Salaamun ‘alaikum w.b.t……. Mengapa ada golongan yang terlalu mudah MENUDUH orang lain sebagai WAHABI? Sedangkan yang dituduh itu TIDAK mengaku WAHABI dan NYATA bermazhab Ahlus sunnah pun. Sedangkan Wahabi yang sebenarnya MENGAKU mereka adalah WAHABI.

Kes ini samalah seperti ada golongan yang menuduh PAS sebagai puak Khawarij. Tahukah apa itu Khawarij? Secara ringkas, Khawarij itu adalah puak yang keluar menentang pemerintahan Khalifah yang MENEGAKKAN UNDANG2 ISLAM.

Tetapi kerajaan Malaysia sekarang ini menjalankan undang2 Islam ke?🙂



Kerana itu berhati-hati lah dengan perkara2 yang menimbulkan TUDUHAN dan TOHMAHAN sesama Islam. Kaji dan siasat dulu dari pelbagai PIHAK. JANGAN hanya mendengar dari SATU PIHAK sahaja. kes mendengar dari SATU PIHAK sahaja yang boleh menjadi fanatik / ta’asub membuta tuli ni.

Sama lah kesnya jika hanya mendengar dan percaya berita dari televisyen dan surat khabar mainstream sahaja, tanpa mahu MEMBUKA MINDA mendengar dari pelbagai pihak😉

Jangan hanya kerana seorang ULAMAK itu mengeluarkan HUJJAH yang disangka baru terus kita melabelkan dia WAHABI. Sedangkan hujjah itu bukannya perkara BARU, tetapi perkara yang telah LAMA disembunyikan.

Ketahuilah, ilmu ISLAM yang sebenar BANYAK disembunyikan sejak dari KEDATANGAN PENJAJAH ke tanahair kita ni. Banyak yang disembunyikan dan dikesampingkan terutamanya perkara2 pokok dan penting.

Jika datang seorang ulamak melakukan TAJDID / UPDATE, tidak semestinya ulamak itu adalah WAHABI. Kita mesti FAHAM tu.

Sayangilah diri kita dan saya pesan diri saya jugak agar JANGAN mudah terjatuh ke dalam hal FITNAH orang lain dengan sewenang2nya.🙂

Wahabi di Malaysia ni saya tak tahu sangat macam mana. Tetapi kalau kat Timur Tengah sana, mereka terang2 mengaku WAHABI. Mereka mengkasari dan menghentam rohani dan fizikal ahlus sunnah wal jama’ah. Mereka menuduh ahlus sunnah sebagai SESAT😉

Golongan Salafi, adalah golongan yang mahu revivekan semula pendapat2 ulamak SALAF dulu. Ada bagusnya. Cuma yang x bagusnya, dah jadi macam makin BERPUAK2 la pulak huhu.

Umat Islam kan satu, janji kita pegang pada aqidah yang benar dan ada dalil2 dan rujukan yang benar dari Muhammad S.a.w , Rasul Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir🙂

Syeikh Muhammad Abdul Wahab tu mungkin bukan WAHABI, tetapi pengikut2 dia kemudian yang terlalu FANATIK tu yang melabelkan diri mereka sebagai WaHABI, sempena nama ayahnya Abdul Wahab.  Dan Wahabi juga sebenarnya mungkin adalah antara propaganda Amerika Syarikat juga kerana pihak mereka yang biasanya melabelkan sesuatu pihak itu sebagai WAHABI.  Syeikh Muhammad Abdul Wahab dulu pernah perjuangkan untuk memurnikan kembali aqidah umat di sana. Kemudian British yang banyak menuduhnya yang bukan-bukan dan mempropagandakan beliau.

Kes in jugak sama seperti kes Nabi Isa a.s. Dia tidak menyebarkan ajaran kristian seperti yang ada pada hari ini, tetapi pengikut2nya yang terkemudian yang sudah banyak terpengaruh dengan Paulus dan kerajaan Rome masa tu, dan terus menjadi sesat dari ajaran Isa a.s yang sebenarnya.

Maka, Syeikh Muhammad dan Nabi Isa a.s TIDAK BERSALAH, tetapi pengikut2 mereka yang terkemudian yang telah tersasar jauh dari AJARAN ASAL🙂 . Dan sekiranya Syeikh Muhammad Abdul Wahab bersalah sekali pun, mengapa kita sesama Islam sekarang ini mudah sangat menuduh orang lain sebagai Wahabi  / Wahhabi  sedangkan orang itu tidak mengaku Wahabi dan ternyata mengikut mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah juga, dan berpegang kepada ulamak2 Salaf ahlus sunnah seperti Imam Syafi’e, Maliki dan sebagainya. 🙂

.

.

.

Bacaan berkaitan:

Adakah PAS sama dengan puak khawarij?

Wujudnya golongan yang suka mengkafirkan dan menuduh orang lain sesat

.

.