Ubi kentang gergasi, yang ditanam oleh Peter Glazebrook, mencapai berat 8 pound 4oz (3.76kg), memecahkan rekod dunia dahulu dengan 9oz.

Kentang itu telah diletakkan di acara pada hari Jumaat di National Gardening Show di Shepton Mallet, Somerset. Ini bukan pertama kalinya Mr Glazebrook, 66, dari Northampton, telah masuk ke berita utama.

Seorang pesara ini dahulu pernah memegang rekod dunia untuk lobak merah terpanjang, selepas mengeluarkan spesimen sepanjang 17-kaki.

Dia juga menjadi pemegang Guinness World Record ganda untuk ubi seberat 13 pound, dan ubi bit terpanjang pada 21 kaki.

Berbicara sebelum kemenangan terakhirnya, ia berkata: ”Rahsia kejayaan adalah bermula dengan benih yang tepat.

Ubi kentang itu ditimbang dalam acara Giant Vegetable Competition dan Encik Glazebrook sekarang menunggu pengesahan dari Guinness World Records.

Sumber :  Telegraph.co.uk

.

Tetapi dalam tahun 2008, seorang pekebun dari Lubnan iaitu Mr Khalil Semhat (56) telah menghasilkan ubi kentang seberat 11.3 kilo (24.9 pounds). Ia dilaporkan oleh BBC News. Jika dikirakan, ubi itu lagi besar, tetapi mengapa pula ubi kentang yang baru ini pula dikira sebagai terbesar. Saya sendiri pun masih keliru lagi ni, ada sesiapa tahu lebih lanjut pasal ni? 😀