Assalaamu’alaikum w.b.t……. Siapa tidak kenal dengan sumpah2 / Chameleon yang mana mempunyai keupayaan untuk menyamar. Kulit2nya boleh bertukar warna dan corak mengikut keadaan di persekitarannya. Video di bawah ini dirakamkan oleh BBC di Madagascar. Memaparkan secara detail serangan hendap sumpah2 terhadap mentadak mentadu dan belalang. Perhatikan lidahnya yang boleh menjangkau mangsa dalam jarak yang jauh. Matanya pula stereoskopik , dapat mengesan pergerakan di sekelilingnya dengan mudah dan cepat.

Mentadak mentadu itu juga merupakan seekor pemburu yang hebat dalam alam serangga.  Tetapi ia juga tidak terlepas dari tangan si sumpah2 ini. Begitulah alam ciptaan ALlah ini yang mana MATI adalah satu kemestian dan bila2 masa boleh berlaku. Setiap haiwan akan menjadi mangsa kepada haiwan lain. Sehinggakan seekor singa yang menjadi raja di hutan pun akan menjadi mangsa haiwan lain pula nanti. Nak tahu haiwan apa yang akan makan singa? Sudah tentu lah ulat2 nanti setelah singa tu mati , keh3

Sumber video – BBC