Assalaamu’alaikum w.b.t……. Video di bawah ini sudah tentu bukan dirakamkan oleh saya, kerana tak mampu ambe nak pergi sampai ke Palau keh3. Sungguh indah alam bawah air yang dipenuhi obor-obor itu. Selalunya obor-obor mempunyai sengat yang berbisa dan akan memberi kesan buruk seperti gatal2 kepada kulit manusia apabila tersentuh dengan mereka. Tetapi obor-obor dalam video ini ada juga sengat, tetapi sengatnya langsung tidak berbisa bahkan tidak memberi kesan langsung kepada kulit manusia insyaAllah.

Mari menyelam bersama dan menghayati keindahan ciptaan Allah sambil memuji2Nya. Subhanallah …….