george w bush as motivational speakerAssalaamu’alaikum w.b.t……. Sudah agak lama tidak kedengaran berita tentang bekas presiden Amerika Syarikat yang ke 43 ini iaitu George W. Bush, kini muncul kembali bukan sebagai seorang presiden, tetapi sebagai jurucakap motivasi. Asyik buat lawak je Bush ni yer, sudah lah terlampau banyak gambar-gambarnya yang sudah dimanipulasi kan oleh ramai artis Photoshop, kini muncul dengan rasa tidak malu bercakap mengenai motivasi.

Saya suka memetik kepada maksud kata2 yang disampaikan oleh Professor Larry Sabato, seorang professor Sains Politik di University of Virginia. Beliau mengatakan mungkin apa yang akan disampaikan oleh George W. Bush nanti ialah bahawa dia adalah seorang model yang sebaiknya JANGAN dicontohi. Keh3

Pada hari Isnin ini Bush akan berucap dalam sebuah program yang diberi nama ‘Get Motivated‘. Dia akan menjadi jurucakap jemputan yang akan bercakap mengenai motivasi.  Mungkin dia ingin menceritakan tentang bagaimana untuk KALAH dalam sebuah pilihanraya.  Ucapannya selama 40 minit itu akan dibayar sebanyak $100,000 (£61,000).  Apakah manfaat daripada bayaran kepada ucapan selama 40 minit sebanyak itu kepada dia agaknya ya?

Ucapannya nanti akan diadakan di Fort Worth, Texas dan kemudiannya ada satu lagi iaitu di San Antonio pada bulan Disember nanti.  Itu pun jika dia masih hidup lagi waktu tu. Bagi sesiapa yang nak pergi dengar ucapan bekas presiden Amerika Syarikat yang juga salah seorang ahli dalam pertubuhan Skull and Bones ini silakan lah.🙂