Salaamun alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Tulisan ini adalah ilmu-ilmu lama berkenaan Kristologi, tetapi saya sekadar mahu menambah kandungan di blog ini. Fahami dan hayatilah , semoga kamu mendapat hidayah, rahmat / kasih sayang dan berkat dariNya. Penerangan ini tidak lain melainkan kerana sayang saya kepada anak cucu nabi Adam dan mahu mereka kembali menTAUHIDkan Allah dengan sebenar-benarnya.
– Umat Kristen / Kristian selalu menuduh umat Islam menyembah batu di Ka’abah / Baitullah. Sedangkan sudah ternyata bukan batu yang disembah oleh umat Islam, tetapi hanya Allah semata-mata. Ka’abah itu hanyalah arah ‘kiblat’ , yang mana di dalam solat pun umat Islam tidak menyebut dan mengingatinya, apa lagi untuk menyembahnya. Sedangkan umat Kristian lupa, bahawa para nabi dan rasul dulu telah membina bait / rumah Allah sebagai arah kiblat juga. Dan ini disebut dengan nyata juga di dalam Perjanjian Lama dari Bible mereka.
Kejadian 28:18 Maka bangunlah Yakub pagi-pagi hari, diambilnya batu yang telah diperbuatnya bantal itu, didirikannyalah akan suatu tanda, lalu dituangnyalah minyak di atasnya.
28:19 Maka dinamainyalah akan tempat itu Bait-el, tetapi dahulu nama negeri itu Luz. [AlKitab Terjemahan Lama]
Kejadian 28:22 maka batu ini, yang telah kudirikan akan suatu tanda itu, menjadi sebuah bait Allah, maka aku akan mempersembahkan kepada-Mu dalam sepuluh asa dari pada segala sesuatu, yang Engkau karuniakan kepadaku. [AlKitab Terjemahan Lama]
Kejadian 31:13 Bahwa Aku inilah Allah Bait-el, tempat engkau mencurahkan minyak kepada batu tanda, yaitu tempat engkau telah bernazar kepada-Ku, maka sekarangpun bangunlah engkau, keluarlah dari negeri ini dan pulanglah engkau ke negeri kaum keluargamu. [AlKitab Terjemahan Lama]
Kejadian 35:14 Maka oleh Yakub didirikanlah suatu tanda peringatan di tempat Tuhan berfirman kepadanya, yaitu suatu tanda peringatan dari pada batu, dan dicucurkannyalah kepadanya persembahan minuman serta dicurahkannyalah minyak di atasnya.
35:15 Maka dinamai Yakub akan tempat Allah berfirman kepadanya itu Bait-el.
Nabi Sulaiman membina Bait Allah
2 Tawarikh 6:7 Maka datanglah juga niat dalam hati ayahku Daud hendak membuat sebuah rumah bagi nama Tuhan, Allah orang Israel.
6:8 Tetapi firman Tuhan kepada Daud, ayahku: Adapun sebab dalam hatimu telah datang niat hendak membuat sebuah rumah bagi nama-Ku, bahwa baik juga niat itu telah berbangkit dalam hatimu.
6:9 Tetapi bukan engkau yang akan membuat rumah itu, melainkan anakmu, yang akan terbit kelak dari pada sulbimu, ia itu akan membuat rumah itu kelak bagi nama-Ku.
.
Rumah Ibadah yang pertama sekali ialah Ka’abah
Mengadap ke arah Ka’abah itu bukan merupakan suatu kebajikan dalam kaca mata Islam, apa lagi tuduhan bahawa Muslim menyembah Ka’abah adalah jauh tersasar sama sekali. Ini sesuai dengan ayat AlQuran yang bermaksud, “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar; dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” Surah Al Baqarah : Ayat 177
“Sesungguhnya Rumah yang mula-mula dibangun untuk tempat beribadah ummat manusia adalah Baitullah yang di Bakkah (Mekkah) yang diberkahi dan petunjuk bagi semua manusia.” Surat Ali Imran : Ayat 96-97
Nabi Ibrahim a.s pernah berdoa ke hadirat Allah S.w.t , “Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman, di dekat Rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan kami, yang demikian itu agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur” Surah Ibrahim : Ayat 37
“Dan ingatlah ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail seraya berdo’a : Ya Tuhan kami terimalah daripada kami amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau dan mengajarkan mereka Al-Kitab (Al-Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Surah AlBaqarah : Ayat 127-129
.
Yesus pun sujud menyembah Allah
Yesus @ Isa a.s sendiri pun sujud menyembah Allah dan ini dinyatakan juga di dalam Perjanjian Lama dalam Kitab Bible;
Matius 26:39 Maka berjalanlah Ia ke hadapan sedikit, lalu sujudlah Ia berdoa, kata-Nya, “Ya Bapa-Ku, jikalau boleh, biarlah kiranya cawan ini lepas daripada-Ku; tetapi di dalam itu pun bukannya kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu juga.” [AlKitab Terjemahan Lama]
Markus 14:35 Maka berjalanlah Ia ke hadapan sedikit, lalu sujud ke tanah, serta berdoa, jikalau boleh kiranya ketika itu akan terlepas daripada-Nya. [Alkitab Terjemahan Lama]
Maka mengapa umat Kristian selalu menghina umat Islam sujud dengan mengatakan itu keadaan yang menonggeng dan sebagainya?
.
Yesus menyembah Allah tetapi umat Kristian menyembah Yesus
Yesus sendiri menyembah Allah semata-mata, tetapi mengapa umat Kristian TIDAK mengikut amalan Yesus itu bahkan sebaliknya mereka menyembah Yesus pula. Yesus sendiri TIDAK pernah menyuruh agar manusia menyembahnya tetapi umat Kristian menyembah Yesus.
Matius 4:10 Lalu kata Yesus kepadanya, “Nyahlah engkau dari sini, hai Iblis, karena telah tersurat: Hendaklah engkau menyembah Allah Tuhanmu, dan beribadat hanya kepada-Nya sahaja.” [AlKitab Terjemahan Lama]
Yesus dengan tegas mengatakan agar beribadat HANYA kepadaNya sahaja, iaitu kepada Allah S.w.t. Yesus tidak pernah menyuruh agar menyembah dirinya sendiri.
.
Nabi-nabi lain pun sujud menyembah Allah
Di dalam Bible sendiri pun banyak menulis bahawa para nabi dulu juga SUJUD menyembah Allah, bukan berdoa menggenggam tangan sambil melutut seperti yang umat Kristian biasa lakukan di gereja sekarang ini.
Nabi Ibrahim a.s sujud menyembah Allah – Kejadian 17:3 Lalu sujudlah Abram dengan mukanya sampai ke bumi; maka berfirman Tuhan kepadanya, katanya:
Nabi Lut a.s sujud menyembah Allah – 19:1 Maka sampailah kedua orang malaekat itu ke Sodom pada petang hari; maka pada masa itu Lutpun ada duduk di pintu negeri Sodom. Serta terlihatlah Lut akan mereka itu, maka bangkitlah ia berdiri, lalu pergi mendapatkan mereka itu, maka sujudlah ia sampai mukanya ke bumi,
Nabi Musa a.s sujud menyembah Allah – Keluaran 34:8 Maka bersegeralah Musa menundukkan kepalanya sampai ke bumi, lalu iapun menyembah sujudlah.
Nabi Daud a.s sujud menyembah Allah – Mazmur 95:6 Marilah kita menyembah sujud serta bertelut di hadapan Tuhan, yang telah menjadikan kita.
Dan lain-lain lagi. Maka mengapa umat Kristian tidak mahu mengikut contoh para nabi itu termasuk Yesus? Tetapi hanya mengikut contoh yang diajarkan oleh Paulus?
Hadits dari Abu Dzar Al-Ghifari ia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah S.a.w, masjid apa yang pertama sekali dibangunkan di muka bumi ini ? Rasul menjawab, Masjid Al-Haram. Kemudian apa ? Lalu Masjid Al-Aqsa. Abu Dzar bertanya lagi, berapa tahun antara keduanya ? Nabi menjawab, 40 tahun. (Muttafaq Alaih).
.
Bukan Ka’abah yang disembah oleh Muslim , tetapi Allah S.w.t
BUKTI Ka’abah BUKAN disembah lagi, iaitu apabila seorang MUSLIM mahu solat di atas sebuah KAPAL yang belayar sebagai contoh, PERMULAAN solat itu sahaja yang disuruh agar mengadap KIBLAT. Tetapi ketika SOLAT, kapal sudah bertukar arah dan sebagainya sudah tidak menjadi hal. Kerana yang penting, bukan Ka’abah itu yang disembah, TETAPI Allah S.w.t 🙂
.
Rujukan:
1 – AlQuran
2 – http://seputarsejenak.blogspot.com
.
.
Peace, love and justice for all
Bacaan berkaitan:
Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah
Pendedahan bekas Paderi Kristian & Mubaligh Hindu
Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2
Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan
Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan – Bahagian kedua
Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit
Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal
Menjawab beberapa tuduhan terhadap AlQuran
Menjawab beberapa tuduhan terhadap AlQuran – Bahagian 2
Berhati-hatilah terhadap pendakyah Kristian yang memutar belit maksud AlQuran dan Al Hadith
Ramai orang2 Kristian dahulu yang menolak Trinity
Perbezaan ajaran Yesus dengan ajaran Paulus (Kristian)
Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1
Bible mengatakan hanya 144,000 umat Israel akan masuk syurga
Muhammad S.a.w adalah Rasul terakhir sedangkan Yesus bukan Rasul terakhir
Paulus yang selewengkan ajaran Yesus dan mencipta Kristian
Paulus menggunakan perkataan ‘bodoh’ sedangkan Bible sendiri melarang menyebut bodoh
Bible menyebut bahawa Yesus datang bukan untuk membawa damai tetapi pedang
Kita semua akan mati dan dibangkitkan dari mati di akhirat kelak, maka adakah kita ini Tuhan?
Kristian agama rasis sedangkan Islam agama universal
Kristian menciplak ajaran Hindu dan penyembah berhala
Muhammad S.a.w adalah nabi yang diramalkan di dalam AlKitab
Percanggahan-percanggahan NYATA di dalam BIBLE / AlKITAB
Nabi Musa a.s berperang dan membunuh orang-orang musyrik
Menjawab answering-islam.org Bahagian 1 – Sejarah AlQuran dan Injil
Koleksi hujjah-hujjah terhadap umat Kristian – Bahagian pertama
Adakah Muhammad S.a.w perampok dan penzinah?
.
.
Hot:
Skandal-skandal seks gereja Roman Katolik
Ayat-ayat porno dalam Bible dan kaedah larangan berzina dalam AlQuran
nur-ain
Ogo 11, 2010 @ 20:47:11
marilah kita bersujud kepada-Nya pada bulan yang mulia ini……tambahkan pahala…..kurangkan dosa……salam ramadhan kepada semua….
mahadaya
Ogo 12, 2010 @ 15:23:38
Adakah Al quran menyatakan bhw Kaabah itu rumah tuhan dan kiblat? Inilah penipuan bangsa arab munafik dan musuh2 tuhan dengan mencipta agama yg tuhan tidak redha iaitu Islam. Di dlm al quran tuhan firmankan supaya mengikuti agama nabi Ibrahim dan semua nabi2 mengikuti agama yg sama. Jadi, dimanakah kiblat sebenarnya? Al Quran menyatakan bhw tuhan firman supaya menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat. Maqam Ibrahim terletak berhampiran Kaabah. Jadi, apakah sebenarnya Kaabah? Menurut al quran, Kaabah sebenarnya adalah rumah suci bagi menyembelih binatang korban semasa haji dan umrah. Jadi, org Islam telah menjadikan rumah menyembelih binatang dan mengatakan ianya rumah tuhan. Rumah tuhan yg di bina di zaman nabi Ibrahim telah di runtuhkan dan rumah tuhan yg baru kemudian di bina oleh Nabi Sulaiman. Namun, selepas manusia meninggalkan tuhan dan menyembah tuhan2 lain, maka berlaku kejatuhan kerajaan Nabi Sulaiman dan Rumah tuhan di runtuhkan. Maka, kini tiada lagi rumah tuhan di dunia ini.
Ahmad Nizam
Ogo 12, 2010 @ 19:21:52
Salam dan selamat sejahtera. Dengan NYATA dan PASTI AlQuran mengatakan bahawa Ka’abah itu RUMAH ALLAH
“Sesungguhnya Rumah yang mula-mula dibangun untuk tempat beribadah ummat manusia adalah Baitullah yang di Bakkah (Mekkah) yang diberkahi dan petunjuk bagi semua manusia.” Surat Ali Imran : Ayat 96-97
Baitullah di dalam bahasa Melayunya ialah RUMAH ALLAH 🙂
CUma sebelum Muhammad menjadi rasul, orang2 musyrik dan KAFIR telah menjadikan Ka’abah sebagai rumah berhala dan tempat menyembelih korban dsbnya. Kerana itu lah selepas Muhammad S.a.w menjadi RASUL, BERHALA2 semua diruntuhkan dan Ka’abah diambil kembali dari tangan2 manusia yang telah sesat dulunya 🙂
Dan Ka’abah BUKAN untuk disembah, tetapi HANYA sebagai PENANDA ARAH. Ianya bersebelahan dengan MAQAM IBRAHIM, maka kedua2nya di tempat yang SAMA. Maka Muslim disuruh mengadap ke sana untuk SOLAT sebagai DISIPLIN dan PENYATUAN UMMAT.
BUKTI Ka’abah BUKAN disembah lagi, iaitu apabila seorang MUSLIM mahu solat di atas sebuah KAPAL yang belayar sebagai contoh, PERMULAAN solat itu sahaja yang disuruh agar mengadap KIBLAT. Tetapi ketika SOLAT, kapal sudah bertukar arah dan sebagainya sudah tidak menjadi hal. Kerana yang penting, bukan Ka’abah itu yang disembah, TETAPI Allah S.w.t 🙂
nur muhd
Ogo 13, 2010 @ 23:29:04
Assalamualaikum..ini ialah video gambar malaikat turun ke kaabah..benar atau tidak wallahualam..
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1558699171503