Assalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ……. Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.
“Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258
Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.
Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s dari api yang panas bersemarak itu.
“Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70
Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang. Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir. Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.
.
Kaitan Namrud dengan Illuminati
Subhanallah, penyebutan sedikit kisah Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya ada kaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati.
Nama ‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata “Marad” di dalam bahasa Arab ialah “Ridda” yang bermaksud “murtad”.
Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq). Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.
Dari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.
Sila baca juga 77th annual illumination of Rockefeller Center Christmas tree
Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran ‘Orion‘ yang bermaksud ‘benih seorang wanita’. Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu perawan’, ‘Ibu suci’ dan ‘Dewi dari syurga’. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.
Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai ‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.
Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
Di bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud. Watak-watak ini telah disadur semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud;
Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.
Semiramis dalam duit syiling lama
Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.
.
Keturunan Namrud hingga kini
Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.
Perhatikan lah bahawa Children’s TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang melalaikan. Sila baca Illuminati dan hiburan
.
Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka
Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;
1 – UN – United Nation (PBB – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
2 – USA – United States of America
3 – UK – United Kingdom
4 – USSR – Union of Soviet Socialist Republics
5 – UAE – United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 – UNESCO – United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization
Konsep UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang menjadi milik mereka.
Bendera Amerika Syarikat (USA) – Perhatikan ada 50 bintang (unsur 3 piramid) dan juga jalurnya ada 13 (13 bloodlines illuminati). Bendera Malaysia pun dipengaruhi oleh mereka kerana Malaysia dulunya dijajah oleh British.
Bendera Australia – Perhatikan ada 6 bintang (bintang yang mempunyai 4 piramid di dalamnya), 1 bintang besar dan 5 bintang kecil. Dan ada bendera UK di dalamnya, kerana Australia ialah milik kepada UK.
Bendera China – Ada 5 bintang, 1 bintang besar dan 4 bintang kecil
Bendera Russia (USSR) – Ada sabit dan tukul seolah-olah membentuk serampang 3 mata. Dan ada satu bintang di atasnya.
Bendera Israel – Sudah terang lagi bersuluh
Bendera United Kingdom (UK) – Anda mungkin tidak dapat melihat bintang di dalamnya. Tetapi jika anda berimaginasi, ianya seolah-olah anda melihat sebuah PIRAMID dari pandangan ATAS. Piramid 3 segi yang mempunyai 4 bucu. Dan cross di tengah dengan ditambah dengan 4 silang lagi itu pun secara simboliknya seperti sebuah bintang. Dan anda juga dapat melihat ada banyak segitiga di dalamnya.
Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka. Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri!
.
Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama
Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.
Kejadian 10 : 8 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;
10 : 9 ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN.”
Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian
Kejadian 11 : 1 Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.
11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.
11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, “Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.
11 : 4 Kata mereka, “Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi.”
11 : 5 Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.
11 : 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.
11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain.”
11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.
11 : 9 Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.
Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.
Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.
Tentang binaan-binaan yang mereka bina dan tujuan pembinaan serta matlamat mereka mungkin saya akan tulis pada tajuk lain pula nanti, insyaAllah.
.
Babylon baru
Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;
Wahyu 13 : 18 Maka inilah “hikmat”. Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.
Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60. Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar. Dan sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit, 60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.
Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada ‘The great Seal’ , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru. Secara matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon baru iaitu (0.6 x 1110 = 666).
Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai ‘Babylon yang hebat’ bersama-sama dengan ‘Agama Misteri’ nya. Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).
Dan ketahuilah bahawa nombor 666 TIDAK ADA KAITAN dengan AlQuran, kerana jumlah ayat AlQuran bukannya 6,666 ayat seperti yang digembar-gemburkan dulu. Itu hanyalah satu FITNAH untuk memburukkan AlQuran tetapi sudah ternyata SALAH. Jumlah sebenarnya setelah dikaji dengan teliti ialah 6,236 ayat.
.
Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon
Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Yesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.
Tetapi sebenarnya nama Easter itu bukan bermula di situ, tetapi sudah berkait dari zaman penyembah berhala dulu lagi, terutamanya dengan babylon. Perhatikan gambar di bawah;
Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar ‘Dewi Kesuburan’ atau dalam bahasa babilonian nya ‘Ishtar’. Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte
.
Kesimpulan
Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu. Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.
“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tidak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” Hadith Riwayat Muslim
“Tidak akan kiamat dunia ini sehingga ada seorang lelaki daripada keluargaku yang akan memimpin bangsa Arab, namanya sesuai (serupa) dengan namaku.” Hadis riwayat Abu Dawud
Rasulullah bersabda: “Al-Mahdi berasal dari keturunanku, keturunan dari Fatimah.” Hadis riwayat Abu Dawud
.
Khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”
.
Penulisan berkenaan Illuminati ini akan bersambung lagi selagi hayat saya masih ada insyaAllah kerana masih terlalu banyak untuk dibongkarkan. Semoga kita dapat mengambil manfaat darinya , mencegah mana-mana yang tidak elok, berusaha untuk menguatkan umat Islam dengan bersatu di bawah Tauhid yang satu, dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dilindungi dari fitnah Dajjal.
Semoga kita dapat menjadi manusia yang membantu perjuangan Nabi Isa a.s nanti dan sama-sama menegakkan HUKUM ALLAH kembali di muka bumi yang sudah banyak tercemar dan ternoda ini.
.
Rujukan:
1 – AlQuran
2 – Tafsir Ibnu Katsir
3 – Tulisan Alexander Hislop
4 – Dajjal dan Simbol Setan – Toto Tasmara
5 – The plain truth about Christmas – H.W. Amstrong
6 – Wikipedia
.
.
Bacaan berkaitan :
Logo-logo korporat Illuminati
Kaitan simbol Coat of Vatican dengan simbol-simbol Illuminati lain
Nama planet dalam sistem suria semuanya adalah nama dewa-dewi Romawi kuno
Syarikat-syarikat automobil milik Illuminati
Rahsia sebalik jenama NIKE
Rahsia di sebalik simbol Recycle
Rahsia di sebalik simbol BioHazard
Pemerintah-pemerintah baru dunia
Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia
Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati
Nama Osama Laden pun ada pada duit 20 Dollar Us
Black magic (sihir) dan Illuminati
Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood
Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka
Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka – Bahagian 2
Kenali simbol-simbol Illuminati dan Freemasons
Pemerintahan khilafah VS New World Order
Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan
George W. Bush pernah menyertai Skull and Bones
Harga minyak dan emas melambung naik
Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal
Kaitan antara Hitler, NAZI, ZIONIS dan Illuminati
Kronologi New World Order – Bahagian 1
Membeli emas banyak semakin menguntungkan Amerika Syarikat dan British?
Mengejar kemajuan kebendaan semata – agenda Illuminati
Video The Arrivals versi terjemahan Bahasa Melayu dan Indonesia
Pengaruh Illuminati dalam permainan komputer (PC Games)
.
zyrontyez
Nov 12, 2009 @ 00:01:21
Post yang menarik. Izinkan saya merujuk/menyalin post yang berkaitan Illuminati/Dajjal ini ke dalam blog saya kelak.
Saya mahu membina blog berkaitan falak dan agama..
Terima kasih..
Kalau dapat, saudara boleh mencari video bertajuk ‘The Arrival’ di Youtube. Ia berkenaan ketibaan/kebangkitan kaum Yahudi yang menyokong Dajjal dan cara mereka menguasai dunia dengan cara tersendiri. Lebih 20 video kalau x silap saya..
shemihaza
Dis 30, 2009 @ 05:02:52
666是Illuminati惡魔,母狗
走动的魔鬼崇拜者是這裡在我的辦公室
Awam
Nov 26, 2009 @ 19:18:08
Assalamualaikum.
Terima kasih atas tulisan penuh maklumat ini…
Saya setuju (untuk difikir-fikirkan) dengan hipotesis-hipotesis yang ditonjolkan dalam karangan ini, malah ianya lebih baik dari menonton rancangan realiti tv AF.
Tetapi berkenaan dengan nombor 666, anda menulis;- Sila baca “Mistis nombor 666” untuk mendapatkan lebih pencerahan….
Apabila diklik pada pautan, pembaca akan dibawa ke laman web e-bacaan.com. Kenapa anda mencadangkan pembaca supaya merujuk laman web yang diwartakan sesat iaitu laman web e-bacaan.com? Jika kita siasat siapakah mendaftar laman web berkenaan, ternyata namanya ialah Othman Ali yang didakwa terpengaruh dengan ajaran Kod 19 Rashid Khalifah (menyesatkan).
Laman web yang anda sarankan pembaca merujuk bagi mendapat lebih pencerahan (e-bacaan.com), akan mendedahkan pembaca kepada karangan dan tulisan-tulisan yang menterjemahkan Quran secara tidak berpandukan hadis (menolak hadis). Penulis laman web tersebut menghidangkan suatu penterjemahan Quran dari sudut bahasa semata-mata, tanpa mengira tafsiran ulama-ulama muktabar yang sedia ada. Walhal untuk berkecimpung dalam penafsiran Quran, seseorang itu mestilah memenuhi syarat2 yang sangat ketat seperti mempunyai ilmu hadis yang tinggi. Jadi bagaimana seseorang yang cuba menafsirkan Quran tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menerima pakai hadis Nabi Muhammad SAW?
Maaf, saya bukan tidak bersetuju dengan artikel anda, malah saya puji, tapi saya minta anda selidiki laman web yang anda saran kepada pembaca utk merujuk bagi mendapat pencerahan (e-bacaan.com).
Saya sarankan agar berhati-hati dalam membuat rujukan di internet, kerana orang mudah untuk memperdaya secara online.
Teruskan usaha murni anda mengarang artikel yang menyedarkan umat Islam, tetapi sumber rujuknya harus bersih dan ikhlas serta boleh dipercayai.
Mohon maaf..
Ahmad Nizam
Nov 26, 2009 @ 19:44:25
Salaam. Terima kasih atas peringatan itu. Saya tidak tahu pula kandungan2 lain dalam website tu ada yang MENOLAK hadith. Saya akan buang dulu link itu buat sementara, jika saya pasti laman web itu betul2 ada yang tidak kena, saya tidak akan LINK ke situ
Kerana tentang pengiraan bilangan ayat itu masih boleh diterima
Dan saya juga harap saudara dapat bantu saya terangkan apa contoh2 tafsiran dia buat yang bercanggah, dan apa hadith2 yang dia tolak, di sampiing saya akan cuba selidik nanti, kerana saya perlukan kepastian juga sebelum MENUDUH orang lain sesat ke apa hehe
Terima kasih , baarokallahu lakum 🙂
Ahmad Nizam
Nov 26, 2009 @ 21:50:46
Hhmmm felik2 jugak karangan dalam web e-bacaan.com yerr. Boleh katakan tulisan2 di situ semuanya copy paste dari BERBAGAI SUMBER, bukan tulisan peribadi seseorang semata2
Saya baru baca 3 4 artikel di situ, dan tidak dinafikan BANYAK yang felik2nya , contoh seperti ada tulisan yang mengatakan NABI MUHAMMAD itu TIDAK BUTA HURUF
Dan yang paling TIDAK BOLEH harap ialah artikel yang bertajuk Ajaran Islam daripada Bible, yang langsung TIDAK RASIONAL dan boleh dihujjahkan dengan dalil2 yang rajih
Apa2 pun terima kasih banyak la pada saudara AWAM kerana memberitahu perkara ni, begitulah sama2 kita kena tegur jika ada mana yang tidak betul. Maafkan ambe atas sebarang kesilapan
Samat hari raya dan taqobbalallahu minkum 🙂
ramlan sabah
Jan 03, 2010 @ 01:16:24
nah kan ahmad nizam betullah kata2 ku sebelum ini dan kawan2 yg lain yg awak ni memberikan fakta dan tuduhan tak baik terhadap semua kristian kadang2 awak memberikan ajaran or fakta yg tak tepat. mcmana ni? jgn bagi sebarang bagi saudara…tak baik tu membawa org menjadi sesat jika ajaran itu adalah sesat.
saya masih teringat dan ingat sampai bila2 yg saudara pernah katakan bahawa wahyu di dalam alkitab itu adala di tulis oleh Barnabas, sedangkan alkitab kami tidak pernah menyatakan sedemikian.
Ahmad Nizam
Jan 03, 2010 @ 19:41:56
Salaam. Apa kabar Ramlan Sabah? lama x nampak, ingatkan dah x datang ke sini lagi hehe
Ok berbalik kepada tuduhan kamu, saya cuma silap bagi link ke website yang saya tidak tahu semua kandungannya betul atau tidak sahaja
Walaubagaimana pun, tentang jumlah AlQuran yang saya link kan itu adalah BETUL. Oleh kerana pada masa tu saya nak cepat, saya jumpa link itu dan terus letak ke sini tanpa menyemak isi2 lain dalam website tersebut
Tentang Barnabas menulis wahyu, sememangnya itu bukan diceritakan dalam AlKitab. Kalau diceritakan dalam AlKitab, mungkin kamu tidak tersesat seperti sekarang ini
Sejarah tentang Nabi Isa Al Masih @ Yesus bukan hanya ada dalam AlKitab. Malah ada dalam tulisan2 ulamak lama, sejarawan2 menulis malah nabi Muhammad pun ada menceritakan tentang Yesus di dalam hadith2nya. Juga ada disebut beberapa dalam AlQuran
Kamu hanya membaca Alkitab, bagaimana kamu mahu menjumpai KEBENARAN wahai saudara
Kamu mesti baca dan kaji juga Alhadith , AlQuran dan tulisan2 sejarawan2 lain
AlKitab bukan semata2 kitab sejarah, maka untuk mencari sejarah yang betul kita mesti baca dari banyak sumber yang sahih
Ketahuilah perjanjian Lama itu sudah banyak diubah oleh orang2 Yahudi, kemudian ditambah lagi dengan Perjanjian Baru yang diubah oleh Yahudi dan kerajaan ROME
Buktinya?? telah banyak saya tulis tentang fakta2 yang bercanggah dalam AlKitab, ayat2 porno, Paulus mengubah undang2 Taurat, ajaran yang bukan ajaran para RASUL iaitu mengangkat Yesus sebagai Tuhan dan sebagainya 🙂
Penghibur
Dis 28, 2009 @ 20:57:51
@Ahmad Nizam
Assalamualaikum saudara, saya ingin bertanya tentang pertukaran Babylon Lama dan Babylon Baru yang anda tulis diatas, saya masih kurang faham tentang itu. betulkan saya, dimana kesilapan pengiraan saya ni, saya dah cuba, mungkin sebab sy dah lama tak mengira ni, hehe 🙂
Anda katakan Pertukaran Babylon Lama dan Baru seperti dibawah;
1 DOLLAR (Babylon Baru) = 60 SEN (Babylon Lama)
Oleh itu, saya membuat kesimpulan begini,
1 (Babylon Baru): 0.6 (Babylon Lama)
Jika pertukaran itu adalah 1:0.6, maka sebagai contoh
2 Dollar : 0.6 X 2 = 1.2 (Babylon Lama)
3 Dollar : 0.6 X 3 = 1.8 (Babylon lama)
10 Dollar : 0.6 X 10 = 6 (Babylon Lama)
100 Dollar : 0.6 X 100 = 60 (Babylon Lama)
1000 Dollar : 0.6 X 1000 = 600 (Babylon Lama)
1110 Dollar : 0.6 X 1110 = 666 (Babylon Lama)
Jika Pertukaran Babylon Lama berjumlah 1110, nilai ini (1110) mesti DIBAHAGI dengan 0.6 dan BUKAN DIDARAB 0.6
Maka ia seharusnya jadi begini,
1110 (Babylon Lama) / 0.6 = 1850 Dollar
Maksudnya,
Nilai 1850 Dollar = 0.6 X 1850 = 1110 (Nilai babylon Lama)
———————————————————————————
Mungkinkah sebenarnya nilai 1110 itu adalah Nilai babylon baru
1110 Dollar = 1110 X 0.6 = 666 (Babylon Lama)
Saya agak keliru dibahagian ini, mohon saudara Ahmad Nizam, tunjukkan saya perkiraannya. Saya nak tahu kerana saya tertarik dengan topik ni. Betulkan saya jika perkiraan saya salah.
By, Penghibur
Penghibur
Dis 28, 2009 @ 21:35:55
@Ahmad Nizam
Mungkin anda maksudkan dalam tulisan anda begini
1 Dollar Babylon Lama = 60 Sen babylon Baru
Jika ini maksud tulisan anda, maka tiada permasalahan, saya mohon maaf sebab terlalu banyak berfikir. Saya agak keliru dan terus berfikir.
By, Penghibur
Ahmad Nizam
Dis 28, 2009 @ 21:36:15
Salaam wahai Penghibur. Nampaknya saya pun tak FAHAM apa yang saudara TAK FAHAM keh3
Cuma nk tunjuk di situ kaitan NOMBOR 666 je sebenarnya, di mana nombor ini ada diramalkan dalam Perjanjian Lama
Maka 1110 Dollar babylon baru = 666 babylon lama , dan jika dicampur keduanya akan menghasilkan nombor TARIKH perisytiharan kemerdekaan Amerika Syarikat
Penghibur
Dis 28, 2009 @ 22:15:42
@Ahmed Nizam
Ok.. tq
Sebenarnya anda menulis 1110 babylon lama = 666 babylon baru, so pada pengiraan saya ini adalah salah, tapi jika 1110 adalah babylon baru = 666 babylon lama, ini baru betul, berdasarkan penjelasan anda bahawa 1 dollar = 0.6 babylon lama.
Sebenarnya berdasarkan nisbah yang anda sediakan, apabila nilai dollar babylon baru meningkat, maka nilai babylon lama takkan boleh melebihi jumlah nilai babylon baru.
———————————————————————————-
Saya ada baca buku tentang gerakan freemason, penulis buku ni menyatakan bahawa 1776 yang tertera pada 1 USD bukanlah menunjukkan hari kemerdekaan Amerika tetapi adalah hari penubuhan Iluminati pada 1 May 1776.
Apa pun thanks, tulisan-tulisan anda saya gunakan 100% (Iluminati & Freemason serta kesan dari penjajahan ditanah melayu, disebalik keganasan zionis dan NWO) semasa saya kursus BTN baru ni, banyak yang mereka tak dapat jawab dan samapai tahap saya kena tutup mulut supaya tak bercakap. Apapun saya tetap bg 5 Bintang pada BTN sebab dia bagi kebebasan bersuara dan ini peluang saya dan semua yang tidak bersetuju dengan konsep kebangsaan, sekular yang terang-terangang merendah Al-Quran.
Thanks.
By, Penghibur
Penghibur
Jan 01, 2010 @ 21:51:17
@Ahmad Nizam
Saya nak bertanya satu soalan berkenaan “A Typical Barcode”, sy tidak menolak berkenaan penulisan anda, saya nak pandangan anda berkenaan buku-buku Islam dipenuhi dengan Barcode 666.
Mungkn anda ada sedikit ulasan untuk dikongsikan.
By, Penghibur
Ahmad Nizam
Jan 03, 2010 @ 19:49:05
Salaam. tentang Bar code, tak ada kaitan dengan buku2 agama ke apa ya akhi hehe. Itu pasal dalam membuat sebuah buku, biasa kena buat bar code kan. Itu kerja orang2 yang berkenaan la 🙂
Apa tujuan dibuat Bar Code yer?? saya pun tak tahu …….
mie
Jan 03, 2010 @ 23:41:56
biasanya utk kawal inventori..
ramlan sabah
Jan 03, 2010 @ 01:12:08
pelik3…
Penghibur
Jan 03, 2010 @ 09:53:35
@Ramlan Sabah
Awak lagi pelik
By, Penghibur
elmaranji
Mac 12, 2010 @ 00:55:48
bukankah osiris satu penyelewengan terhadap kerasulan nabi idris a.s , di percayai nabi idris a.s merupakan antara pengasas mesir tua, manusia pertama diajar jibrail membaca dan menulis, mesir mempelopori tulisan terawal, hiroglif dipahat pada batu dan ditoreh pada papirus. nabi idris mengikut riwayat dengan kepintaran dapat tinggal di syurga setelah berhelah mati, dibangkitkan kembali dan masuk syurga selama lamanya, begitulah kepercayaan kuno mesir osiris memperdayakan dewa kematian, kisah ini berkembang setelah kewafatan nabi idris a.s dan bercampur baur dengan dongeng babylon, begitulah manusia disesatkan iblis, bermula sebagai memperingati, kemudian memuja akhirnya sesat terus dengan memalsukan tuhan dan menyeleweng kerasulan yyang haq, kini pun ada jenis begitu, memuja kubur yang dikatakan kubur wali allah, mengagung agungkan pemimpin yang telah mati, artis yang ntah apa jasanya kepada agama dan bangsa. wallahua’lam bissawab.
elmaranji
Mac 12, 2010 @ 01:10:43
pasal bintang, banyak rujukan mengenai illuminati dan freemason berasal dari kajian dan hipotesis orientalis yang berpihak kepada gereja katholik yang berpusat di rom itali. berhati hati dalam mencari fakta, orang islam pun ada yang mmetik sumber ini, namak menyebelahi islam tapi harus diingat, katholik musuh kepada illuminati dan masonry dalam kajian mereka, bukan islam. dalam kristia pun ada dajjal, antichrist yang selalu jadi villain dalam filem hollywood, fakta harus bertapis, bintang pun simbol islam, cuba tengok kat kubah masjid, dalam masjid kat dinding ada corak berbucu enam, corak ni adalah milik nabi daud a.s dan anaknya nabi sulaiman a.s, dua dua wajib umat islam percaya. jangan membabi buta termakan fitnah orientalis yang sengaja mahu menimbulkan kesangsian di hati ummah.
elmaranji
Mac 12, 2010 @ 01:11:07
pasal bintang, banyak rujukan mengenai illuminati dan freemason berasal dari kajian dan hipotesis orientalis yang berpihak kepada gereja katholik yang berpusat di rom itali. berhati hati dalam mencari fakta, orang islam pun ada yang mmetik sumber ini, nampak menyebelahi islam tapi harus diingat, katholik musuh kepada illuminati dan masonry dalam kajian mereka, bukan islam. dalam kristia pun ada dajjal, antichrist yang selalu jadi villain dalam filem hollywood, fakta harus bertapis, bintang pun simbol islam, cuba tengok kat kubah masjid, dalam masjid kat dinding ada corak berbucu enam, corak ni adalah milik nabi daud a.s dan anaknya nabi sulaiman a.s, dua dua wajib umat islam percaya. jangan membabi buta termakan fitnah orientalis yang sengaja mahu menimbulkan kesangsian di hati ummah.
elmaranji
Mac 12, 2010 @ 01:25:29
ops sorry bukan osiris sebenarnya tapi isis, maaf saya terkhilaf
Ahmad Nizam
Mac 12, 2010 @ 01:45:27
Salaam dan selamat sejahtera semua. Terima kasih di atas komen anda wahai elmaranji
Isis ialah ibu kepada Horus yang kononnya Horus itu ialah jelmaan semula Osiris
Sama dengan Semiramis adalah ibu kepada Namrud dan namrud mengahwini nya dan menjadi suaminya. kemudian Semiramis lahirkan pula Tammuz, yang kononnya jelmaan semula Namrud, sama konsepnya
Bintang Daud atau Star of David tu adalah dalam fahaman Kristian. Anda pun mesti betul2 kaji dan ambil baik2 fakta ya syeikh 🙂
Sila perhati betul2 bulan dan bintang dalam islam , BINTANG itu berlainan sama sekali dengan bintang Illuminati, JANGAN SALAH FAHAM
Dalam kristian pun adaa DAJJAL, tetapi tidak ada lagi nabi atau manusia yang memberitahu bagaimana rupa Dajjal melainkan hanya nabi Muhammad S.a.w sahaja yang mula memberitahu bahawa Dajjal itu matanya satu / buta sebelah mata
Nabi Muhammad pernah berpesan tentang kitab Injil yang telah diubah, betapa jangan kita mengatakan ia benar, dan jangan menafikannya seratus peratus juga
Kerana ada juga lagi perkara yang benar di dalamnya, cuma sayang ia telah banyak diubah dan disesatkan oleh golongan tertentu termasuklah pengaruh Illuminati
Maka kita bukan TIDAK BOLEH ambil langsung fakta2 dari barat, kerana selagi tak bercanggah dengan syariat, ada yang masih boleh dipakai. Jika tidak boleh diambil langsung, saya nasihat kan saudara JANGAN GUNA internet ni, kerana internet ini pun buatan dan agenda mereka 🙂
Islam menggalakkan kita menggunakan AKAL, selagi berpandukan kepada Aqidah dan Syariat yang betul. Bukan mengikut melulu apa yang orang kata dan kita terlalu ta’asub mendengar sesuatu pihak membuat cerita.
Dan nasihat saya, baca lah dengan minda yang terbuka, JANGAN terlalu membabi buta buruk sangka pada orang lain
Semoga kamu pun diberikan petunjuk dan ilmu yang betul. Sila utarakan lagi apa yang saudara tidak puas hati. Wassalaaam 🙂
ice
Mei 17, 2010 @ 13:43:16
nice one!!
Nurul
Jun 22, 2010 @ 14:39:35
Slm. saya terjumpa blog saudara secara tidak sengaja apabila ingin mengetahui lebih mengenai Raja Namrud. satu tulisan yang sangat interesting. mohon kebenaran untuk menyalin post awda bagi pembacaan kawan2 saya. terima kasih
suri cahaya cinta
Okt 08, 2010 @ 12:08:15
salam..
saya leka mcari artikel ttg raja namrud & ttg Nabi Ibrahim utk posting saya yg strusnya utk di masukkan bhgian islam pilihanku tak snagka ketemu blog ini juga..
blog ini berjaya buat saya duduk lama mmbca d sini..
Insyallah saya akan kembali di sini lagi 🙂
Diea
Okt 08, 2010 @ 16:53:48
salam..
laman web mmg bagus
dan saya juga hampir terleka membacanya…
saya kurang membaca
tapi bila tersinggah di laman web ni…
Rasa best sangat
Banyak perkara yang tidak tahu menjadi tahu
Semoga Allah memanjangkan usia Tuan empunya laman sesawang ni…Amin
aiman shamsul
Feb 24, 2011 @ 19:33:11
wah rasa takut tapi bermakna
Dewi Siregar
Okt 15, 2011 @ 01:51:19
pengen tobat, tapi belum sepenuhnya
loren
Mei 25, 2014 @ 05:03:24
Otakmu lumpur!!!!!
kudeen
Jun 06, 2016 @ 16:54:11
ada sesiapa boleh bantu, tahun berapa sebenarnya Nabi Ibrahim dilahirkan. Ada yang menyebut 1900SM, tetapi ada pendapat lain menyatakan 1900SM itu adalah tahun Ibrahim diangkat menjadi Rasul.
Kalau Ibrahim lahir pada 1900SM, jadi nya masa itu Raja Namrud sudak tidak berkuasa lagi sebab Namrud memerintah sekitar 2275-1943SM, selama 332 tahun.
jadi apa bukti jelas berdasar tahun yang betul2 menunjukkan Ibrahim lahir masa Namrud sedang berkuasa.
email saya din3295@gmail.com