Salaamun alaikum w.b.t……. Pada 3 September yang lalu, dalam akhbar Mail Online di Britain, saintis paling terkenal Britain iaitu Prof, Stephen Hawking telah membuat kenyataan bahawa alam semesta ini sebenarnya bukan diciptakan oleh Tuhan, tetapi ianya terjadi dari tiada dan lebih kepada satu hukum dalam Fizik. Di dalam buku provokatif tulisannya mengatakan , “modern physics left no room for a Creator – and that science could explain the origins of the universe”.

Katanya lagi , “‘Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing”.  Dia menegaskan bahawa kejadian alam semesta ini berlaku dengan spontan.  Dan tidak perlu melibatkan penciptaan semua ini dengan Tuhan.  Prof. Stephen Hawking nampaknya sudah lupa kepada kenyataan beliau sendiri pada tahun 1988 dahulu, di dalam tulisannya yang bertajuk  ‘A Brief History Of Time‘  , iaitu “If we discover a complete theory, it would be the ultimate triumph of human reason – for then we should know the mind of God”.

Dia yang suatu ketika dahulu pernah mengakui kewujudan Tuhan, kini membuat kenyataan yang bercanggah dengan fakta lamanya pula. Dan agak ramai juga yang menyokong kenyataan terbaru beliau ini, terutamanya mereka-mereka yang ateist , anti-Kristian dan anti-religion.  Kenyataan professor ini adalah satu tamparan yang hebat ke atas umat Kristian dan juga umat-umat agama lain yang mempercayai kewujudan Tuhan termasuklah umat Islam.

Professor itu juga telah membuat kenyataan bahawa ada kemungkinan wujudnya hidupan lain di planet-planet lain.  Kenyataan nya ini berbaur Illuminati dan saya amat yakin, ada pengaruh Illuminati di dalamnya.  Sama ada dia sendiri dipengaruhi oleh Illuminati, atau ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan ke atasnya dan mempermainkannya.

Antara kenyataan Professor ini tentang alien ialah  , “‘We only have to look at ourselves to see how intelligent life might develop into something we wouldn’t want to meet.

‘I imagine they might exist in massive ships, having used up all the resources from their home planet.

‘Such advanced aliens would perhaps become nomads, looking to conquer and colonise whatever planets they can reach.”

Kenyataan-kenyataan beliau itu seperti seorang yang sedang bermimpi atau seorang kanak-kanak yang berimaginasi bukan-bukan akibat dipengaruhi oleh filem-filem sains fiskyen.    Dia menambah lagi bahawa peluang manusia untuk melangsungkan kehidupan pada masa akan datang ialah dengan berpindah dari Bumi ini dan pergi ke planet-planet lain.   Professor ini nampaknya sudah jauh lari dari kenyataan dan berada di alam khayalannya sendiri.  Tetapi oleh kerana dia seorang professor, maka ramailah yang akan terpengaruh dengan kata-katanya.

Kasihan sungguh membaca kenyataan-kenyataan Professor Stephen Hawking ni.  Saya hanya doakan agar dia mendapat hidayah dan akan mengeluarkan kenyataan yang rasional di masa akan datang, amiin …….