Assalaamu’alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Memandangkan beberapa orang umat Kristian tidak berhenti-henti lagi menyerang di blog ini, maka saya lanjutkan bicara lagi tentang kristologi. Kali ini akan dibentang kan hujjah-hujjah lama yang banyak di antaranya masih tidak terjawab oleh mereka.   Fahami dan hayatilah , semoga kamu mendapat hidayah, rahmat / kasih sayang dan berkat dariNya.  Penerangan ini tidak lain melainkan kerana sayang saya kepada anak cucu nabi Adam dan mahu mereka kembali menTAUHIDkan Allah dengan sebenar-benarnya.

Sebelum itu mari kita teliti hadith dari Nabi Muhammad S.a.w bahawa beliau melarang kita menyanjung dia berlebihan kerana risau akan menjadi seperti umat Nabi Isa a.s yang menyanjungnya lebih-lebih sehingga mengangkat Nabi Isa menjadi Tuhan.

“Janganlah kamu sanjung aku (secara berlebihan) sebagaimana kaum Nasrani menyanjung ‘Isa bin Maryam alaihisSalam secara berlebihan. Aku hanyalah seorang hamba Allah, maka panggillah aku dengan sebutan ‘hamba Allah dan Rasul-Nya’.” (HR Abu Daud)

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan) “Beribadahlah kepada Allah (saja) dan jauhilah thoghut.” Surah  An – Nahl  : Ayat 36

.

.

Koleksi hujjah-hujjah terhadap umat Kristian

–   Yesus hanya lah UTUSAN ALLAH, atau pun RASULULLAH. Cuma kelahirannya adalah ajaib kerana tanpa bapa, tetapi jangan sekali2 mengatakan bapanya adalah ALLAH, itu adalah SYIRIK yang paling besar!! ALlah Maha Pengampun, Dia akan mengampunkan segala dosa jika Dia kehendaki, MELAINKAN dosa SYIRIK kepadanya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendakiNya.” Surah An Nisaa’ : Ayat 48

“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah maha Esa)” Surah Al Baqarah : Ayat 22

Kelahiran YESUS yg ajaib itu masih tidak dapat melawan kelahiran ADAm, kerana ADAM tidak ada bapa dan emak, itu lagi ajaib, tetapi adakah ADAM itu ANAK ALLAH  ataupun Tuhan?   Fikir2 kan lah

“Orang orang yang beriman dan tidak menodai keimanan mereka dengan kedzoliman (kemusyrikan) , mereka itulah orang-orang yang mendapat ketenteraman dan mereka itulah orang orang yang mendapat jalan hidayah”, Surah Al An’am : Ayat 82

.

–  ISLAM datang untuk membela kaum yang lemah. Kaum wanita sebelum ISLAM dijadikan alat hiburan, alat memuaskan hawa nafsu seks oleh pembesar2 Quraisy. Islam datang mahu menghapuskan kezaliman yang dilakukan oleh kaum jahiliyah, yang membunuh anak perempuan, mereka menanam hidup-hidup anak2 perempuan, astaghfirullah. Dengan ini ISLAM datang untuk membela semua itu. ZINA, ARAK, HOMOSEKS dan macam2 lagi berleluasa pada zaman jahilyah itu. ISLAM datang untuk membersihkan manusia dari NODA, dari berlaku zalim di bumi ALLAH.

ISLAM juga datang untuk merawat dan membaiki ajaran2 lama yang sudah banyak ROSAK dan dinodai oleh tangan2 manusia yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan duniawi semata.  Kerana itu lah Islam boleh membongkar 1001 macam permasalahan dalam AlKitab dan agama Kristian.

.

–   Tentang penjelmaan Tuhan menjadi manusia, atau Firman yang hidup – Kalau lah betul Tuhan menjelmakan diriNya dalam Isa AlMasih , kenapa dia begitu lemah sehinggakan tidak dapat melawan orang2 Yahudi yang hendak menyalibnya? Sedangkan kuasa Allah adalah “Kun fayakuun”. Apabila Dia kata jadi, maka jadi sahaja.  Dan kenapa Tuhan tidak menjelmakan terus diriNya hingga sekarang, biar kita semua bersama Yesus?

Ketahuilah bahawa Allah S.w.t tidak menjelmakan diriNya di dunia ini. Ini perlu difahami dan dihayati dengan sedalamnya. Dunia ini tempat ujian, dan kebanyakan perkara tentang Allah adalah rahsiaNya , kerana mahu menguji keimanan manusia, siapa yang yakin dan siapa yang tidak. ALlah dah bagi kita semua akal fikiran untuk digunakan dengan sebaik mungkin, bukan hanya mempercayai sahaja apa2 yang kita suka mengikut selera kita. Semua itu mesti berpandukan pada wahyu yang benar dan tiada keraguan padanya, tetapi mesti dilandaskan pada pemikiran dan akal yang waras dan mendalam.

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” Surah Al Mulk : Ayat 2

.

–   Fikirkanlah, Yesus telah dilahirkan melalui perut Mary / Maria / Maryam. Adalah mustahil TUHAN mempunyai anak sudah satu hal, kemudian keluar pula melalui perut seorang insan yang lemah. Tidak nampak ke betapa umat kristian yang percaya Trinity itu telah merendahkan kedudukan Tuhan? Perkara itu mesti diteliti dan diperhati baik2. Kita tidak boleh merendah dan memperkecilkan kedudukan TUHAN, buruk padahnya nanti, yang merana adalah kita sendiri, Tuhan tidak terjejas apa-apa.

.

–   Ada yang tuduh orang Islam yang mereka-cipta injil Barnabas, tetapi kami ada bukti bahawa bukan islam yang mereka-cipta Barnabas kerana ucapan syahadah di dalamnya tidak sama dengan ucapan syahadah bahasa Arab yang kami sebut, dalam Barnabas membenarkan minum arak sedangkan dalam Islam melarang keras arak , dan beberapa lagi.  Jika kita guna logik pun, Jesus tidak pernah komen tentang Barnabas bermakna mustahil Barnabas ada berlaku salah tentang Jesus.

Allah telah memerintahkan malaikat Jibril, Mikhail, Rufail dan Uril membawa Yesus ke langit. Dan Allah telah mengubah rupa Judas pengkhianat tadi menjadi rupa seperti Yesus. Dan dia telah ditangkap dan diseksa serta akhirnya disalib. Dan hukuman salib itu bukan sahaja dilakukan ke atas Judas masa tu, ada lagi beberapa penjenayah yang turut disalib bersama. Ini pun satu penghinaan terhadap Yesus kerana dituduh disalib bersama dengan golongan-golongan penjenayah.

Orang-orang Kristian melihat peristiwa salib itu dengan kesedihan kerana tidak tahu yang disalib itu bukanlah Yesus sebenar tetapi seorang pengkhianat.  Kemudiannya Allah memerintahkan Yesus turun ke bumi sekejap untuk mendamaikan ibunya yang sedang kesedihan dan juga dia telah menyuruh Barnabas untuk menulis sebuah kitab. Maka yang pastinya, hanya Saint Barnabas yang disuruh oleh Yesus untuk menulis sebuah kitab, manakala injil-injil yang lain itu tak tahu lah siapa yang suruh.

.

–    Tentang soal PADERI Kristian tidak berkahwin – Setahu saya Nabi Isa tidak pernah mengharamkan kahwin. Dia tidak berkahwin bukan kerana dia tidak mahu berkahwin, tetapi takdir ALLAH untuk mengangkatnya ke langit sebelum sempat dia berkahwin, iaitu pada masa umurnya masih muda iaitu 33 tahun.

Tetapi mengapa paderi-paderi MENGHARAMkan diri mereka kahwin sedangkan Allah tidak pernah mengHARAMkan kahwin. Mengapa mereka mengHARAMkan yang halal? Mengapa mereka sengaja mengada-adakan HUKUM yang tidak diperintah oleh ALLAH?

Maka kita sudah dengar banyak kes paderi-paderi BERMAIN dengan perempuan-perempuan secara rahsia (tetapi ada yang tertangkap). Itu lah akibatnya jika buat hukum sendiri, jika menyekat naluri untuk hidup berpasangan. Manusia ni naluri dia ingin hidup berpasangan, maka jika naluri itu disekat maka tiada ketenangan jiwa dapat diperolehi, dan naluri seks akan membuak-buak dan boleh meledak seperti BOM JANGKA. Sedangkan Adam pun kahwin, Yaakob, Ibrahim , Sulaiman, Daud dan para nabi kahwin, ini kan pula paderi. Tentang Nabi Isa a.s seperti yang saya katakan di atas, bukan baginda tidak mahu kahwin, tetapi takdir ALLAh menyebabkannya tidak sempat kahwin lagi pada waktu itu.

Ketahuilah bahawa ALlah jadikan kita mempunyai alat kelamin, bukan sia-sia tetapi ada gunanya, iaitu untuk membuat zuriat dan melahirkan anak yang nantinya akan  mengesakan ALLAH dan menjadi hambaNya yang soleh. Dan alat kelamin itu bukan bertujuan untuk berZINA dan menyalurkan nafsu seks secara tidak sah Jika paderi mengharamkan dirinya kahwin, macam mana nak dapatkan zuriat yang bagus? Dah lah dia haramkan kahwin (satu perkara suci yang telah dilakukan dalam syurga antara Adam dan Hawa) , tetapi ada pula paderi yang sanggup menyalurkan nafsunya secara tidak halal dengan wanita-wanita simpanan. Tidak kah itu namanya mengHARAMkan yang HALAL dan mengHALALkan yang HARAM?

Mengapa dititik beratkan tentang PADERI tidak berkahwin di sini?  Kerana paderi yang memimpin pun sudah mengHALAL kan yang HARAM dan mengHARAMkan yang HALAL. Paderi sendiri pun telah terumbang ambing, bagaimana dengan anak2 buahnya yang lain??

.

–   Ulangan 18:20 Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang berkata demi nama allah lain, nabi itu harus mati.”

Mahu tahu siapa dia nabi yang mengaku selepas Yesus? Orang itu adalah orang yang membuat ajaran yang umat Kristian ikut sekarang sendiri iaitu yang kamu katakan sebagai rasul PAULUS! Paulus lah yang telah mengubah ajaran Yesus dan suruh menyembah ALLAH lain. Mengapa saya mengatakan PAULUS suruh menyembah ALLAH lain? Kerana Ajaran PAULUS bukan menyuruh sembah ALLAH yang Esa seperti ajaran nabi2 dahulu kala. Tetapi PAULUS telah menyuruh menyembah ALLAH yang Kristian juga mengatakannya JESUS iaitu ALLAH TRINITI!

Allah Trinity lah ALLAH lain, kerana ALLAH yang disembah dari zaman nabi ADAM bukan TRINITY!  Tetapi ALLAH YANG ESA!!   TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH.

Lihatlah kata-kata Paulus dalam 1 Korintus  1:25  “Kebodohan Tuhan itu adalah lebih bijak dari kebijaksanaan manusia, dan kelemahan Tuhan adalah lebih kuat dari kekuatan manusia lelaki”.

Paulus terlalu terpengaruh dengan FALSAFAH YUNANI / GREEK kerana itulah kata-katanya banyak yang seperti manusia berkhayal dan cakap merapu, tetapi kononnya mempunyai maksud yang mendalam. Di dalam ayat di atas, sememangnya Paulus tidak maksudkan Tuhan itu BODOH, tetapi dia mengatakan kebodohan Tuhan itu adalah satu penghinaan terhadap Tuhan.  YESUS melarang sama sekali menyebut perkataan BODOH, tetapi mengapa PAUL senang2 berkata begitu, dah la kata kebodohan, dia letak pula kepada TUHAN, na’uzubillah. Beraninya dia berkata2 begitu kepada TUHAN.  Dan sila baca link di bawah untuk lebih lanjut tentang Paulus menggunakan perkataan BODOH dalam AlKitab.

Paulus menggunakan perkataan ‘bodoh’ sedangkan Bible sendiri melarang menyebut bodoh

Imamat  24:16  dan dihukum mati. Siapa saja yang mengutuk TUHAN harus dilempari dengan batu sampai mati oleh seluruh jemaat. Hukum itu berlaku untuk orang Israel maupun untuk orang asing yang sudah menetap di Israel.

.

–   Tentang tangan2 manusia sendiri yang banyak cuba menulis AlKitab Injil itu ada diterangkan dalam AlQuran yang ertinya

“Dan sebahagian mereka buta huruf; mereka tak tahu Kitab, selain (dari) desas-desus dan mereka hanya mengira-ngira saja. Maka celaka sekali orang yang menulis Kitab dengan tangan mereka, lalu berkata, Ini adalah dari Allah; agar mereka memperolehi harga yang rendah sebagai pengganti ini. Maka celaka sekali mereka, kerana apa yang mereka tulis dengan tangan mereka, dan celaka sekali mereka, kerana apa yang mereka usahakan” Surah AlBaqarah : Ayat 78-79

Tentang perkara banyak orang cuba tulis AlKitab itu sendiri telah disebut oleh Lukas

“Teofilus yang mulia, banyak orang yang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi di antara kita, seperti yang disampaikan kepada kita oleh mereka, yang dari semula adalah saksi mata dan pelayan Firman. Kerana itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asal mulanya, aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkau dapat mengetahui, bahawa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh benar” (Lukas 1:1-4)

Tangan2 manusia yang ramai cuba menulis AlKitab itu menyebabkan ianya bercampur aduk dan tidak tahu mana satu yang tepat. Dan yang pasti, AlKitab mula ditulis setelah YESUS TIADA!!

Mari kita cuba bandingkan dengan AlQuran. AlQuran telah mula ditulis ketika nabi Muhammad S.a.w masih ada lagi. Iaitu mula2nya ditulis di pelepah2 tamar, kulit2 binatang, batu dan tulang. Cuma ianya belum dibukukan sahaja lagi. Tetapi penulis2nya adalah orang pilihan Rasulullah S.a.w sendiri, bukannya sesiapa sahaja boleh tulis seperti mana AlKitab dulu ramai yang CUBA menulisnya.

Yesus tidak pernah memonitor / memerhatikan penulis2 tersebut , dan mereka menulis selepas YESUS tiada lagi di Bumi ini. Ini bermakna tiada pemantauan dari Nabi, itu boleh menimbulkan wujudnya ajaran yang bukan dari nabi kerana tiada pengesahan.

AlQuran mula dikumpulkan semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar, iaitu Khalifah pertama dalam Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad S.a.w. Usaha mengumpul itu dianjurkan oleh Saidina Umar r.a. Dan telah kita ketahui, bahawa Rasulullah S.a.w telah berpesan dulu agar mengikut dengan sepenuh hati sahabat2nya ini yang telah dijamin adalah ahli syurga.

Dan AlQuran mula dibukukan pada zaman Khalifah ketiga Islam iaitu Uthman r..a , dan ianya masih terpelihara oleh anak saidina Umar iaitu Hafshah bt. Umar yang telah menjaganya apa2 yang dikumpulkan pada zaman Saidina Abu Bakar.

.

–   Fitrah seorang manusia memang memerlukan kepada anak. Seorang bapa atau ibu sememangnya berkeinginan untuk mempunyai anak. Itu menunjukkan keinginan manusia memerlukan kepada suatu yang lain dan perlukan zuriat untuk melangsungkan keturunannya.

Ini berbeza sekali dengan Tuhan. Tuhan mempunyai sifat ‘Iftiqor ilaihi’, bermakna segala sesuatu memerlukan Allah. Semua makhluk memerlukan ALLAH. Tetapi ALLAH tidak memerlukan makhluk. ALlah tidak berhajat kepada seorang anak dan Dia tidak memerlukan seorang anak pun kerana dia tidak tua dan tidak muda, tidak uzur, tidak lemah sepertimana manusia yang memerlukan zuriat sebagai pengganti dirinya. Allah tidak perlukan keturunan untuk menggantiNya dan seumpamanya.

Fahaman Yesus itu Tuhan sudah  TERNYATA salah. Begitu juga fahaman yang mengatakan YESUS itu anak Tuhan, sama sekali juga bercanggah dengan konsep TAUHID. YAKIN lah wahai umat Kristian, ALLAH tidak memerlukan suatu apa pun, jika semua makhluk tidak menyembahNya pun, tidak terjejas apa2 pun pada kuasaNya. Kita mengabdikan diri kepadaNya untuk KEBAHAGIAAN kita sendiri di dunia dan akhirat. Dan ALLAH sayang kepada manusia yang mengabdikan diri semata2 kepadaNya dan Dia tidak memaafkan sesiapa yang menyekutukanNya.

.

–   Istilah TRINITY telah menimbulkan salah faham yang besar terutamanya dalam umat Kristian sendiri, sehingga ada yang kata Trinity itu

1 – 3 dalam 1

2 – Jesus itu anak Tuhan, Allah itu Tuhan dan Roh suci itu Tuhan

3 – Allah 50% Jesus 50%

4 – Allah itu Jesus kerana mengambil dalil “firman itu bertukar menjadi manusia”

.

–  Yohanes  14:20   Setelah Aku hidup kembali, kalian akan mengetahui, bahwa Aku berada di dalam Bapa-Ku dan kalian di dalam Aku dan Aku di dalam kalian.

Jika kamu mengatakan ALLAH di dalam Yesus dan YESUS itu Tuhan, maka Yesus berkata “Aku di dalam kamu” , bermakna kamu semua pun TUhan?? Cuba lihat dan perhati baik2 wahai Kristian.  Bahasa KIASAN perlu difahami dan dihayati baik2 dengan hati yang suci dan tulus, bukannya difahami secara LURUS BENDUL.

Maksud di situ di dalam Islam pun ada istilahnya, iaitu nama ALlah di dalam hatiku, tetapi tak bermakna kita ini ALLAH. Maksudnya hati kecil ini sentiasa mengingati ALLAH, sehingga namaNya terpahat dalam hati kecil , dalam diri kita. Itu lah maksudnya MANUSIA YANG SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH, secara analoginya seperti ALLAh ada dalam diri kita.   Tetapi bukan diri Allah itu berada di dalam kita.

.

–  Persoalan IMAN adalah persoalan yang BERAT dan bukan MAIN2. Ini lah antara yang pernah diajar sejak dari zaman NABI MUSA / MOSES lagi. Iaitu dalam ’10 comandments’. Jika kita tidak percaya hanya satu sahaja dari 10 Commandments itu, maka ibarat kita tidak percaya keseluruhannya. Jika kita KUFUR hanya satu perkara dari 10 itu, sama seperti kita KUFUR kepada semua yang diturunkan oleh ALLAH ke atas manusia.

Itu adalah hak ALLAH kerana Dia mencipta manusia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjadi HAMBA kepadaNya, bukan HAMBA kepada selainnya termasuk hamba kepada NAFSU kita sndr.

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada ku” Surah AdZaariyaat : Ayat 56

Ibadah cara mana? Iaitu lah ibadah cara yang diajar oleh Nabi Muhammad S.a.w. Ibadah selain itu di akhir zaman ini adalah terTOLAK.

.

–  KOnsep asas dalam islam mudah jer, “sami’naa wa ato’naa”. “Kami dengar dan kami patuh”. Tugas hamba hanya mendengar dan patuh. Ini bagi yang sudah muslim. Tidak perlu kita banyak soal mengapa dan kenapa? Kerana umat zaman dahulu banyak soalan2 kenapa mengapa itulah yang Allah marah. Bermakna iman masih goyah, kerana masih mahu mempersoalkan perintah dan larangan Tuhan dan banyak karenah.

Dan yang lagi sedihnya, sehingga ada golongan yang mempertikaikan HUKUM TUHAN. Mengatakan ianya tidak sesuai dan mengubah mengikut selera dan citarasa masing-masing.  Sungguh berani mereka memperlecehkan HUKUM TUHAN dan mengatakan tidak sesuai serta banyak mengubah-ubahnya.

.

– Tentang persoalan hati, mengapa Islam bukan tekankan kepada hati sahaja, malah juga fizikal? Kerana ianya saling berhubung kait.

OK , jika semua manusia mengatakan, “Kami ini baik, kami ini berniat baik, hati kami ini ikhlas dan baik,” Adakah betul2 kita boleh terima bahawa dia itu baik? Sedangkan amalannya belum tentu macam mana. Seperti mana apabila seseorang itu mengatakan , “Kalau lah aku ada harta yang banyak, aku akan bagi semua pada orang miskin”, tetapi setelah dia dapat harta yang banyak, bukan dia bahagi2 kan harta itu, malah semakin tamak jadinya. Sebab itu segala yang ALLAH jadikan ada hikmahnya, tetapi kita tidak boleh mengambil kesempatan di atas semua ini, kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Dengan kerana ini pengakuan dengan lisan sahaja tidak memadai untuk mengukur kebaikan seseorang itu, kerana ada manusia yang berkata dia baik sedangkan kelakuannya sebaliknya. Di dalam Islam, sifat sebegitu dipanggil MUNAFIQ / berpura2 / SUKA MENIPU DAN TIDAK BETUL2 IKHLAS KERANA ALLAH. Maka di sini, bukan hati sahaja yang penting, tetapi amalan2 juga diambil kira.

.

–  Di dalam bab DOSA WARISAN,  saya hairan  mengapa Kristian boleh mengatakan bahawa mereka mengikut Taurat Musa, sedangkan banyak ayat dari Taurat / Perjanjian Lama yang Kristian sendiri sangkalkan. Terutamanya dalam hal dosa warisan ini, di mana Perjanjian Lama menyebut

Yehezkiel 18: 2-4 “Mengapa peribahasa ini terus disebut-sebut di negeri Israel? ‘Orang tua makan buah anggur yang asam rasanya, tetapi anak-anaklah yang ngilu giginya.’ Demi Aku, Allah yang hidup, TUHAN Yang Mahatinggi, peribahasa ini tidak akan lagi diucapkan di Israel. Nyawa setiap orang adalah milik-Ku, baik nyawa orang tua maupun nyawa anaknya. Orang yang berdosa, dialah yang akan mati.”

Yehezkiel 18: 20 Lebih tegas lagi dijelaskan, “Orang yang berbuat dosa, dialah yang akan mati. Anak tidak harus menanggung akibat dari kesalahan ayahnya; sebaliknya, ayah pun tidak harus menanggung akibat dari dosa-dosa anaknya. Orang yang baik akan mendapat ganjaran yang baik karena perbuatannya yang baik. Dan orang yang jahat akan menderita akibat dari kejahatannya.”

Maka masing2 menanggung dosa masing2, tidak ada kaitan dengan dosa Nabi Adam, setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan SUCI, bukannya BERDOSA seperti yang Kristian katakan.  Ini kerana Kristian terlalu mengikut kata2 Paulus dala Perjanjian Baru yang banyak MENGUBAH HUKUM TAURAT.

Tidak ada KEADILAN jika dikatakan bahawa  bayi yang baru lahir itu berdosa kerana dia masih tidak tahu apa2 dan tidak melakukan apa2 maksiat dan kejahatan pun.

.

–   Agama bukan suatu perkara mainan wahai umat Kristian, ianya untuk mengajar kita beribadah kepada pencipta kita dengan sebetulnya. Jika ianya sudah menjadi pilihan ikut selera manusia sendiri maka seeloknya manusia itu sendiri menjadi Tuhan, kerana pandai2 mengatur agama ikut citarasa sendiri. Kita mesti tahu, kita hanya HAMBA ALLAH, mesti dengar dan patuh sahaja perintah2Nya.

“Rasul telah beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami ta’at …….” Surah Al Baqarah : Ayat 285

Ingatlah bahawa ALLAH telah mengurniakan kepada kita akal / otak. Dan telah dibentangkan kepada kamu keterangan2 yang jelas dan membezakan mana yang benar dan BATHIL. Kamu akan dipersoalkan suatu hari nanti wahai Kristian, takutlah kamu pada azab ALLAH. Kerana tiada siapa akan dapat melawannya nanti. Ingatlah, Neraka dan Syurga adalah perkara PASTI, ianya ADA dan bahan bakarnya nanti adalah manusia dan jin, na;uzubillah.

.

.

Kesimpulan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dari Nabi S.a.w yang bermaksud, “Sesungguhnya agama itu mudah, dan sekali-kali tidaklah seseorang memperberat agama melainkan akan dikalahkan, dan (dalam beramal) hendaklah pertengahan (iaitu tidak melebihi dan tidak mengurangi), bergembiralah kalian, serta mohonlah pertolongan (di dalam ketaatan kepada Allah) dengan amal-amal kalian pada waktu kalian bersemangat dan giat”.

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dila′nati Allah dan dila′nati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat mela′nati,” Surah Al-Baqarah : Ayat 159

Di dalam Tafsir Ibnu Katsir mengatakan orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Allah turunkan di dalam ayat di atas ialah antaranya ahli-ahli Kitab. Mereka menyembunyikan sifat nabi Muhammad S.a.w.  Dan mereka akan dilaknati oleh para malaikat dan orang2 yang beriman.

.

.

Bacaan berkaitan:

Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah

Pendedahan bekas Paderi Kristian & Mubaligh Hindu

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan – Bahagian kedua

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit

Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal

Menjawab beberapa tuduhan terhadap AlQuran

Ramai orang2 Kristian dahulu yang menolak Trinity

Perbezaan ajaran Yesus dengan ajaran Paulus (Kristian)

Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1

Bible mengatakan hanya 144,000 umat Israel akan masuk syurga

Muhammad S.a.w adalah Rasul terakhir sedangkan Yesus bukan Rasul terakhir

Paulus yang selewengkan ajaran Yesus dan mencipta Kristian

Paulus menggunakan perkataan ‘bodoh’ sedangkan Bible sendiri melarang menyebut bodoh

Bible menyebut bahawa Yesus datang bukan untuk membawa damai tetapi pedang

Kita semua akan mati dan dibangkitkan dari mati di akhirat kelak, maka adakah kita ini Tuhan?

Kristian agama rasis sedangkan Islam agama universal

Ayat-ayat porno dalam Bible dan kaedah larangan berzina dalam AlQuran

Kristian menciplak ajaran Hindu dan penyembah berhala