Salaamun alaikum w.b.t……. Sememangnya diketahui zaman jahiliyah di Mekah wanita-wanita masih belum sempurna menutup aurat dan ramai yang keluar rumah untuk menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga zaman jahiliyah di Malaysia, seperti zaman P Ramlee dulu contohnya, waktu itu masih dikira zaman jahiliyah di Malaysia ini kerana masih ramai yang tidak faham dan tidak mendapat pengajaran agama yang secukupnya kerana banyak faktor.
Tetapi sangat berbeza sekali di zaman moden hari ini yang mempunyai pelbagai saluran media untuk mengetahui tentang Islam yang sebenar. Tetapi semakin banyak saluran media untuk menyebarkan maklumat nampaknya semakin jahil jadinya umat kita, na’uzubillah. Maka kita lihatlah sekarang semakin ramai wanita yang mempermudah-mudahkan hal berkenaan aurat sehinggakan pernah suatu masa dahulu , SIS (Sisters In Islam) di dalam satu sessi dialog berkenaan Islam Liberal mengatakan “pakaian taqwa itu adalah lebih baik dari menutup aurat”, sehingga meremehkan soal memakai tudung kepala.
Mungkin mereka berdasarkan kepada ayat ini, “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” Surah Al-A’raaf : Ayat 26
Dan ramai wanita memberikan alasan seperti “don’t judge a book by its cover”. Tetapi sila tanya mereka kembali, jika kamu nampak sebiji buah nangka yang buruk membusuk, adakah kamu masih mahu memakannya?
Ya sememangnya nampak bagus alasan yang diberikan oleh SIS di atas, kerana ada juga hadith yang bermaksud bahawa Allah tidak memandang pada paras rupa tetapi pada taqwa. Tetapi sedarkah kita bahawa kita telah cuba mengubah atau mencabut hukum yang diperintahkan oleh Allah sendiri iaitu wajib menutup aurat bagi wanita? Menutup aurat dan taqwa adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan, kerana menutup aurat itu adalah tanda manusia itu bertaqwa , walaupun bukan semua orang yang menutup aurat itu bertaqwa. Bagaimana mahu dikatakan taqwa sedangkan hukum menutup aurat yang wajib itu senang-senang dilanggar dan diperlekehkan? SIS mesti faham dan rujuk semula apa erti sebenar taqwa.
Yang wajib tetap wajib, ianya tidak boleh dipersoalkan lagi. Hukum dalam Islam tidak boleh diubah-ubah apabila ianya telah nyata / muhkam. Semoga kita tidak menjadi seperti umat Yahudi dan Nasrani dulu yang suka mengubah-ngubah Hukum dalam agama mereka mengikut selera dan keadaan semasa mereka.
Di dalam kitab Bible / AlKitab yang diimani oleh umat Kristian pun ada memerintahkan agar menutup aurat dengan betul termasuk menutup kepala. Dalilnya adalah seperti di bawah;
[1 Kor 11:5] Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.
[1 Kor 11:6] Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.
[1 Kor 11:10] Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat.
[1 Kor 11:13] Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala yang tidak bertudung?
Maka adakah kita umat Islam mahu menjadi seperti umat Kristian itu juga yang sekarang ini sudah tidak menutup kepala lagi melainkan biarawati-biarawati mereka sahaja? Jika hal ini tidak diambil berat dan dipandang ringan, maka tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam sudah tidak dikenali dan aurat sudah tidak terjaga lagi. Jika wanita Islam juga tidak mahu memakai tudung kepala dan menutup aurat dengan betul, maka apa bezanya rupa luaran antara wanita Islam dengan wanita Kristian? Sedangkan dalam masalah janggut dan misai pun Nabi Muhammad suruh agar bezakan dengan umat Yahudi, ini kan pula soal aurat wanita yang boleh menggoyang iman seorang lelaki.
Dan banyak lagi jarum-jarum halus yang ditusuk ke dada umat Islam seperti mengatakan bahawa memakai jilbab bagi wanita itu dapat menghalang kemajuan, membataskan produktiviti, merimaskan dan camam-camam lagi.
Sila baca juga tajuk Mengapa hanya biarawati sahaja yang menutup aurat dengan betul dalam Kristian sedangkan orang awam tidak
..
Dalil-dalil bahawa menutup aurat itu wajib
Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali dua tapak tangan dan wajahnya sahaja yang boleh ditunjukkan kepada lelaki ajnabi / asing.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab : ayat 59
“Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiadk berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur : ayat 31
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka), adalah “wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa”, maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].
Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].
Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.
Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].
Nabi juga bersabda yang maksudnya, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” Hadith Riwayat Abu Dawud
“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah “– Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
..
Wanita yang tidak menutup aurat mengundang banyak masalah dan dosa serta mendapat siksaan yang keras
Biasanya ada wanita yang memandang remeh isu memakai tudung dan menutup aurat dengan betul, kerana baginya ianya bukan satu jenayah. Ianya bukan satu kejahatan yang menyusahkan dan berlaku zalim pada orang lain, kata mereka. Tetapi ingatlah, nabi sendiri sudah berpesan bahawa wanita itu adalah satu fitnah bagi lelaki.
“Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” Hadith Riwayat Bukhari
Di dalam peristiwa Mi’raj Rasulullah ke langit, baginda telah melihat gambaran hukuman yang dikenakan ke atas wanita yang tidak menjaga aurat ini. Ada wanita yang menangis-nangis meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang membantunya – ini lah hukuman bagi wanita yang berhias untuk selain suaminya. Dan ada wanita yang tergantung dirinya pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk yang panas – inilah hukuman kepada wanita yang tidak menutup aurat termasuk rambutnya. Ada juga wanita yang mukanya HITAM dan MEMAMAH isi perutnya sendiri – inilah hukuman terhadap wanita yang menggoda dan mengghairahkan lelaki.
Aurat wanita merupakan antara bahaya tersembunyi yang boleh MEROSAKKAN IMAN kaum lelaki secara halus, (hinggakan pak-pak Imam pun boleh jatuh tersungkur). Akibat dari wanita-wanita seksi dan tidak menutup aurat dengan betul lah maka wanita-wanita yang menutup aurat pun menjadi mangsa, kerana lelaki boleh membayangkan tubuh wanita hasil dari yang ditengok dari wanita-wanita seksi terutamanya yang menampakkan bentuk tubuh sebelum itu.
Sebab itu pernikahan betul-betul dianjurkan dalam Islam, iaitu untuk mengelakkan berlaku sumbang perbuatan terhadap kaum wanita. Kerana itu lelaki-lelaki yang belum kahwin akan terjejas juga bila melihat wanita-wanita seksi yang mendedahkan bahagian-bahagian tubuhnya. Ketahuilah, walaupun sedikit didedahkan, nafsu lelaki amat kuat magnetnya apa lagi jika wanita itu gebu, cantik dan seumpamanya.
Akibat selalu tertekan dengan melihat keadaan wanita seksi di mana-mana, maka lelaki-lelaki terutama yang lemah imannya dan yang belum lagi berkahwin akan mudah terjerumus untuk melakukan perbuatan keji. Sehinggakan kepada wanita-wanita bertudung pun jadi mangsa kerana wanita-wanita itu mudah untuk dimakan oleh pemangsa yang telah dibrainwash secara tidak sedar oleh wanita-wanita yang tidak menjaga auratnya. Saya pernah tulis panjang lebar tentang hal aurat wanita ini dalam tulisan saya yang lepas.
Saya pun hairan, kerajaan tidak mengambil berat tentang wanita-wanita Muslim yang tidak menutup aurat dengan sebetulnya. Dalam Islam, jika seseorang wanita itu tidak menutup aurat di khalayak ramai, wanita itu boleh dihukum. Takut bunyi nya kan? Tetapi itulah yang terbaik dilakukan untuk mengelakkan terjadi kes ROGOL, ZINA, ANAK LUAR NIKAH, BUANG BAYI dan sebagainya. Sebelum terlambat, MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.
Wanita-wanita yang tidak menutup aurat dengan betul juga akan mendapat siksaan keras dan ada amaran bahawa mereka tidak akan memasuki syurga, na’uzubillah.
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” Hadith Riwayat Muslim
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dan ada satu lagi yang biasanya dilupakan dan terabai, iaitu berkenaan SUARA WANITA. Ini kerana biasanya wanita sangat suka memanja-manjakan suaranya dengan lelaki yang bukan muhrim yang mana ianya boleh merangsang nafsu seorang lelaki walaupun sedikit. Suara wanita bukanlah semuanya aurat, tetapi ia juga termasuk dalam aurat jika sekiranya berkata-kata dalam nada yang manja dan dapat merangsang nafsu syahwat lelaki, dan dalilnya adalah berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud , “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” Surah al-Ahzab : 32
Maka para wanita perlu lebih berhati-hati dalam berkata-kata terutamanya dengan lelaki ajnabi. Bukan sahaja perlu berhati-hati dari mengumpat / menggossip, dan berkata-kata perkara buruk lain, tetapi juga berhati-hati agar tidak menjadi terlalu mendayu-dayu dan lemah-gemalai sehingga dapat merasangkan nafsu syahwat lelaki ajnabi secara tidak disedari.
..
Bacaan yang lebih bagus lagi dalam tulisan Ustaz Zaharuddin dalam topik Aurat : Apa sudah jadi?
..
Walaupun tulisan ini membicarakan tentang aurat kaum wanita, tetapi kaum lelaki jangan lah pula lupa bahawa kita juga ada aurat yang wajib ditutupi iaitu dari pusat hinggalah ke bahagian lutut. Dan wajib diingat bahawa ianya juga termasuklah jika seorang lelaki itu memakai seluar ketat yang menampakkan bentuk anggota bahagian antara pusat dan lutut itu. Ini yang biasanya kurang diambil berat dan diabaikan oleh ramai lelaki.
Sememangnya jika semua wanita menutup dan menjaga auratnya dengan baik maka akan wujudlah suasana yang aman dan jauh dari zina dan rogol insyaAllah. Tanggungjawab menjaga dan menutup aurat adalah tanggungjawab semua wanita, maka jika sebahagian wanita TIDAK MENUTUP aurat, maka kemungkinan besar juga wanita lain yang akan menjadi mangsa jenayah nanti. Ini kerana jika suatu BALA datang, ia tidak mengenal manusia baik atau jahat, semua akan menanggungnya. Maka sama-sama lah kita insafi dan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan perintah Tuhan ini .
Dan semoga para wanita dan lelaki menutup aurat dengan ikhlas dan kerana Allah, bukannya kerana takut dan malu kepada manusia semata-mata. Dan berhati-hatilah juga dengan Tabarruj yang berlebihan yang boleh dibincangkan dalam topik lain pula. Jika anda masih belum mengetahui apa itu Tabarruj, sila lah mencarinya di laman-laman web yang sepatutnya. Wallahu a’lam 🙂
Mei 02, 2010 @ 20:55:14
[(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” Hadith Riwayat Muslim ]
*( rambut sebesar punuk unta? maksudnya apa? ) =D
Mei 02, 2010 @ 23:23:44
Salaam. Punuk unta tu bonggol atas tu unta tu wahai Nazifa 🙂
Biasa la dulu kan pompuan2 biasa bersanggul besar2. Tetapi zaman moden hari ni lain pulak fesyen nya. Pokoknya, rambut wanita itu adalah aurat dan wajib ditutup 🙂
Terima kasih
Mei 04, 2010 @ 05:04:05
Salaam,bab tutup aurat ne xpyh merentas desa jauh2..Tgk jer isteri2 pemimpin negara kita..brape kerat yg pkai tudung?Pemimpin yg diangkat rakyat pun x ambil kisah bab aurat,mcm mana rakyat x jd jahil?Frasa “Don’t judge the book by it’s cover” pada sy adalah escapism atau lbh tepat helah bela diri..Luaran dan dalaman kena dua2 elok,baru la saling melengkapi..Org nk beli manggis kena kopek isi ke baru jd atau xjd beli?SIS ni toksah lah bertaqlid buta..Apa makna Takwa?Mengerjakan yg diperintahkan ALLAH dan meninggalkan yg dilarang..Pakaian Takwa pula maknanya,ketakwaan itu menjadi amalan harian hingga bersebati dgn kita dan kelihatan sudah menjadi seolah-olah pakaian yg sentiasa menutupi tubuh setiap masa..Nampaknya SIS tidak ikhlas mengkaji Tafsir Al-Quran..Ilmu Tafsir ne kne berguru cik kAK..bukan buat tafsir sndiri..tu yg jd tafsir ikut hawa nafsu..Semua ayat2 yg ALLAH turunkan mempunyai asbab yg merangkumi peristiwa dan masa diturunkan..Jgn tafsir ikut History Channel,main tampal2 mcm buat kolaj..akibatmya ramai org jd sesat sbb blajar x ikut adab..
Mei 07, 2010 @ 17:48:52
Sekarang ramai yg bertudung hanya mengikut fesyen, maka timbullah memakai tudung tp nampak pusat,atau berlengan pendek, atau nampak dada, atau belah kat betis atau peha, mcm-mcmla gaya sekarang ni yg bertudung tetapi tidak mengikut suruhan agama.
Mei 08, 2010 @ 00:09:58
Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”. ih…. ngeri banget yach..
karna banyak banget wanita,yang ga mau menutup rambut’nya, dan dia pd en bangga dengan gayanya itu.
Mei 08, 2010 @ 00:34:00
Salaam. Ya, pelik tetapi benar kan? Kenapa wanita2 kebanyakannya TIDAK TAKUT sedangkan kebanyakannya sudah tahu tentang ini
Pokok pangkalnya di sini, mengapa masih TIDAK TAKUT??
Adakah kurang yakin dengan hadith nabi? Kurang yakin dengan Alquran?
Sila para wanita tanya balik hati kecil kamu, sebab apa kamu TIDAk TAKUT untuk membuka aurat di khalayak ramai?
Kenapa tidak ada sifat “sami’naa wa ato’naa” di hati mereka tentang ini? Perintah2 dalam Islam tidak boleh dipersoalkan lagi, yang WAJIB mesti PATUH sahaja, tidak boleh banyak songe 🙂
Mei 10, 2010 @ 00:02:43
Salam….mereka2 yg tidak mahu meyakini janji2 ALLAH dan Rasul itu sesungguhnya telah dihijabkan hati2 mereka dari menurut perintah ALLAH dan Rasul lantaran dosa2 mereka…Hati2 mereka lalai dalam mendengar ayat-ayat ALLAH,bertindak mengikut nafsu dan tingkah laku mereka melampaui kebenaran…Maka ALLAH tutupkan hati mereka dgn tutupan berlapis-lapis,menutup telinga2 mereka dgn penyumbat lalu mereka menjadi pekak dari mendengar risalah dan amaran ALLAH dan Rasulnya lalu ingatan ALLAH dan Rasul2 mereka jadikan ejek-ejekan…Mereka2 itulah org2 yg rugi,maka gugurlah segala amalan mereka dan ALLAH tidak akan menghisab amal2 perbuatan mereka lalu mereka dimasukkan ke neraka dan kekal didalamnya..
Mei 10, 2010 @ 13:55:22
Assalamualaikum… Rasa takut mecengkam bg yg bertaqwa… Amaran Allah adalah pasti dan bagi hati yg lalai dan telah ditutup takkan dapat lihat yg mana benar dan yg mana salah.. hatta org berilmu sekalipun sekiranya tidak beramal dgn apa yg ia ketahui turut terheret sama… Ramai guru2 agama sekarang tidak menepati piawaian berpakaian yg betul… tudung yg singkat, jarang dan berkelip2 tak pakai sarung kaki baju kurung berwarna warni.. bagaimana nak mendidik anak2 yang mencari2 arah tuju untuk mengembangkan dakwah islamiah sejati… Disitu tidak hairanlah lah bagi wanita2 yg sudah sememangnya jauh lgsung dari rahmat Allah… kelas2 agama lgsung tak dipeduli, kalau sure heboh jangan la tak pg… Hmm semua ni adalah kerana pengaruh budaya luar yg makin menjadi2 dan kita yang masih ada akal masih berfungsi dgn baik, baik2lah pelihara diri , keluarga, rakan2 dan masyarakat, yg keras hati kita doakan supaya Allah bukakan hati.. atas dunia ni selamatlah bila ajal dah jemput terputuslah amalan kita…. melainkan 3 perkara, sedekah, ilmu yg menfaat, anak yg soleh… yg tak der tiga2 tu sendirilah mau ingat,, Moga2 kita sentiasa di rahmati Allah selalu dan sesiapa nak bertariqat ( tariqat Ahmadiah ) leh datang ker Pondok Batu 10, Cheras Kajang… 0133789418.. Disini setiap hari rabu malam ada kelas bersih hati ( zikir ) dan pengajian kitab mengenal diri dan waliAllah. ( tasawuf ) sesiapa yg berminat boleh call saya miza atau mudir sendiri Ustaz Zakaria Awang Laman web Madrasah Diniah Ahmadiah Batu 10.. Sekian Wassalam.
Mei 10, 2010 @ 19:54:56
salam..
kebanyakan orang bukan tak taw dosa pahala and azab
tapi tak caya,tak yakin ngan suma tu
tak cukup ke ngan tsunami,gempa bumi sana sini sebagai pengajaran?
sedarlah wanita2 di luar sana y pakai tudung tapi jarang,nampak dada..
cuba paham betul2 konsep aurat tu macam mana
Understand the knowledge first then baru leh practise
masalahnya ramai y tutup aurat ‘ala kadar’ je sebab disuruh sejak kecl tanpa di-explain-kan kenapa kena pakai tudung n tutup aurat
pengajaran u ibu bapa jangan hanya ajar anak2 praktical tapi terapkan teori n tarbiyahkan anak2 anda supaya lahirlah generasi y bebas dari penyakit sosial
tq
Mei 11, 2010 @ 16:18:32
KEPADA MEREKA-MEREKA YANG MENGGUNAKAN ALASAN ‘TAQWA’ KEPADA MENUTUP AURAT : “MENUTUP AURAT ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA PERINTAH SYARIAT DAN BUKANKAH MENURUT PERINTAH SYARI’AT ITU ADALAH SALAH SATU DARIPADA CABANG-CABANG TAQWA? JANGAN BERFIKIRAN SEPERTI ORANG-ORANG BODOH, WAHAI SISTERS IN ISLAM! SYARIAT ITULAH SEBENAR-BENARNYA TAQWA…. WALLAHU ‘ALAM.
Mei 11, 2010 @ 16:39:52
salam, saya hairan dengan sikap suami dizaman moden sekarang, mereka menyuruh isterinya memakai tudung tetapi bila nampak perempuan seksi sampai nak keluar biji mata….kenapa x jaga mata anda agar berhati2 bila memerhati perempuan seksi ni…
ada sekumpulan suami pula suruh isteri2nya memakai seksi bila keluar rumah dan NAK SHOW OFF lah 2…..
Mei 11, 2010 @ 21:50:21
Salam…Pada suami2 yg terjojol bijik mata nengok pompuan seksi tu,latih-latih la diri tu beristighfar secara spontan dan palingkan muka anda dari melihatnya bukan Istighfar tp mata mata masih pandang kt situ..hehehe..Pd suami dan isteri yg berpakaian seksi ni,jgn la kamu bertolong-tolongan pd perkara2 mungkar..Berfirman ALLAH kpd para malaikat,”Bagaimanakah hambaku jika mereka itu dapat melihat neraka?” Jwb Malaikat,”Pasti mereka akan lebih kuat mengerjakan amalnya dan memohon agar engkau melindungi mereka dari siksa neraka itu”..Manusia yg blm dpt menundukkan sifat2 kebinatangan spt nafsu syahwat dan marah tidak akan dapat mencapai Ma’rifah dan tidak mempunyai kemahuan yg tinggi utk sampai kpd ALLAH..
Mei 13, 2010 @ 09:35:59
salam ziarah dan salam kenalan untukl penulis blog..sy banyakl tertarik dgn atrikel2 yg berguna di blog ini..izinkan sy untuk copy paste ..sebagai bahan bacaan di blog sy serta menjadi panduan serta ilmu..untuk kami di alam maya..sekian jasa dan ilmu yg saudara sebarkan akan menjadi amal jariah kekal hingga akhir hayat dunia dan akhirat…izinkan dan halalkan ilmu2 yg diperolehi di blog ini..sekian
Mei 29, 2010 @ 15:39:36
salam..minta izin ntok share..terima kasih
Jun 04, 2010 @ 23:20:40
semuanyx kembalikan ke diri masing-masing…….
di akirat allah dah siapkan dua tempat neraka dan ancaman
surga dan kebahagian……….
itu semua terserah kamu yang milih…..
semua dah di jelaskan dalam al-qur’an dan sunnah rasul……
jgn bepatokan kepada selain dari 2 hal itu……..
skrg penyakit masyarakat adalah mengikuti zaman bkn mgkti 2 hal itu………..
Jun 13, 2010 @ 09:25:25
Berkunjung untuk menyimak artikel.
Jun 29, 2010 @ 14:58:58
saya juga :))
Nov 25, 2010 @ 08:06:58
Wanita dalam dunia islam adalah sampah,
wanita dalam dunia islam hanya menjadi ladang budak sex,
wanita dalam dunia islam hanyalah manusia-manusia dungu yang mau dibodohi oleh si idiot arab yang bernama muhammad,
wanita dalam dunia islam hanya ditekan, disiksa, hak derajat hilang, dan tidak disamakan,
seperti wanita harus menutupi semua bagian tubuhnya , biar laki2 tidak bernafsu,
hah bodohnya wanita dalam dunia islam
salam wanita untuk bersama, dan waria untuk kamu saja, hahahaha
Nov 28, 2010 @ 00:58:31
Salam dan selamat sejahtera semua.
Wahai Sewu Suwi, telah sangat banyak saya ceritakan di dalam blog ini, antaranya, sebelum KEDATANGAN NABI MUHAMMAD S.a.w di Mekah dulu, wanita2 dijadikan HAMBA SEKS, KHADAM, diperlekehkan, dihina, bayi2 perempuan dibunuh hidup2 kerana kononnya tidak memberi rezeki dan macam2 lagi
Tetapi setelah kedatangan Muhammad S.a.w. baginda telah menghapuskan semua itu dan MENGANGKAT martabat kaum wanita sampai lah sekarang
Cuba kamu tanya pada wanita2 MUSLIM yang benar2 ikut ajaran ISLAM?? adakah mereka merasa TERSIKSA dengan ISLAM??
Jawapan mereka pasti, mereka AMAT TENANG. Yang tersiksa JIWAnya ialah KAMU, Kamu sendiri yang sakit hati ntah apa2 , belum sedar itu ya? 🙂
Dan saya mahu kamu berFIKIR, org2 LELAKI ada NAFSU terhadap perempuan. Kerana itu lah ALLAH suruh perempuan2 TUTUP AURAT, agar tidak berlaku kes ROGOL, CABUL, ZINA dan seumpamanya yang BANYAAK berlaku hari ini
Kerana apa?? Kerana wujudnya WANITA2 seksi yang memperagakan TUBUH2 mereka sehingga kan menyeksa BATIN kaum lelaki dan MERANGSANG NAFSU SEKS kaum lelaki . 🙂
Semoga damai di hati kamu, dan semoga kamu diberikan HIDAYAH oleh ALlah S.w.t agar kamu dapat BAHAGIA di dunia dan di akhirat, amiin …….
Okt 17, 2011 @ 13:00:21
GILA LO????? EMANG BOLEH APA G PAKE TUDUNG???
PAKE BAJU PLASTIK AJA LO
Jun 04, 2016 @ 16:44:18
パズドラ、パワプロ、etc. どれも中途半端にはまって月々15万円も課金中。
Jun 04, 2016 @ 23:26:18
無実の罪で死刑が決まった兄バローズを逃がすために、弟マイケル・スコフィールドがわざと刑務所に入り、仲間たちと力を合わせて脱獄をする話です。しかし、脱獄した後の展開がまた傑作で、常時ハラハラさせられるので長い時間観ていても飽きませんよ。
ストーリーは1~4までありますが、刑務所脱出までを描いたシーズン1、超優秀捜査官のマホーンからの逃走を描いたシーズン2が傑作です。おすすめポイントは盛り沢山ですが、やはり役者の個性が目立ちます。そして、いきなり重要人物が死んだりするので、先が読めません。
特にセオドア、通称T-Bag。彼はもう、演技が最高すぎます。たぶん彼が演じていなければ、ここまでインパクトのあるキャラクターにはならなかったはず。役柄は子供たちをレイプ殺人したという最悪な凶悪犯ですが、どこか憎めず、シーズン1からシーズン4の最終話までずっと出演している数少ない一人です。
Dis 24, 2016 @ 00:38:01
I believe that is among the so much important information for me.
And i am glad studying your article. But wanna statement on few general things, The website style is great, the articles is truly nice :
D. Just right process, cheers
Mac 11, 2019 @ 11:53:33
assalam..sy nk minx nasihat sbb sy baru saja mula untuk menutup aurat dgn sempurna..sy bkerja & stiap hari sy disindir@ dipermainkan jd bahan jenaka rakan pejabat sekaligus buatkan sy jd down…rasa seperti diperlekehkan..& sy hanya mampu tersenyum kerana mahu menjaga hati & perasaan mereka..bila jadi seperti ni membuatkan saya rasa mahu kembali seperti dulu..sy rasa x kuat untuk teruskan menutup aurat dengan sempurna..bole x berikan kata2 semangat & cara untuk sy hadapi rakan sekerja sy?apa perlu sy balas balik jika mereka mempermainkan sy?trima kasih..
Apr 07, 2019 @ 21:13:29
suri tauladan ngejima’ bibi sendiri yg notabene isteri orang…:
“Khαulαh binti Hαkim ADALAH bibi Ϻυhαmmαϑ.“ (HR.Ahmαd,26050)
“Khαulαh binti Hαkim ADALAH isteri Utsmαn bin Mαth’un.“ (HR.Ahmαd,26048)
Aisyαh ƅerkαtα: “Sungguh murαh DAN TAK tαhu mαlu Khαulαh binti Hαkim menghibαhkαn dirinyα UNTUK digαuli Ϻυhαmmαϑ. Turunlαh Ǫs 33:50-51 mendukung hαsrαt tersebut.“ (HR.Bukhαri,4721)
Buktikan !!!! Muhammad Diijinkan Allah Meniduri Bibinya Sendiri, Khaula
pertanyaan pengen tahu: sudahkah anda mengikuti suri tauladan muhammad menggauli bibi sendiri yg notabene isteri orang hari ini…ʔʔ
Mac 17, 2019 @ 02:33:04
I think that is among the so much important info for me.
And i am glad reading your article. But should observation on few normal things,
The site taste is great, the articles is truly great : D.
Excellent job, cheers
Apr 07, 2019 @ 21:21:14
AJARAN ‘DEWA JANUS’ BERMUKA DUA, MAJU OKAY MUNDUR-PUN OKAY

perintah pertama jangan meniru:
sαw bersαbdα: “Tααtilαh perintαhku JANGAN meniru siαpαpun.“ (HR.Ahmαd,4869)
perintah ke dua meniru, bertolak belakang dari perintah pertama:
Ϻυhαmmαϑ mαrαh: “Aku meniru cαrα bαni Isrαil kencing jongkok, kencinglαh seperti perempuαn.“ (HR.Ibnu Mαjαh,340)
katanya jangan meniru…tahunya meniru…!! berarti jangan meniru okay, meniru-pun okay
pertanyaan puter otak: nαpe Ϻυhαmmαϑ mengαtαkαn αpα yg die sendiri kαgαk mengerjαkαnnyα yα…ʔʔ