Salaam. Kita semua merasa sedih dengan kejadian dasyat yang menimpa penduduk Haiti baru-baru ini. Kejadian gempa bumi Haiti berukuran 7.3 skala richter adalah antara yang terburuk dalam sejarah dan terbesar di rantau sana sendiri. Ia melibatkan hampir 3 juta penduduk dan dalam 600,000 orang cedera dan hampir 200,000 terkorban.
.
Tetapi ada ura-ura mengatakan bahawa gempa bumi itu adalah buatan manusia. Jangan terkejut, , kerana mengikut data-data yang dikumpul oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini, Hurricane Katrina, Tsunami di Asia, gempa bumi di China, gempa bumi di Iran, taufan di Burma dan beberapa lagi juga adalah kemungkinan besar adalah rancangan jahat manusia juga, iaitu satu organisasi terlicik dan terpelik di dunia iaitu Illuminati.
.

Sememangnya bagi umat Islam, kita percaya bahawa Allah S.w.t juga ada menurunkan bala bencana. Tetapi kita jangan lupa, ada juga ayat2 AlQuran yang mengatakan bahawa bala bencana yang berlaku adalah kerana perbuatan manusia. Begitu juga dengan AlMasikh Dajjal yang boleh membuatkan neraka kepada manusia di dunia ini, dengan izin Allah.

.

Mengapa saya katakan bahawa gempa bumi di Haiti itu kemungkinan besar ciptaan manusia?

Ada saksi (seorang forumer dari laman forum di davidicke.com) yang mengatakan bahawa 10 hari sebelum kejadian gempa bumi itu beliau pergi ke Haiti, dan keadaan di sana aman tenteram. Kemudian pada suatu hari, dalam pukul 2 petang cuaca tiba-tiba berubah secara dramatik. 99% pelancong di kawasan itu terpaksa mencari tempat perlindungan.
.
Kemudian dia melihat satu operasi angkatan tentera, yang melibatkan helikopter-helikopter berteknologi tinggi, beberapa buah kapal terbang dan dua buah kapal perang laut yang meronda di kawasan itu.
.
Kemudian , gempa bumi alamiah biasanya mempunyai kedalaman melebihi 20 batu di bawah tanah. Tetapi gempa bumi ini cetek dan tidak sampai 20 batu.
.

Apa keuntungan yang Illuminati dapat dari gempa bumi di Haiti?

– Mereka dapat menghantar pasukan bantuan seperti Red Cross, United Nation (UN) dan sebagainya. Maka disangkanya oleh dunia bahawa pertolongan-pertolongan itu adalah secara ikhlas dari pihak mereka dan juga kerajaan Amerika Syarikat amat baik dan berbudi. Ini adalah salah satu dari propaganda ‘Mind Control’.
.
– Di sebaliknya nanti negara tersebut akan terpaksa berhutang dengan IMF, World Bank, yang mana organisasi-organisasi tersebut adalah milik mereka tentunya. Apa bila sesebuah negara berhutang dengan IMF atau World Bank, secara automatiknya negara tersebut akan jatuh ke tangan Illuminati dan mereka boleh buat apa saja.

– Boleh percaya ke tabung membantu Haiti itu disalurkan kesemuanya ke sana?

– Boleh percaya ke dengan kebaikan kerajaan Amerika Syarikat membantu Haiti setelah negara-negara lain seperti Palestine, Iraq, Vietnam, Afghanistan dan sebagainya dibedil oleh mereka tanpa belas kasihan?

– Boleh percaya ke dengan ‘Clinton-Bush Haiti Fund’?

.

barack obama george bush and bill clinton

.

Apa teknologi yang digunakan untuk menghasilkan satu gempa bumi?

Teknologi tersebut dipanggil HAARP. HAARP menghantar ledakan dan saluran tenaga radio frekuensi tinggi (HF) yang terkawal dan ditala (tuned) pada ionosfera Bumi. Jumlah tenaga yang sangat besar ditambah ke ionosfera mencipta getaran yang ditala yang kemudian diarahkan ke seluruh dunia pada aliran-jet. Bila mana getaran yang sangat besar ini berakhir maka ia mencipta frekuensi sangat rendah (ELF) gelombang yang berjalan turun ke bumi.
.
Stesyen kajian HAARP di utara Gakona, Alaska
.
Dengan menggunakan kaedah ini, HAARP mampu mendalami tomografi bumi, secara asasnya meng “x-ray” bumi. Jika mereka tala / tune kan resonan dengan ciri geologi garis salah, ia boleh menyebabkan gegaran keras, malah mungkin lebih keras dari yang dapat dilakukan oleh alat pneumatik.

High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP) ini adalah satu projek penyiasatan bersama-sama ditabung oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska, dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).

Objektif asalnya seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah untuk menyiasat ionosfera dan menetapkan apakah beberapa daripada sifat-sifatnya boleh digunakan untuk tujuan komunikasi ataupun keperluan pengawasan.

Walaupun mungkin HAARP bukannya penyebab utama, dan mungkin keretakan tanah di daerah itu yang sudah sampai masanya untuk berlaku gempa bumi, tetapi HAARP boleh menjana  atau menambah lagi kekuatan sesuatu gempa bumi itu dengan menumpukan tenaga terhadap keretakan tersebut.

Dan jangan lupa, mereka juga mempunyai teknologi-teknologi lain yang boleh memusnahkan muka bumi ini seperti Tesla Electromagnetic Pulse, Teknologi Plasma dan Sonic, bom ‘shockwave’ dan sebagainya.
.
.
Antara punca AS mahukan Haiti ialah kerana minyak
Berdekad yang lalu, Amerika Syarikat telah menemui banyak minyak di Haiti. Kerana keadaan geopolitik dan kepentingan perniagaan besar, mereka membuat keputusan untuk menyimpan rezab minyak di Haiti sehinggalah minyak di Timur Tengah telah mengering.
.
Perkara ini telah diperincikan oleh Dr Georges Michel dalam sebuah artikel bertarikh 27 Mac 2004 menghuraikan sejarah penerokaan minyak dan bekalan minyak di Haiti dan dalam kajian Dr Ginette dan Daniel Mathurin.
.
Di Amerika Syarikat sendiri, kawasan-kawasan seperti Alaska (wilayah terbesar di AS), Texas, Alabama, Louisiana dan Mississippi juga mempunyai rezab minyak yang sangat banyak. Tetapi kebanyakannya masih lagi tidak digunakan. Mereka masih menyimpannya dan itu adalah satu TAKTIK di mana mereka menunggu suatu masa nanti harga minyak akan naik jauh lebih tinggi apabila minyak di negara-negara lain mula mengering.
.

Sila baca juga Kaitan Illuminati dengan harga minyak dan emas

.

60% dari harga minyak hari ini adalah kerana spekulasi

Menurut F. William Engdahl, harga minyak mentah hari ini tidak dibuat mengikut hubungan tradisi iaitu penawaran dan permintaan. Ia dikendalikan oleh sistem pasaran kewangan yang rumit dan juga oleh empat syarikat minyak Anglo-Amerika yang besar.
.
Sebanyak 60% dari harga minyak mentah hari ini ialah disebabkan oleh spekulasi tulin didorong oleh bank-bank pedagang besar dan ‘hedge fund’. Ianya tidak ada hubungan dengan mitos ‘Puncak Minyak’. Ia sebenarnya berhubung dengan kawalan minyak dan harganya. Bagaimana?
.
Pertama, peranan penting dari pertukaran minyak antarabangsa di London dan New York adalah penting kepada permainan ini. NYMEX di New York dan ICE Futures di London kini mengawal patukan global harga minyak yang pada gilirannya menetapkan sebahagian besar kargo minyak yang diperdagangkan secara bebas.
Mereka melakukannya melalui kontrak-kontrak masa depan minyak pada dua gred minyak mentah iaitu West Texas Intermediate (WTI) dan North Sea Brent.
.
Yang ketiga dari pertukaran minyak baru, Dubai Mercantile Exchange (DME), memperdagangkan minyak mentah Dubai, adalah lebih atau kurang anak syarikat kepada NYMEX, dengan presiden NYMEX iaitu James Newsome, duduk dalam lembaga pengarah DME dan sebahagian besar kunci personel British atau warga negara Amerika.
.
Brent digunakan dalam kontrak spot dan jangka panjang untuk menilai sebanyak mana minyak mentah dihasilkan dalam pasaran minyak global setiap hari. Harga Brent diterbitkan oleh sebuah penerbitan industri minyak swasta, Platt.
.
Pengeluar minyak utama termasuk Russia dan Nigeria menggunakan Brent sebagai patukan untuk harga minyak mentah yang mereka hasilkan. Brent adalah campuran kunci minyak mentah untuk pasaran Eropah dan sampai batas tertentu, hinggalah ke Asia.
.
WTI secara sejarahnya lebih daripada bakul minyak mentah AS. Bukan hanya ia digunakan sebagai asas untuk masa depan minyak dagangan AS, tetapi juga merupakan kunci penanda bagi pengeluaran AS.
.
Goldman Sachs dan Morgan Stanley hari ini adalah dua syarikat perdagangan tenaga terkemuka di Amerika Syarikat. Citigroup dan JP Morgan Chase adalah pemain utama dan menabungkan banyak hedge fund dan begitu juga yang menspekulasikan.
.
Pada bulan Jun 2006, minyak yang didagangkan dalam pasaran masa depan adalah sekitar $60 per barel dan siasatan Senat menganggarkan bahawa sekitar $25 daripadanya adalah kerana spekulasi kewangan. Satu analisa dianggarkan pada bulan Ogos 2005 bahawa tahap persediaan minyak AS menyarankan harga minyak mentah WTI akan menjadi sekitar $25 per barel, dan bukannya $60.
Dengan membeli sejumlah besar kontrak masa depan, dan dengan demikian mengangkat harga masa depan ke tahap yang lebih tinggi daripada harga sekarang, spekulator telah memberikan insentif kewangan bagi syarikat-syarikat minyak untuk membeli lebih banyak minyak dan tempatkan dalam simpanan. Penapis akan membeli minyak tambahan hari ini, walaupun sekiranya ia berharga $115 per barel, jika harga masa depan bahkan lebih tinggi.
.
Sebagai hasilnya, selama dua tahun kebelakangan ini inventori minyak mentah telah terus bertambah, yang mengakibatkan bekalan minyak mentah AS yang sekarang lebih tinggi daripada ketika dalam lapan tahun dahulu. Kemasukan besar pelaburan spekulatif ke minyak masa depan telah menyebabkan sebuah situasi di mana terjadinya sekarang bekalan minyak mentah dan harga minyak mentah yang tinggi.
.
F. William Engdahl adalah seorang anggota di Centre for Research on Globalization (CRG) dan pengarang buku A Century of War: Anglo-American Oil Politics and the New World Order.
.

Hadith tentang hasil galian di akhir zaman

Rasulullah S.a.w dalam hadith yang bermaksud, Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”. HR Al Baihaqi
.
.

Kesimpulan

Pelbagai perancangan, konspirasi dan taktik mereka lakukan untuk menjajah atau menakluki dunia ini. Ianya adalah untuk merealisasikan cita-cita Raja Namrud di Babylon dahulu iaitu untuk mewujudkan SATU PEMERINTAHAN bagi seluruh dunia atau dengan nama lain New World Order.

Mungkin bukan HAARP yang digunakan oleh mereka untuk melakukan gempa bumi / earthquake di Haiti,  atau mungkin juga mereka menggunakan kaedah ELEKTROMAGNETIK. Dan mungkin juga gempa bumi biasa iaitu kejadian alam ciptaan Tuhan (mungkin atas sebab bala kerana perbuatan manusia dan sebagainya) , tetapi yang JELAS ialah AS telah bersedia untuk itu.

.

Sila baca juga   Persiapan untuk membantu Haiti telah dibuat sebelum berlaku gempa bumi

.

Sumber

1 – Davidicke.com
2 – Wikipedia
3 – Globalreseach.ca

.

* Update 21 Jan 2010

Presiden Venezuela iaitu Hugo Chavez juga menuduh Amerika Syarikat menggunakan senjata mereka iaitu HAARP untuk melakukan gempa bumi di Haiti.  Dan ianya hanya sebagai latihan, sebelum mereka akan melakukan yang sebenarnya ke atas Iran dan kemudian menaklukinya.

 

.

.

Bacaan berkaitan :

Logo-logo korporat Illuminati

Kaitan simbol Coat of Vatican dengan simbol-simbol Illuminati lain

Nama planet dalam sistem suria semuanya adalah nama dewa-dewi Romawi kuno

Syarikat-syarikat automobil milik Illuminati

Rahsia sebalik jenama NIKE

Rahsia di sebalik simbol Recycle

Rahsia di sebalik simbol BioHazard

Pemerintah-pemerintah baru dunia

Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia

Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati

Misteri Vatican City

Nama Osama Laden pun ada pada duit 20 Dollar Us

Black magic (sihir) dan Illuminati

Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka – Bahagian 2

Kenali simbol-simbol Illuminati dan Freemasons

Pemerintahan khilafah VS New World Order

Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan

George W. Bush pernah menyertai Skull and Bones

Harga minyak dan emas melambung naik

Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal

Kaitan antara Hitler, NAZI, ZIONIS dan Illuminati

Kronologi New World Order – Bahagian 1

Membeli emas banyak semakin menguntungkan Amerika Syarikat dan British?

Mengejar kemajuan kebendaan semata – agenda Illuminati

Video The Arrivals versi terjemahan Bahasa Melayu dan Indonesia

Pengaruh Illuminati dalam permainan komputer (PC Games)

.