Assalaamu’alaikum w.b.t…….  Lelong-lelong, siapa mahu beli isteri saya?  Hehe terkejut?  Sebenarnya bukan saya yang mahu jual isteri , tetapi di India sekarang sudah terjadi kes di mana petani2 yang bankrup sehinggakan terpaksa menjual isteri2 mereka untuk membayar hutang.

Semakin ramai petani yang dipaksa untuk menjual isteri2 mereka kepada rumah2 pelacuran dan barua untuk menyelamatkan bisnes keluarga mereka dari mengalami bankrupsi. Ini kerana kebanyakan kawasan pertanian mereka dilanda kemarau dan ketiadaan hasil.

Seorang isteri memberitahu Daily Telegraph iaitu sebuah akhbar di Britain , bagaimana dia telah dijual kepada seorang barua dengan bayaran $51 sebulan untuk membantu suaminya menjelaskan hutang.

Kesian sungguh mendengarnya ya. Sememangnya wujud manusia2 yang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Jika perasaan kemanusiaan itu sudah tiada dan hanya diganti dengan nafsu yang merajalela, maka tiada lagi belas kasihan sesama insan. Semoga situasi sebegitu tidak berlaku di negara kita ini, amiin.  Dan semoga mereka yang terlibat dalam mengambil kesempatan itu juga insaf dan dapat membantu mereka2 yang dalam kesusahan.

Baarokallahu lakum, wa taqobbalallahu minkum  :)