Salaamun alaikum w.b.t…….  Masih tak habis-habis lagi cerita panas berkenaan Ariel Peterpan yang sudah digelarkan juga sebagai Ariel Peterporn sekarang, ih ih ih.  Nasihat saya pada diri saya sendiri dan juga siapa-siapa sahaja, JANGAN lah mudah percaya dan kemudian sebarkan berita-berita yang berunsur tuduhan berat dan fitnah.

Biarlah orang nak sembang sana-sini berkenaan perbuatan dalam video tu, tetapi harap-harap kita tidak join sama kerana dibimbangi akan termasuk dalam kategori membuat fitnah. Ingatlah, dosa FITNAH lebih berat dan besar lagi na’uzubillah.  Tunggu sahaja keputusan perbicaraan nanti bagaimana.

Tetapi bukan hal Ariel yang nak saya sembangkan di sini,  TETAPI perbuatan khianat yang saya baru saja alami iaitu ada spammer2 yang menggunakan  alamat email saya dan menghantar email ke alamat email orang lain yang kononnya saya ni menjual pil Viagra dan sebagainya , huhu camam2.  Ambe menjadi penjual pil Viagra terus!!

Saya yakin, ramai lagi yang sudah terkena sebegini dan mungkin juga ada yang dah terkena tetapi masih tidak tahu bahawa alamat email dia telah disalahgunakan, di samping orang yang menerima email yang disalahguna itu tidak memberitahunya.  Saya rasa ini mesti kerja pihak-pihak yang luar yang telah menerima pendaftaran email dari kita.  Maka mereka boleh menggunakan alamat email kita sesuka hati hantar ke mana-mana dan yang mendapat malu adalah kita, mereka terlepas.

Itu saja perkongsian dari saya yang sudah tidak banyak masa untuk menulis dalam blog ini sekarang.  Semoga kita dapat lebih alert / berwaspada selepas ini dan kepada sesiapa yang ada menerima email pelik-pelik dari rakan dia tu harap beritahu lah rakan dia tu awal-awal.  Jangan pula nanti ada yang MENUDUH rakan dia yang buat begitu (seperti contohnya menjual pil Viagra), ini boleh menimbulkan prasangka buruk dan fitnah pula, na’uzubillah.

Baarokallahu lii wa lakum 🙂