Salaamun alaikum w.b.t……. Hhmmmmmmm, ada juga tulisan-tulisan dari orang Islam dalam beberapa blog yang membantah penulisan-penulisan berkenaan Illuminati oleh penulis-penulis Teori Konspirasi. Dengan alasan, penulis-penulis Teori Konspirasi mengambil sumber dari bukan Islam dan menyebabkan boleh rosak Aqidah (berat tuduhan ni), kemudian mudah membuat tuduhan apabila melihat logo-logo, membuatkan orang ramai paranoid dan sebagainya.

Terlebih dahulu dengar ini wahai orang-orang kampung! Dunia ini penuh dengan KONSPIRASI JAHAT. “Mereka membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.” Surah Aali Imran : Ayat 54

€œ”Allah tidak menurunkan ke muka bumi, sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat, fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajjal.”€ (Hadith Riwayat Thabrani , 1672)

KONSPIRASI maknanya agar jelas ialah PAKATAN. Di mana-mana pun dalam dunia ini ada PAKATAN JAHAT / ORANG-ORANG YANG BERPAKAT membuat kejahatan. Jangan faham TEORI KONSPIRASI itu secara luaran dan betul-bendul seperti yang digembur-gemburkan itu sahaja. Maknanya LUAS tu.

Yang menjadi masalahnya , ada golongan ta’asub yang bercakap tentang TEORI KONSPIRASI tanpa BUKTI yang kukuh. Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Adakah jika seorang Islam itu MINUM ARAK, maka semua orang ISLAM mesti dituduh? Perkara mudah je ni untuk difaham, tetapi tetap jugak tidak faham-faham, ih ih ih ih ih.

Tidak perlu saya menjawab panjang lagi, saya akan jawab serba ringkas sahaja dulu di sini. Dan jika ada yang tidak berpuas hati, mari kita berbincang panjang lebar lagi 🙂

Ada satu petikan yang kelakar juga la saya tengok , walaupun ayat dia tu bersungguh benor huhu. Di bawah ini petikan kutukan dia terhadap penulis Teori Konspirasi.

“ORANG YANG CIPTA TEORI KONSPIRASI ADALAH PENIPU DAN ORANG YANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI ADALAH BODOH.”

Jawapan saya terhadap kenyataan dia itu, jika benar kamu kata Teori Konspirasi penipu, bermakna Kerajaan Amerika Syarikat itu betul la ya? Memang tiada jawapan lain, kerana membenarkan Teori Konspirasi bermakna menyalahkan Kerajaan AS, dan menyalahkan Teori Konspirasi bermakna membenarkan Kerajaan AS. Itu sahaja pilihannya  :).

Saya nasihatkan, kaji habis dulu sebelum cepat MENUDUH sesama Islam kita. Lebih baik kita menuduh kerajaan British dan sekutunya  yang sudah NYATA sebagai PENJAJAH DUNIA dan dari dulu lagi menzalimi negara lain, dan mahu memerintah dunia, dari kita tuduh sesama Islam kita (memang kita ini sesama Islam suka sangat bercakaran nampaknya).

AlQuran dan Sunnah sememangnya panduan UTAMA bagi kita umat Islam, kita TIDAK nafikan itu. Tetapi ingat, nabi Muhammad S.a.w juga pernah pesan, hal-hal dunia kamu lebih mengetahui.  Dan kajian tentang Dajjal selagi tidak bercanggah dengan syariat adalah tidak salah.  Ustaz Azhar Idrus pun pernah memberitahu dalam forum Digital Mukmin agar sebarkan hal-hal berkenaan agenda Illuminati ini. Seperti juga dalam ceramah Syeikh Imran Hossein, yang mengkiaskan Dajjal kepada kerajaan British.

Syeikh Imran Hossein juga memberitahu bahawa Dajjal diperkatakan dalam hadith-hadith nabi SECARA SIMBOLIK.  Apa guna NABI pesan kita semua dengan datangnya DAJJAL? Jika kita semua tidak mahu berfikir , amalkan pesan nabi untuk membaca doa elak fitnah Dajjal dan Surah AlKahfi, dan cuba ELAK fitnah-fitnahnya?

Umat akhir zaman adalah umat yang suka MENGKAJI, kerana itu lah juga banyak simbolik / kiasannya dalam hadith-hadith NABI, dan umat dahulu TIDAK FAHAM jika diberitahu Dajjal itu naik KAPAL TERBANG, Dajjal itu menggunakan SIMBOL mata satu seperti di sebalik wang 1 dollar AS , dan sebagainya.

Geng-geng Teori Konspirasi BUKANNYA membuat kesalahan dari segi AQIDAH. Mengambil fakta sejarah, kajian saintifik dan kajian kuno dari orang BUKAN ISLAM bukannya kesalahan AQIDAH. Kita tidak boleh MENUDUH melulu. Dan ada yang memetik sumber dari kitab Bible, itu adalah untuk diberitahu kepada umat Kristian, bukannya untuk kita beriman dengan BIBLE.  Ini adalah salah satu teknik berdakwah juga, sekurang-kurangnya agar umat Kristian berfikir dan mahu mengkaji juga tentang Islam. Dan agar mereka mengetahui, umat Islam juga memandang berat isu Dajjal atau “The false Messiah” ini.

Kita mesti ingat, masih ada kandungan yang betul di dalam Bible, walaupun tersangat banyak sudah diubah-suai. Dan lagi pun petikan-petikan yang diambil adalah untuk umat Kristian, bukannya untuk umat Islam mengikutnya.

Ingat sabda Nabi Muhammad S.a.w ini yang bermaksud , “Jangan kalian benarkan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), dan jangan pula kalian mendustakannya, dan katakan saja ‘(Kami beriman kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu) ‘.” (Hadith ke-6814 riwayat Imam Bukhari).

Maka jika kamu masih TIDAK TAHU tentang hadith di atas, jangan mudah-mudah MENUDUH sesama Islam kita dengan mengatakan rosak Aqidah atau apa tanpa berbincang dan tanya terlebih dahulu dengan baik.

Tambah lagi, Islam menggalakkan kita membantu mereka-mereka yang tertindas dan dizalimi,  TERMASUK lah orang-orang BUKAN ISLAM.  Islam sangat adil , kena faham baik-baik tu.  Maka info-info yang bagus juga mesti disampaikan kepada orang-orang BUKAN ISLAM agar mereka tidak tertipu, ditindas dan dizalimi.

Kajian-kajian tentang Dajjal itu adalah agar kita semua TIDAK GILA kan dunia, kerana kebanyakan ciptaan dan teknologi-teknologi sekarang adalah BUATAN pihak mereka. Kemudian agar kita berhati-hati dalam mendengar berita-berita dari mereka.  Dan agar kita berwaspada dalam usaha mereka mahu menakluki dunia secara total tidak lama lagi. Dan BANYAK sangat lagi lah kebaikan dengan mengetahui KEBENARAN.

Mengkaji dan mengetahui KEBENARAN apa yang berlaku dalam dunia ini BUKAN bermakna kita mesti PARANOID dan 24 jam duk fikir menda tu je. Itu pembawaan masing-masing. Ada orang sentiasa LEKA dengan hiburan dan maksiat, itu kita SUSAH HATI ke?  Ada orang sentiasa TAKUT pada orang lain, makhluk halus dan sebagainya.

Tetapi daripada kita terus TAKUT pada makhluk, ada baiknya kita TAKUT pada Allah dengan mengetahui KEBENARAN. Daripada kita terus HANYUT dengan DUNIA, terus menerus TERIKUT dengan mereka sehingga TIDAK ADA semangat untuk berusaha membantu orang-orang  yang mahu MENEGAKKAN HUKUM ALLAH di muka bumi ini, baik lah sedikit paranoid. Sekurang-kurang nya agar kita nampak bahawa apa-apa kiasan dalam hadith nabi berkenaan Dajjal semuanya BERLAKU sekarang ini.

Islam akan kembali gemilang, tetapi bukan dengan orang-orang yang terus hanyut dan tertipu oleh Dajjal. Dan selama-lamanya akan menjadi END USER barangan buatan mereka. Jika kita suka begitu , teruskan saja.

Tetapi ingatlah, Nabi Isa a.s akan kembali nanti, MAKA kenapa perlu PARANOID??  Yang paranoid adalah yang TAKUT dengan dunia dan tidak yakin pada kuasa ALLAH.

Berapa ramai yang saya tahu semakin KUAT IMAN nya setelah mengetahui KEBENARAN tentang Dajjal dan pengaruh / agenda British yang sampai sekarang kita semua telan dan terus hanyut. Kita telah lama sangat tertipu dengan kerajaan British, AS dan sekutu2nya ……. sedar-sedarlah.

Jika kamu katakan bahawa kita ambil FAKTA saintifik tentang DAJJAL dari orang BUKAN ISLAM itu adalah SALAH BESAR, bermakna selama ini mereka-mereka yang ambil fakta saintifik dan memberikan perbandingan dengan AlQuran tentang fakta-fakta sains dalam AlQuran itu kenapa tidak salahkan juga?

Setakat mengambil fakta saintifik, itu bukannya melibatkan soal AQIDAH.  Melainkan jika kita sudah lebih percaya kepada sains sendiri dari AlQuran (sebagai contoh).  Saya tengok, penulis-penulis yang membantai itu tidak ada hujjah mana pun, tetapi kebanyakannya hanya pandai mengutuk dan berkata BODOH pada orang lain sahaja.  Adakah bagus mengutuk orang tanpa hujjah-hujjah yang kukuh?  Jika benar penulis-penulis Teori Konspirasi ini SILAP, maka apa yang silapnya??  Bawakan fakta-fakta yang mengatakan KAMI SILAP, jangan hanya pandai menuduh dan memfitnah.

Dan saya CUKUP SEDIH!! Dalam kita mahu membongkar KEBATHILAN yang dibuat oleh Illuminati, mahu memberi KESEDARAN kepada masyarakat, ada juga penulis Islam yang MEMBANTAI kita sendiri . Adakah mereka cukup senang melihat dunia yang penuh MAKSIAT sekarang ini? Adakah mereka senang dengan JENAYAH yang semakin berleluasa sekarang ini? Adakah mereka mahu kita terus TERTIPU dengan kerajaan British, Amerika dan sekutu-sekutunya? Adakah mereka senang dengan pembunuhan ke atas umat Islam di Timur Tengah sekarang ini? Dan banyak lagi …….

Fikir-fikir dan renung2 ……. 🙂

.

.

Bacaan berkaitan :

Logo-logo korporat Illuminati

Kaitan simbol Coat of Vatican dengan simbol-simbol Illuminati lain

Nama planet dalam sistem suria semuanya adalah nama dewa-dewi Romawi kuno

Syarikat-syarikat automobil milik Illuminati

Rahsia sebalik jenama NIKE

Rahsia di sebalik simbol Recycle

Rahsia di sebalik simbol BioHazard

Pemerintah-pemerintah baru dunia

Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia

Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati

Misteri Vatican City

Nama Osama Laden pun ada pada duit 20 Dollar Us

Black magic (sihir) dan Illuminati

Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka – Bahagian 2

Kenali simbol-simbol Illuminati dan Freemasons

Pemerintahan khilafah VS New World Order

Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan

George W. Bush pernah menyertai Skull and Bones

Harga minyak dan emas melambung naik

Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal

Kaitan antara Hitler, NAZI, ZIONIS dan Illuminati

Kronologi New World Order – Bahagian 1

Membeli emas banyak semakin menguntungkan Amerika Syarikat dan British?

Mengejar kemajuan kebendaan semata – agenda Illuminati

Video The Arrivals versi terjemahan Bahasa Melayu dan Indonesia

Pengaruh Illuminati dalam permainan komputer (PC Games)

.


.

Tambahan:

World Trade Centre menjadi 1 World Trade Centre