Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sungguh banyak terjadi mereka2 yang kehilangan wang di akaun2 bank, terutamanya bagi yang berurusan secara online. Dan sungguh memalukan, wujud juga manusia2 yang kononnya pandai IT tetapi berhati jahat dan rakus mahu membolot wang manusia lain secara HARAM dan tanpa belas kasihan.

Hari ini saya ada terima pula email dari scammer yang menyamar menjadi Maybank2u. Saya yakin ramai yang sudah mengetahui tentang hal ini,  tetapi saya cuba menulis di sini agar menjadi PERINGATAN dan langkah mencegah bagi sesiapa yang masih belum tahu.

Di bawah ini adalah contoh email yang saya terima;

https://i0.wp.com/i37.tinypic.com/2ugmcd4.gif

Unblock your Account ,

For security reasons, your maybank2u.com account has been blocked due
to inactivity or because of too many failed login attempts.
You must authenticate again.

Please login at maybank2u to restore your account access.

Maybank Berhad
https://www.maybank2u.com.my

We apologize for any inconvenience this may cause.

© 2001-08 Maybank. All rights reserved.

Di dalam email tersebut diletakkan kononnya LINK ke  maybank2u.com.   Tetapi jika anda highlight / hover link tersebut , di status bar (bahagian bawah)  pada browser internet anda akan menunjukkan URL ke laman web  http://mail.bannick.net , bukannya https://www.maybank2u.com.my yang sepatutnya.  Begitu juga jika anda klik LINK tersebut, ia akan menuju ke  http://mail.bannick.net , perhatikan pada kotak URL di bahagian atas browser anda untuk memastikannya.   Dan jika ianya menunjukkan bahawa anda berada di website http://mail.bannick.net,  maka tinggalkan saja laman web tersebut, kerana itu hanya lah satu PENIPUAN untuk merampas duit di dalam akaun bank anda.  Mereka mahukan password anda sahaja.

Yang lucunya lagi, saya ni tak ada pun akaun maybank, tak pernah hayat saya pun membuka akaun di Maybank, tetapi tiba2 sampai email kepada saya mengatakan bahawa akaun Maybank2u saya kena BLOCK, keh3

.

Cara- cara mengelak dari kecurian password

Selain dari elakkan berurusan berkenaan akaun bank anda di internet, anda boleh mencuba cara yang akan saya berikan ini. Ini sekiranya anda merasakan bahawa anda terpaksa juga berurusan di internet menggunakan akaun bank anda.

Ketahuilah bahawa scammer2 itu mahu mengambil Username dan password akaun anda, maka biasanya mereka akan menghantar virus yang bernama keylogger ke dalam PC anda,  ATAU dengan menyamar sebagai bank yang anda tabungi dan menghantar email kepada anda seperti contoh yang diberitahu di atas tadi.

Virus keylogger akan merakam setiap tekanan anda pada kekunci keyboard.  Maka untuk mengelakkan dari memasukkan password dengan menggunakan keyboard, sebaiknya anda gunakan  On-Screen keyboard.   Untuk membuka program On-screen keyboard, sila ikuti langkah2 di bawah;

1 – Klik Start button

2 – Pilih All programs – Accessories – Accessibility – On-Screen keyboard

3 – Dalam program On-Screen keyboard itu, pergi ke menu Settings

4 – Pilih Typing Mode

5 – Dalam Typing mode itu pilih Hover to Select , dan dalam kotak itu pilih lah yang 3 saat lagi bagus.

Tujuan menggunakan Hover to Select itu ialah, kita hanya perlu highlight / hover pada butang keyboard dalam On-Screen keyboard itu dengan mouse cursor , kemudian dalam masa 3 saat, ia akan  menekan butang yang kita HOVER selama 3 saat itu.

Kenapa perlu HOVER?  Kerana ada juga Keylogger yang dapat membaca setiap ketikan pada mouse.   Maka jika anda menggunakan kaedah HOVER itu, insyaAllah tiada virus / keylogger yang dapat mengesannya!

Dan gunakanlah On-Screen keyboard itu setiap kali anda mahu memasukkan password anda ke dalam kotak password di Maybank2u atau mana2 bank lain. Elakkan menaip secara biasa dengan menggunakan keyboard biasa!

Semoga dapat difahami dan dijadikan kaedah mencegah.  Jangan biarkan duit dalam akaun anda dikebas oleh scammer yang tidak bertanggungjawab.   Wassalaam  :)