Swedish lesbian bishop

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Pada 8 November iaitu kelmarin, gereja Lutheran di Sweden telah mentauliahkan Eva Brunne sebagai uskup lesbian / homoseksual di sebuah upacara di Cathedral, Uppsala. Uskup-uskup Anglikan dari England dan Ireland Utara telah menolak jemputan untuk menghadiri pentauliahan itu.

Lima uskup dari berbagai tingkat di dalam gereja Anglikan termasuklah uskup besar  Canterbury Rowan Williams , telah membuat keputusan tidak mahu hadir ke upacara itu, akhbar Dagen melaporkan.

Upacara ini berlangsung hanya selepas 3 minggu gereja Sweden membenarkan perkahwinan sesama jantina.  Ini setelah cadangan itu diluluskan dari undian sebanyak 176 daripada 279 ahli-ahli yang mengundi.

Uskup besar Sweden iaitu Anders Wejryd yang mengendalikan pentauliahan terhadap Brunee berkata bahawa ura-ura yang mengatakan pihak gereja England memboikot majlis itu adalah tidak betul. Malah dia mengatakan bahawa gereja England akan diwakili oleh Reverend Karen Schmidt.

Tetapi beberapa orang uskup lain dari gereja England, Ireland , Iceland, Estonia, Latvia , Lithuania dan juga Pertubuhan Lutheran Sedunia (World Lutheran Federation) juga memilih untuk tidak menghadirinya, juga tidak menyediakan alasan tertentu.

Wejryd berkata bahawa jemputan-jemputan antarabangsa itu ramainya menolak untuk datang kerana ‘sememangnya mereka biasanya tidak datang ke sana’.

Walaupun begitu, wakil-wakil dari Afrika Selatan, Filipina, Denmark, Norway, Finland, dan Germany dijangka datang ke majilis tersebut.

lesbian kahwinGambar anak patung lesbian kahwin

.

Ulasan saya

Nah, berubah pula  hukum dan menambah hukum baru pula iaitu HALAL berkahwin sesama jenis.  Sedangkan ramai orang Kristian sendiri yang tidak setuju dengan perkara tersebut, tetapi ianya tetap telah dijalankan dengan jayanya di sana. Undian masih memihak kepada pihak yang membenarkan kahwin sesama jantina.

Adakah hanya kerana mahu menjaga hati rakyat, agar rakyat TIDAK lari dari gereja maka uskup2 sanggup menghalalkan apa yang HARAM dan mengubah hukum dalam agama?  Jika dilihat dalam sejarah dari dulu lagi, begitulah yang biasanya berlaku di dalam kristian. Sehingga kini pun masih berlaku perubahan HUKUM tersebut.

Dan ada komen-komen dari rakyat Sweden sendiri yang mengatakan mungkin satu masa nanti gereja akan HALAL kan perkahwinan antara manusia dengan binatang pula.  Kerana dilihat sekarang ini sudah ramai manusia yang menjadikan binatang sebagai tempat memuaskan NAFSU SEKS nya, na’uzubillah.

Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku di negara kita ini. Kerana apabila BALA dari Allah datang menimpa, tidak kira baik atau jahat semua akan menanggungnya.  Kerana itu lah pentingnya dilaksanakan AMAR MA’RUF dan NAHI MUNGKAR.   Umat Yahudi dan Nasrani dulu dilaknat oleh Allah S.w.t kerana tidak menjalan NAHI MUNGKAR / mencegah maksiat dan kemungkaran.

Itu cerita gereja Lutheran di Sweden. Macam mana pula pendapat umat Kristian di Malaysia dan Indonesia. Adakah kamu bersetuju dengan pentauliahan itu? Dan adakah kamu setuju dengan pengHALALan kahwin sesama jenis itu?  Saya percaya, kamu juga tidak bersetuju bukan?