Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sememangnya para nabi dan rasul tidak boleh dibeza-bezakan antara mereka, kerana masing-masing diberi kelebihan tersendiri oleh Allah S.w.t. Tetapi persamaan-persamaan dan perbandingan yang diberikan ini hanya untuk menjawab balik serangan-serangan dari pihak Kristian yang masih tidak henti-henti MENYERANG di sini dari dulu sampai sekarang.

“Rasul telah beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami ta’at”. (Mereka berdo’a): “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali”. Surah Al Baqarah : Ayat 285

Banyak sebenarnya ramalan-ramalan tentang kedatangan nabi ada dalam Perjanjian Lama dalam AlKitab, tetapi kali ini kita hanya membicarakan tentang ramalan ini;

Ulangan 18:15 Bahwa seorang nabi dari tengah-tengah kamu, dari antara segala saudaramu, dan yang seperti aku ini (Musa), iaitu akan dijadikan oleh Tuhan, Allahmu, bagi kamu, maka akan dia patutlah kamu dengar.

.

Hayati baik-baik hujjah-hujjah yang diberikan ini.  Kesesuaian ramalan itu lebih kepada persamaan Musa a.s  dengan Muhammad S.a.w berbanding persamaan Musa a.s dengan Yesus.

1 – Musa dan Muhammad lahir secara normal dan alamiah, iaitu melalui percampuran fizik antara seorang lelaki dan seorang wanita, sementara Yesus lahir tidak seperti itu.

2 – Musa mempunyai hubungan rapat dengan Allah

Muhammad juga mempunyai hubungan rapat dengan Allah, kerana dia PENGHULU segala nabi dan rasul. Dia manusia pertama yang mengadap Allah di langit

“Katakan Wahai Muhammad: jika kamu kasih kepada Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), nescaya Allah mengasihi kamu.” Surah Aali Imran : Ayat 31

Untuk mendapat KASIH dari Allah, maka mesti mengikut Muhammad selepas kedatangannya. Jika tidak ikut Muhammad bagaimana kamu mahu mendapat KASIH dari Allah? Itu sahaja sudah membuktikan bahawa Muhammad adalah sebaik2 manusia, dan sebaik2 manusia SUDAH TENTU lah paling dekat dan disayangi Tuhan.

3 – Musa mempunyai kuasa dan wibawa kerana dia menjadi PEMERINTAH kepada rakyat.

Muhammad juga mempunyai kuasa dan wibawa kerana dia menjadi pemerintah kepada rakyat. Muhammad juga boleh memberi SYAFAAT di akhirat, untuk menyelamatkan manusia dari NERAKA

Yesus TIDAK menjadi PEMERINTAH rakyat

4 – Musa mendapat kesaksian umatnya melakukan MUKJIZAT

Muhammad juga mendapat kesaksian umatnya melakukan MUKJIZAT. Telah banyak disebut tentang mukjizat Muhammad pad dialog lepas.

Antara Mukjizat Muhammad, MEMBELAH BULAN, MENYEMBUHKAN pelbagai PENYAKIT dengan hanya berdoa, menghalau JIN dan ROH2 JAHAT, berkata2 dengan HAIWAN, MAKANAN yang sangat sedikit tetapi dimakan oleh RAMAI para sahabat tetapi TIDAK HABIS2, dan camam2 lagi

Dan Muhammad bukan melakukannya di dalam gua, melainkan DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI

5 – Musa wajahnya bersinar

Muhammad wajahnya bercahaya umpama cahaya BULAN PURNAMA

Ini antara kata2 dari para sahabat sendiri

“Aku melihat cahaya dari lidahnya.”
– “Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.”
– “Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.”
– “Rasulullah umpama matahari yang bersinar.”
– “Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.”
– “Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.”

6 – Musa meramal dan digenapi

Muhammad meramal dan SEMUA telah berlaku melainkan TANDA2 AKHIR KIAMAT. Jika berlaku tanda2 akhir KIAMAT, maka akan kiamat lah dunia ini tidak lama lepas itu.

Ramalan Muhammad tentang AKHIR ZAMAN ada banyak, antaranya di sini

42 Hadith tentang akhir zaman

Antara Mukjizat Nabi Muhammad S.a.w – bahagian 3

.

7 – Musa TIDAK BOLEH mengampunkan DOSA manusia. Dia hanya mampu BERDOA

Dalam Keluaran menyebut, akhirnya ALLAH menyeksa manusia2 yang buat patung lembu itu

Keluaran 32:30 Hata, maka keesokan harinya kata Musa kepada orang banyak itu: Bahwa kamu sudah berbuat dosa yang amat besar; maka sekarang aku hendak naik menghadap Tuhan, kalau-kalau aku dapat mengadakan gafirat atas dosa kamu itu.
32:31 Maka kembalilah Musa kepada Tuhan, lalu sembahnya: Wah, bangsa ini telah berbuat dosa yang amat besar dengan memperbuat berhala emas akan dirinya.
32:32 Maka sekarang, jikalau boleh, ampunilah kiranya dosa mereka itu! jikalau tiada, maka parangkan apalah aku dari dalam kitab-Mu, yang telah Kausuratkan.
32:33 Maka firman Tuhan kepada Musa: Orang itulah patut Kuparangkan dari dalam kitab-Ku, yaitu yang telah berdosa kepada-Ku.
32:34 Maka sekarang, pergilah engkau, hantarkanlah bangsa ini ke tempat yang telah Kukatakan kepadamu; bahwa sesungguhnya malaekat-Ku akan berjalan di hadapanmu, tetapi pada hari pembalasan-Ku, maka Aku akan membalas dosanya kepada mereka itu!
32:35 Maka demikianlah disiksakan Tuhan akan bangsa itu, sebab telah diperbuatnya anak lembu, yang diperbuat oleh Harun akan mereka itu.

– Muhammad juga berdoa kepada Allah agar mengampunkan dosa umatnya. Dan jangan lupa, Muhammad dapat memberi SYAFAAT di akhirat nanti untuk membebaskan manusia dari NERAKA. Allah hanya kurniakan SYAFAAT itu kepada Nabi Muhammad seorang, nabi2 lain tidak ada

Dan YANG PASTI, Musa TIDAK disalib

Muhammad TIDAK disalib

8 – Korban pada zaman nabi musa

Ajaran Islam juga ada KORBAN haiwan seperti kambing, lembu, unta

Yesus datang BUKAN untuk MENEBUS DOSA manusia, SETIAP manusia bertanggung jawab atas DOSA nya sendiri

“Maka kira-kira pada pukul tiga pagi itu, berteriaklah Jesus dengan suara yang nyaring katanya: Ya Tuhanku! Wahai Tuhanku! Mengapa Engkau meninggalkan aku?” (Matius 27:46)

Yesus sendiri disebutkan dalam Matius memanggil2 Tuhan. Dia sendiri TIDAK RELA disalib

“…….Sesungguhnya terkutuklah setiap orang yang tergantung pada kayu.” (Galatia 3:13)

“Orang yang berbuat dosa itu juga akan mati, maka anak tidak akan menanggung kesalahan bapanya, dan bapa pun tidak akan menanggung kesalahan anak-anaknya, kebenaran mereka yang benar terletak pada dirinya dan kejahatan orang fasik juga terletak pada dirinya.” (Yehezkial 18:20)

“Kerana anak manusia akan datang dengan kemuliaan Bapanya beserta dengan segala malaikatnya, pada masa itu Dia akan membalas kepada setiap orang mengikut amal perbuatannya.” (Matius 16:27)

“Biarkanlah anak-anak kecil itu, jangan dilarang mereka itu datang kepadaku kerana orang seperti inilah yang mempunyai kerajaan di syurga.” (Matius 19:14)

9 – Musa tidak memberitahu orang yang sama dengannya itu adalah KETURUNAN Yaakob. Dia hanya memberitahu bahawa nabi itu SAMA dengannya

Musa keturunan Ibrahim a.s

Muhammad keturunan Ibrahim a.s

10 – Musa memiliki seorang Ayah dan Ibu,
Muhammad SAW juga memiliki seorang Ayah dan Ibu

Yesus hanya memiliki Ibu dan tidak memiliki Ayah, sementara Yusuf Arimathea hanyalah ayah tirinya


11 – Musa dan Muhammad menikah dan mempunyai anak, sementara Yesus menurut sejarah AlKitab tidak menikah dan tidak mempunyai anak.

12 – Musa dan Muhammad diterima sebagai seorang Nabi dan Rasul oleh kaumnya dalam kehidupan mereka bahkan sehingga sekarang ini, sementara Yesus sendiri ditolak oleh kaumnya (umat Yahudi) sejak dari awal beliau diutus Allah sehingga sekarang. Yahudi menuduh Yesus itu membawa ajaran SESAT!!

13 – Musa dan Muhammad memimpin peperangan melawan orang kafir dan orang munafik. Mereka menakluki kota-kota dan membahagi-bahagi harta rampasan perang. Sementara Isa AlMasih tidak pernah melakukannya.

14 – Musa berhijrah ke bumi Madyan / Median, Muhammad berhijrah ke bumi Madinah, Yesus tidak hijrah ke mana pun di dalam menyebarkan ajarannya.

15 – Musa dan Muhammad sama-sama menerima wahyu (Musa dengan 10 perintah Allah di atas gunung, Muhammad dengan perintah Shalatnya di atas langit ke tujuh dan berhadapan dengan Tuhan, sementara Yesus tidak demikian kerana menurut Kristian, Yesus adalah ‘Tuhan’.

16 – Menurut hadis sahih riwayat Bukhari/Muslim, Musa dan Muhammad SAW berambut ikal (keriting) sementara Yesus berambut lurus.

17 – Musa dan Muhammad meninggal di usia tua dan di usia yang wajar (Musa 120 tahun, Muhammad 63 tahun), sementara Yesus dalam VERSI KRISTIAN ‘meninggal’ di usia muda dan 30-an tahun dan menurut catatan Abdullah Ibrahim penginjilan Yesus hanya selama 3 tahun, yang bererti Yesus hanya berumur 33 tahun sewaktu ‘wafat’.

18 – Musa dan Muhammad wafat secara wajar (sakit dan seumpamanya), menurut Kristian pula Yesus wafat disalib

19 – Bahawa Yesus dalam kalangan Kristian sekarang ini dianggap sebagai Tuhan sementara Musa bukanlah Tuhan.

20 – Yesus telah dianggap wafat untuk menebus dosa-dosa manusia, tetapi Musa tidak wafat untuk menebus dosa-dosa.

21 – Yesus bangkit setelah 3 hari wafatnya di kayu salib namun Musa tidak bangkit dari kematian setelah 3 hari dari wafatnya

.

.

.

Bacaan berkaitan:

Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah

Pendedahan bekas Paderi Kristian & Mubaligh Hindu

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2

Jesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan

Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal

Menjawab beberapa tuduhan terhadap AlQuran

Ramai orang2 Kristian dahulu yang menolak Trinity

Perbezaan ajaran Yesus dengan ajaran Paulus (Kristian)

Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1

Bible mengatakan hanya 144,000 umat Israel akan masuk syurga

Muhammad S.a.w adalah Rasul terakhir sedangkan Yesus bukan Rasul terakhir

Paulus yang selewengkan ajaran Yesus dan mencipta Kristian

Paulus menggunakan perkataan ‘bodoh’ sedangkan Bible sendiri melarang menyebut bodoh

Bible menyebut bahawa Yesus datang bukan untuk membawa damai tetapi pedang

Kita semua akan mati dan dibangkitkan dari mati di akhirat kelak, maka adakah kita ini Tuhan?

Kristian agama rasis sedangkan Islam agama universal

Ayat-ayat porno dalam Bible dan kaedah larangan berzina dalam AlQuran

Kristian menciplak ajaran Buddha dan penyembah berhala


Advertisements