Assalaamu’alaikum w.b.t……. Kepada mereka2 yang baru sahaja menjadi Atheist, atau telah berpengalaman lama menjadi Atheist, atau baru berniat untuk menjadi Atheist, silakan lah tonton video ini dengan menggunakan AKAL yang waras. Perhatikan dengan TELITI pada mata lalat di dalam video ini. Lihatlah formasi2 yang kemas dan tersusun rapi itu. Adakah semua itu terjadi dengan sendiri?? Semua mata LALAT tersusun rapi dan kompleks begitu?? TIDAK MASUK AKAL!
Sila perhati dan renung sebaik mungkin terhadap kejadian ciptaan Allah Ta’ala itu. Jika anda masih mengatakan bahawa ianya TERJADI DENGAN SENDIRI, maka terpulang lah. 🙂
“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.” Surah Al Hajj : Ayat 73
Semoga anda mendapat HIDAYAH dari Allah dan ditunjukkan olehNya CAHAYA KEBENARAN. Semoga mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Wassalaamu’alaikum w.b.t…. dan selamat sejahtera belaka 🙂
Bacaan berkaitan:
Senibina pada seekor lalat « Hikmatun
Okt 13, 2009 @ 21:13:35
Gambar2 Macro terbaru ambe « Hikmatun
Okt 13, 2009 @ 21:16:28
Okt 14, 2009 @ 01:14:47
Ramai orang Atheist berikan komen pada video ni di Youtube. mereka kata saya BODOH kerana tak reti biologi tapi upload video ni keh3
ramai sangat ATHEIST datang menghentam saya, maka saya moderate kan komen video tu huhu. x ada masa ambe nak layan ramai2 sangat mamat2 Atheist yang mulut celupar tu
tetapi adakah mereka sedar bahawa mereka juga tertipu dengan saintis2 yang mengkaji pasal evolusi dan nanoteknologi tu
sememangnya proses kejadian mata lalat tu secara saintifik berlaku, tetapi itu semua atas KUASA Allah juga. Proses penciptaan itu berlaku secara bertahap dan dengan proses yang tertentu
sama seperti proses kelahiran manusia dari perut ibu, itu juga proses secara BILOGI, tetapi HAKIKATnya itu adalah penciptaan oleh Yang Maha Kuasa 🙂
jika kita melihat kejadian makhluk secara jumud dan bergantung kepada Sains semata, itu lah jadinya. Manusia berTUHANkan sains. Kita ada rohani, maka gunakan juga rohani kita, jangan berdasarkan kepada materialisma semata2
Okt 16, 2009 @ 08:01:00
Selepas golongan atheist ini menyedari ttg adanya pencipta, fikiran mereka akan tertumpu kepada agama samawi… Pada masa ini mereka akan memerhati islam, kristian yang berbagai2 mazhab, unitarian dan apa lagi pilihan yang lain?
Okt 16, 2009 @ 14:48:32
salam,
sememangnya Islam dan sains itu tidak boleh di asingkan. Kalau sains itu dikaji berlandaskan keimanan pada Allah, maka selamatlah dunia dan akhirat. Sains itu sendiri telah membuktikan kewujudan Allah SWT kepada mereka yang menggunakan akal fikiran. Di dalam Al-Quran sendiri telah diceritakan amat banyak kejadian-kejadian saintifik, buktinya tokoh-tokoh awal SAINS adalah terdiri daripada UMAT-UMAT ISLAM. Kenapa? kerana tokoh-tokoh ini menggunakan Al-QURAN sebagai sumber panduan. Wallahualam…
Okt 17, 2009 @ 15:29:50
Antara senjata utama puak ateis ialah analisa logik terhadap perkara-perkara ghaib. Tambahan pula, mereka terlalu skeptik dengan segala bentuk agama. Maka tidak hairanlah Islam (dan agama lain) dihentam. Berwaspadalah kita. (Nice video, bro.)
Okt 17, 2009 @ 15:53:39
Bro, Atheis yang menghentam tu ada yang dari Malaysia (dan berbangsa Melayu) tak? Erm..
Okt 21, 2009 @ 12:33:40
Ketika zaman nabi, berapa banyak mukjizat di pertunjukkan, still, they don’t believe. Till this day this kind of people will still exists. Segala puji dan syukur bagi Allah yang mengizinkan hambanya melihat yang hak itu hak dan yang batil itu batil. Not everybody can think using the brain, some only to the extent of logic and sense.
Dis 24, 2009 @ 03:03:47
Ayo, semua pulang, pulllaaang ke rumah masing-masing. Bangun tidur terus ngerumpi,ngomong ngalor ngidul ndak ada arah dan tujuannya. Yang percaya pada Alloh ingat, Siapa yang menduakan Tuhan akan dilaknat, diazzab, siapapun dia, atau umatnya. Tapi orang kristen kok ngak diazab yaa, kapaaan ? mereka fine-fine saja kok.
Umat Hindu, Budha . Meeka juga fine, fine aja kok. Tapi yang jelas Tuhan itu maha tahu, pemurah, adil dan serba maha. TUHAN TRIDAK JAHAT ATAU KEJAAAAM. Kita aja orang-orang dungu
Dis 24, 2009 @ 03:11:43
Saudara-saudara setanah air, sebangsa, sedunia, seakhirat, sesurga , seneraka. Dengarkan ya. Saya mencari dialooog ” Dialog Islam Dengan Aliens ” Bagi saudara-saudara yang tahu, kapan dan dimana tolong beritahu saya. Saya pasti datang dengan kucing kesayangan ku. Berapapun biayanya, tidak masalah. Saya ingin tahu ” siapa pemenangnya. Karena Dialog antara kristen dan islam sampai sekarang, wasitnya selalu curang, memihak, mudah disuap, Dmanipulasi hasilnya. Bahkan bocoran hasilnya sudah tahu sebelum diumumkan oleh dewan juri. Buktinya kemarin Pak pendeta pakai sarung dan kopyah bertemu dengan pak kyai pakai jas dan memakai sepatu booth, mereka bertemu di cafe membahas hasil dialog.sambil ditemani cewek-cewk cantik.
Dis 24, 2009 @ 03:25:03
WALIT ELU DLM DIALOG2 DI SNI APA PNDPT AWAK DAN AWAK NAK MSUK TEAM MANA SATU?
Mac 15, 2012 @ 11:50:12
Kenapa kewujudan mata lalat dengan semestinya membuktikan kewujudan tuhan? Dan kalau perkara itu benar, kewujudan tuhan siapa yang dibuktikan? Kewujudan tuhan yang disembah orang Muslim, Kristian atau Yahudi? Atau kewujudan Sun Wu Kong atau Hanuman?
Ianya hanya pendapat awak bahawa mata lalat adalah bukti kewujudan tuhan. Kalau awak berhujah menggunakan logik bahawa sesuatu itu tidak boleh wujud dengan sendirinya, kenapa tuhan pula tidak perlu seorang pencipta. Logik awak tidak seimbang.
Sep 30, 2014 @ 23:25:20
Kenapa Tuhan tidak perlu seorang pencipta? Kerana memang Tuhan satu-satunya PENCIPTA ALAM SEMESTA ini, tiada lain.
Lihat kejadian alam, SEIMBANG (BALANCE), ada ukuran2nya, ada sistem2nya, dari sekecil2 makhluk hingga sebesar2 makhluk, sudah tentu ada PENCIPTANYA.
Dan Pencipta segala2nya itu, SUDAH PASTI MAHA BERKUASA. Maha Berkuasa means, kuasa-Nya tidak dapat kita bayangkan. Kita hanya mampu mencipta benda2 di atas Bumi ini sahaja, sedangkan Tuhan mencipta KESEMUA DI ALAM SEMESTA termasuk bintang2 besar di luar sana.
Apabila Tuhan itu MAHA BERKUASA, means Dia TIDAK DICIPTAKAN. Yang diciptakan semuanya LEMAH.
Mesti ada SATU KUASA yang mewujudkan semua makhluk di dunia ini. MUSTAHIL dan teramat MUSTAHIL terjadi dengan sendiri. Lihat TUBUH MANUSIA Ini sahaja, ada banyak sistem dalam tubuh kita. Adakah kita ini TERJADI sendiri? Terjadi dengan sendiri siap ada UKURAN-UKURAN dan SISTEM2 yang tersendiri? 🙂
Kalau terjadi dengan sendiri, sudah pasti semuanya COMPANG CAMPING, tak ada ukuran, x ada sistem, hentam kromo, hancur lebur, bolok abu, simpang siur dan segalanya 🙂
“……. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada kadarnya (ukurannya).” [Surah Ar-Ra’du : 8]
Jom baca pada link di bawah ini untuk LEBIH FAHAM lagi tentang Penciptaan Alam Semesta oleh Allah S.w.t ini 🙂
http://unikversiti.blogspot.com/2009/01/dari-makhluk-terkecil-hingga-makhluk.html
Dan jika rajin, sila baca lagi
http://unikversiti.blogspot.com/2011/08/rahsia-di-sebalik-tubuh-manusia.html
dan
http://unikversiti.blogspot.com/2012/01/rahsia-kalimah-tauhid-dan-keseimbangan.html
Mac 16, 2012 @ 16:48:03
Hai Malay Atheist,
Anda menulis,
“Kenapa kewujudan mata lalat dengan semestinya membuktikan kewujudan tuhan?”
Untuk bahagian pertama kenyataan anda, saya setuju dengan anda, iaitu, kewujudan mata lalat tidak semestinya membuktikan kewujudan Tuhan. Namun, ia menunjukkan suatu kewujudan kompleks (iaitu mata lalat tersebut) yang mana tidak dapat dijelaskan melalui proses semulajadi semata-mata.
Paling tidak, mata lalat ini menunjukkan ‘kemungkinan’ wujudnya pencipta yang telah mencipta mata lalat tersebut. Maka, saya juga sebenarnya tidak bersetuju dengan tajuk post ini (iaitu, Mata lalat – Bukti kukuh bahawa Tuhan itu wujud) kerana tajuk tersebut agak dilebih-lebihkan sedangkan ‘bukti’ yang diberikan paling tidak hanya membawa kepada ‘kemungkinan’ dan bukan ‘bukti kukuh’.
Anda menulis,
“Dan kalau perkara itu benar, kewujudan tuhan siapa yang dibuktikan? Kewujudan tuhan yang disembah orang Muslim, Kristian atau Yahudi? Atau kewujudan Sun Wu Kong atau Hanuman?”
Nampaknya anda terbuka kepada kemungkinan Tuhan itu wujud walaupun sedikit.
Perbezaan di antara Sun Wu Kong/Hanuman dengan Tuhan yang disembah oleh Muslim, Kristian dan Yahudi adalah Sun Wu Kong/Hanuman tidak lebih dari sekadar lagenda dan tidak mempunyai bukti sejarah bahawa mereka benar-benar telah berjalan di muka bumi ini.
Muslim, Kristian dan Yahudi pula mempunyai dasar yang lebih kuat kerana kepercayaan masing2 boleh diselidiki kerana setiap tokoh yang menjadi pencetus kepada kepercayaan2 ini benar2 wujud di dalam sejarah manusia. Maka, kebenaran kepercayaan Muslim, Kristian dan Yahudi boleh diketahui, adakah benar atau tidak, dengan menyelidiki tokoh2 tersebut.
Anda menulis,
“Kalau awak berhujah menggunakan logik bahawa sesuatu itu tidak boleh wujud dengan sendirinya, kenapa tuhan pula tidak perlu seorang pencipta.”
Sebenarnya, ini adalah contoh salah faham klasik terhadap definisi ‘Tuhan’. ‘Tuhan’ adalah yang tidak diciptakan, kekal, dan tidak terbatas dengan masa dan ruang. Maka, secara logiknya, jika ‘Tuhan’ diciptakan, itu bukan Tuhan. Atas sebab itu, Tuhan tidak perlu pencipta.
Mac 16, 2012 @ 16:56:19
Malay Atheist,
Adakah anda sepenuhnya yakin Tuhan tidak wujud?
Dis 05, 2012 @ 18:42:11
Alhamdulillah.. perkongsian yang benar benar menarik..
Sep 24, 2014 @ 23:56:13
Salam..
Alaa..klu kita sudaa terjadi dgn sempurna apa lg ada laa tuhan yg mencipta..mmm akhir zaman ada fitnah2 bermacam2..aduhh..
Nov 25, 2014 @ 16:15:19
Nak buktikan benda ghaib itu wujud sangatlah mudah. Cb tgok bayi yg berada dlam kandungan. Ibu makan mcam2 benda sampai bayi boleh membesar tapi bayi tu tak berak kencing pon dlm perut ibunya. Tapi bila duduk dalam perut terlebih tempoh, boleh plak berak kencing. Tu tandanya masa pembesaran, bayi sedg berada di alam syurga. Sesuai dgn keadaan syurga. Makan dan minum hanya utk merasakan nikmat kesedapan. Sb tu gak bayi yg dilahirkan berbau haruman syurga
Ogo 28, 2015 @ 22:08:04
subhanallah…menitik air mataku…..dlm prihl yg di perbincgkn……benarlh bahawa hidup ini bukn illusi…terime ksh semua
Nov 24, 2022 @ 11:23:18
Reblogged this on Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard and commented:
Mata lalat – Bukti kukuh bahawa Tuhan itu wujud