihargai…
allahhuakbar!!!!
Sep 03, 2012 @ 12:24:23
subhaanallaah… keep on fighting saudara Muslim ku, smoga antum dan kita semua termasuk hamba yang senantiasa di berkahi Allah SWT… tetap sampaikan ilmu walau hanya 1 ayat. Wassalaam… Muslim tanah Jawa 🙂
Nov 28, 2012 @ 07:33:38
Mohon share sebahagian dari artikel mengenai haiwan2 yg bertasbih kepada Allah swt. untuk artikel yang nak saya blog. TQ
Feb 25, 2013 @ 13:25:22
Memang benar bahwa semua mahluk tanpa ter kecuali termasuk malaikat-malaikat menyembah Allah.
Contoh di surat 7 AL A’RAAF ayat 206: Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nyalah mereka bersujud.
Ayat diatas menegaskan bahwa malaikat saja bersujud kepada Allah, apalagi mahluk yang ada di bumi ini !
Yang menjadi pertanyaan makna dalam ayat tersebut (Q.7:206): Tuhan siapa lagi yang empunya pasukan malaikat tersebut? Kalau memang “Tiada Tuhan selain Allah”.
Mac 12, 2013 @ 11:25:11
subhanallah…….semua yg ade di langit dan dibumi semua bertasbih bukti tnde keagungan Allah
Nov 25, 2017 @ 09:44:43
Reblogged this on MUSLIM CAMBODIA.
Jan 09, 2022 @ 09:18:07
Reblogged this on Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.