Salaam. Alhamdulillah, sempat juga ambe shoot foto gerhana matahari hari ni, walaupun tidak dapat dari awal tetapi sekurang-kurangnya boleh la juga. Gambar-gambar ini ditembak dari kampung Teluk Pasu, Manir, Kuala Terengganu dengan menggunakan kamera DSLR Sony Alpha 200.
.
Ambe guna shutter speed yang tinggi iaitu 1/4000 dan aperture lebih dari 20 bergantung kepada keadaan kecerahan suasana. Hajat mulanya nak pakai ND filter, tetapi memandangkan ianya sudah memadai, maka ambe hanya ejas shutter speed dan aperture sahaja. Semoga anda berpuas hati seperti mana yang ambe puas hati , alhamdulillah …….
.
.
Bulan datang menutupi matahari dari arah bawah. Gerhana matahari ini tidak sampai separuh pun bulan menutupi matahari. Mungkin di India pada waktu ini dapat melihat Gerhana Cincin.
.
p/s: Bahaya juga sebenarnya melihat matahari pada sekitar pukul 3 dan 4 petang, tetapi saya cuba shoot ketika awan mula cover matahari sikit. Waktu tu matahari tidak bersinar dengan kuat sangat ke Bumi, dengan kata lain waktu TEDUH.
.
.