Tanggungjawab Menyokong Perniagaan Muslim

1 Komen


Oleh : DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN (pensyarah Bahagian Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM))

Sikap tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya) “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” (Surah al-Hujurat ayat 10). Bagi membuktikan persaudaraan islam yang tulin, baginda Nabi s.a.w. menghuraikan di dalam hadithnya, daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

 

Seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. Ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu, mungkin salah satunya perkauman.

 

  Lagi

Advertisement

Memulihkan Kekuatan Ekonomi Umat

Tinggalkan komen


Oleh : DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN (pensyarah Bahagian Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM))

Daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa, katanya sabda Nabi S.A.W. : “Sesungguhnya kaum al-‘Asy’ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripada aku dan aku daripada mereka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Dalam hadith di atas, Nabi S.A.W. memuji sikap tolong menolong, bantu membantu serta perasaan mengambil berat antara satu sama lain. baginda S.A.W memuji sikap yang ditunjukkan oleh kaum al-‘Asy’ariyin yang jamin menjamin kebajikan sesama mereka. maksud “Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka” ialah mengambarkan redhanya Nabi S.A.W. dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah S.W.T.

  Lagi

Jihad Bukan Keganasan

10 Komen


Oleh : DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN (pensyarah Bahagian Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM))

Maksudnya: Daripada Ibn `Abbas katanya: Rasulullah s.a.w apabila menghantar tenteranya maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kafir dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. 1

 

Maksudnya:Daripada Ibn `Umar r.a. “Seorang wanita di dapati terbunuh dalam satu peperangan (yang disertai Nabi s.a.w) maka baginda pun melarang membunuh wanita dan kanak-kanak”. 2

Lagi

UNSUR KEKUATAN DALAM ISLAM

1 Komen


Oleh : Sayyid Sabiq

Intipati daripada buku terbitan Pustaka Nasional.

Kekuatan Aqidah
Kekuatan Aqal
Kekuatan Ilmu
Kekuatan Ibadah
Kekuatan Akhlaq
Kekuatan Syariah
Kekuatan Amar Makruf Nahi Mungkar
Kekuatan Dakwah dan Seruan
Kekuatan Individu Muslim lelaki dan Wanita
Kekuatan Keluarga Muslimah
Kekuatan Masyarakat Sosial yang Islami
Kekuatan Ekonomi
Kekuatan Ketenteraan
Kekuatan Jihad Fisabilillah
Kekuatan dalam Hubungan dengan Kuffar dan Antarabangsa

Lagi

Apakah umat Islam di Malaysia telah lupa?

5 Komen


Oleh : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

My Photo

Ramai dari kalangan pejuang-pejuang Islam di Malaysia tidak menyedari bahawa mereka telah menunaikan satu perkara yang besar di dalam agama Islam, iaitu berjuang untuk menegakkan agama Islam. Satu perjuangan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, yang bertolak daripada Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, yang menjadi permulaan kepata tahun-tahun Islam.

Tahun kepada umat Islam tidak bermula daripada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagaimana permulaan kepada tahun-tahun penganut agama lain. Tahun Islam juga tidak bermula dengan meraikan kemenangan dalam perperangan atau untuk mengingati hari kita mencapai kemerdekaan, tetapi permulaan tahun bagi umat Islam bermula dengan hijrah Rasulullah SAW, yang menjadi peristiwa yang penting kepada kerja Islam di atas dunia ini.

Lagi

Older Entries