Assalaamu’alaikum w.b.t……. Selalu kita dengar tuduhan-tuduhan dari umat Kristian bahawa “Nabi Muhammad S.a.w adalah seorang PEMBUNUH, maka dia bukanlah seorang nabi”. Mereka membandingkan dengan idola mereka iaitu Yesus kristus yang TIDAK PERNAH membunuh manusia. Sedangkan mereka lupa sesuatu iaitu Nabi Musa a.s dulu juga pernah berperang dan MEMBUNUH orang-orang musyrik.

Maka adakah mereka mahu mengatakan Nabi Musa a.s itu seorang PEMBUNUH?  Sudah tentu mereka tidak berani kerana Nabi Musa a.s adalah nabi yang dikurniakan kitab Taurat yang diguna pakai oleh mereka juga di dalam AlKitab. Maka mengapa jika Nabi Muhammad S.a.w berperang melawan musyrik maka mereka sewenang-wenangnya menuduh Muhammad sebagai PEMBUNUH?

Sedangkan apa yang Nabi Muhammad S.a.w lakukan adalah sama seperti Nabi Musa a.s lakukan.  Maka jika Muhammad kamu boleh katakan dia seorang PEMBUNUH, mengapa kamu tidak mengatakan Nabi Musa a.s pun seorang PEMBUNUH?  Jika kamu menuduh Muhammad S.a.w adalah PEMBUNUH, itu sama seperti kamu menuduh Nabi Musa a.s juga PEMBUNUH.  Dan mengapa kamu masih mengguna pakai Taurat (yang ada sekarang ini bukan lagi kandungan asal)? Tidakkah kamu merasa malu kerana memakai Taurat di dalam Perjanjian Lama dan memasukkannya ke dalam AlKitab dan menamakannya sebuah kitab suci?

Lagi pun Muhammad S.a.w dan umat Islam bukannya memulakan PEPERANGAN, bukannya memulakan MENYERANG sesiapa, tetapi perintah berperang adalah datangnya dari Allah S.w.t setelah umat Islam diseksa, dibunuh dengan kejam dan yang penting untuk membasmi PENYEMBAHAN berhala dari muka bumi ini. Dan mereka juga berjuang di tanahair sendiri menuntut keadilan, bukannya berangkat menyerang negara atau tempat lain. Nabi Muhammad dan umatnya memerangi orang-orang MUSYRIK sama seperti Nabi Musa a.s dan umatnya memerangi MUSYRIK dahulu.

“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka.” Surah Al Hajj : Ayat 39

Berikut ini pula ialah ayat perintah di dalam Perjanjian Lama AlKitab agar membunuh orang-orang yang mengajak menyembah tuhan atau dewa lain;

Ulangan   13:6 Maka jikalau kiranya saudaramu yang seibu dengan dikau, atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau bini yang diribaanmu, atau sahabatmu yang kekasih hatimu itu membujuk akan kamu sembuni-sembuni, katanya: Mari kita pergi berbuat bakti kepada dewa-dewa yang tiada dikenal oleh kamu atau oleh nenek moyangmupun tidak,
13:7 dari pada dewa-dewa segala bangsa yang duduk keliling kamu, baik hampir baik jauh, dari pada ujung bumi kepada ujung bumi yang lain,
13:8 janganlah kamu menurut kehendaknya dan jangan dengar akan katanya, bahkan, jangan hatimu kasihan akan dia dan jangan sayang akan dia dan jangan melindungkan dia,
13:9 melainkan hendaklah kamu membunuh dia dan pertama-tama tanganmu sendiri melawan akan dia hendak membunuh dia, kemudian tangan segenap bangsa itu.
13:10 Maka hendaklah kamu melontari dia dengan batu, sehingga matilah ia, karena telah dicobanya mengundurkan kamu dari pada Tuhan, Allahmu, yang telah menghantar akan kamu keluar dari negeri Mesir, dari tempat perhambaan itu.
13:11 Maka demikian kedengaranlah hal itu kelak kepada segenap Israel, lalu mereka itu akan takut dan tiada berani lagi berbuat perkara yang jahat begitu di tengah-tengah kamu.

.

Yang peliknya mengapa Nabi Muhammad S.a.w dengan pantas dituduh sebagai PEMBUNUH?  Dan telah dikatakan SESAT oleh umat Kristian?  Apa bukti bahawa Muhammad sesat? Adakah dia mengajak menyembah TUHAN lain?  Lihatlah kitab yang dibawanya, tiada apa-apa kekurangan yang boleh mengatakannya sebagai karangan manusia semata.  Lihatlah ajarannya sehingga kini, jika dipraktikkan dengan betul maka akan mewujudkan sebuah masyarakat yang aman sentosa dan tenang.

Tetapi sayang, mereka melihat umat Islam yang TIDAK PRAKTIK Islam atau yang melakukan dosa sebagai kayu pengukur terhadap Islam. Sedangkan itu dengan JELAS tidak mengikut Islam atau dengan kata lain ISLAM pada nama sahaja. Maka adalah TIDAK RELEVAN sama sekali jika mengatakan mereka-mereka yang melakukan dosa itu adalah kerana ISLAM, sedangkan dosa-dosa adalah  JELAS melanggar HUKUM ISLAM.

.

Mengapa masih tidak wujud masyarakat yang betul-betul mengikut Islam di Malaysia atau Indonesia ini?

Itu kerana kerajaanya sendiri TIDAK MELAKSANAKAN Hukum ISLAM / Undang-undang Islam dengan sepenuhnya.  Yang diguna pakai sekarang ialah Undang-undang British yang mana secara JELAS kerajaan British itu ialah salah satu keluarga Illuminati yang cuba mendominasi dunia ini dari dulu dan sampai waktu yang ditentukan nanti.

“…….Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

.

Perjanjian Lama meramalkan kedatangan nabi yang berperang

Yesaya  41:1 Berdiamlah diri kamu di hadapan-Ku, hai segala pulau! hendaklah segala bangsa membaharui kuatnya serta datang ke mari; hendaklah mereka itu memutuskan hukum; kami hendak bersama-sama datang hampir akan berhukum.
41:2 Siapa sudah membangkitkan dia dari masyrik, yang bertemu dengan kebenaran pada segala langkahnya? siapa menyerahkan segala orang kafir di hadapan hadiratnya dan memberi kuasa kepadanya atas raja-raja dan menyerahkan mereka itu kepada pedangnya seperti duli kepada busurnya seperti jerami yang diterbangkan,
41:3 pada masa diusirnya mereka itu? Dengan selamat juga ia terus pada jalan, yang belum pernah dipijak oleh kakinya.
41:4 Siapa gerangan sudah mengadakan dan membuat itu sambil memanggil segala bangsa dari mula asalnya? Aku ini Tuhan, yang pertama, maka serta dengan yang terkemudianpun Aku ini lagi sama jua.

.

Perjanjian Lama meramalkan kedatangan nabi yang menegakkan HUKUM

42:1 Lihatlah hamba-Ku, yang Kupapah, pilihan-Ku, yang hati-Ku berkenan akan dia! Bahwa sudah Kukaruniakan Roh-Ku kepadanya, maka diapun akan menyatakan kebenaran kepada orang-orang kafir.
42:2 Tiada ia akan berteriak atau menyaringkan suaranya atau memperdengarkan dia di jalan.
42:3 Buluh yang terkulai tiada akan dipatahkannya dan sumbu yang lagi berasap tiada akan dipadamkannya; maka iapun akan menyatakan hukum dengan kebenaran.
42:4 Maka ia sendiripun tiada akan dipadamkan atau dipatahkan sampai sudah ditentukannya hukum di atas bumi dahulu; maka segala pulaupun akan menantikan pengajarannya.
42:5 Demikianlah firman Allah, Tuhan, yang sudah menjadikan dan membentangkan segala langit, yang sudah menghamparkan bumi dengan segala yang tumbuh dari padanya; yang mengaruniakan nafas kepada segala bangsa yang duduk di atasnya, dan nyawa kepada mereka itu sekalian yang berjalan padanya:
42:6 Bahwa Aku ini, Tuhan, sudah memanggil engkau dengan kebenaran, Aku memegang tanganmu, Aku memeliharakan dikau dan Aku mengaruniakan dikau kepada umat itu akan perjanjian dan kepada segala orang kafir akan terang;

Dan lain-lain ramalan tentang kedatangan Muhammad di dalam Perjanjian lama

Umat Kristian juga sering membawa hadith di bawah ini yang kononnya menunjukkan Islam ini adalah agama yang suka berperang.

Rasul Allah berkata, “Aku telah diperintahkan (oleh Allah) untuk memerangi orang2 sampai mereka mengaku bahwa tidak ada yang patut disembah selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah, dan melakukan sembahyang dengan sempurna dan membayar zakat, sehingga jika mereka melakukan hal itu, maka selamatlah nyawa dan harta mereka dariku kecuali dari hukum2 Islam dan amal mereka akan dihitung oleh Allah.” Hadis Riwayat Bukhari

Tetapi sayang, mereka tidak membaca hadith-hadith lain yang mana hadith nabi biasanya mempunyai pertalian dan maksud yang saling terang-menerangkan antara satu sama lain. Ia juga bergantung kepada masa dan kejadian yang berlaku ketika Rasulullah menyatakan sesuatu.  Maka sila baca hadith-hadith di bawah ini dengan baik.

“Barangsiapa yang mengganggu seorang kafir dzimmi maka aku yang menjadi lawannya nanti pada hari kiamat!”. Hadith Riwayat Al Khathib dalam At Tarikh dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu dengan sanad shahih

“Barangsiapa yang membunuh seorang kafir mu’ahhad maka dia tidak akan mencium aroma wangi al Jannah (padahal) sesungguhnya aroma wangi al Jannah itu didapati (tercium) sejauh perjalanan 40 tahun.” Hadith Riwayat  Al Bukhari 3166, 6914; An Nasaa-i 4764; Ibnu Majah 2736; Ahmad V/36

Kafir Dzimmi ialah kafir yang tinggal dalam negara yang diperintah oleh umat Islam dan mereka tidak mengganggu dan menyerang umat Islam.  Manakala Kafir Mu’ahhid ialah kafir yang tinggal di negara lain tetapi mereka sudah membuat perjanjian dengan umat Islam agar saling tidak menyerang.

Maka soal berperang di dalam Islam bukannya perkara sewenang-wenangnya sahaja, tetapi dengan SYARAT yang ketat, jika tidak umat Islam sendiri yang tidak akan mencium bau syurga , na’uzubillah.  Dan lagi  Rasulullah S.a.w sendiri melarang kita bercita-cita untuk berperang.

“Wahai manusia! Jangan kamu bercita-cita bertembung dengan musuh, mintalah daripada Allah keselamatan. Namun jika kamu bertembung dengan mereka juga, kamu hendaklah sabar (tetap jangan berganjak).” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

.

.

Bacaan berkaitan:

Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah

Pendedahan bekas Paderi Kristian & Mubaligh Hindu

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan – Bahagian kedua

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit

Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal

Menjawab beberapa tuduhan terhadap AlQuran

Menjawab beberapa tuduhan terhadap AlQuran – Bahagian 2

Berhati-hatilah terhadap pendakyah Kristian yang memutar belit maksud AlQuran dan Al Hadith

Ramai orang2 Kristian dahulu yang menolak Trinity

Perbezaan ajaran Yesus dengan ajaran Paulus (Kristian)

Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1

Bible mengatakan hanya 144,000 umat Israel akan masuk syurga

Muhammad S.a.w adalah Rasul terakhir sedangkan Yesus bukan Rasul terakhir

Paulus yang selewengkan ajaran Yesus dan mencipta Kristian

Paulus menggunakan perkataan ‘bodoh’ sedangkan Bible sendiri melarang menyebut bodoh

Bible menyebut bahawa Yesus datang bukan untuk membawa damai tetapi pedang

Kita semua akan mati dan dibangkitkan dari mati di akhirat kelak, maka adakah kita ini Tuhan?

Kristian agama rasis sedangkan Islam agama universal

Ayat-ayat porno dalam Bible dan kaedah larangan berzina dalam AlQuran

Kristian menciplak ajaran Hindu dan penyembah berhala

Muhammad S.a.w adalah nabi yang diramalkan di dalam AlKitab

Percanggahan-percanggahan NYATA di dalam BIBLE / AlKITAB