Assalaamu’alaikum w.b.t… Hhhmmm ambe baru try install WinXp dalam Linux Mint 7 sehari dua ni, tetapi nampaknya tidak begitu memuaskan hati sangat setakat ni. Harap2 ada yang pakar Linux dapat membantu ku di sini. Ingatkan pada mulanya ia dapat baca semua partition yang ada dalam hard disk, tetapi rupa2nya ia dapat baca partition yang dibuat ketika mahu create Virtual machine tu sahaja.

Program yang digunakan untuk install Windows XP ke dalam Linux ini sudah tentu lah saya gunakan VirtualBox OSE.  Ianya lebih kurang sama dengan VmWare cuma VirtualBox adalah open source (bermakna ianya percuma).   Tetapi malangnya saya terpaksa install balik semua program Windows yang ingin digunakan di dalam tu. Bermakna, penggunaan ruang hard disk yang lebih lagi huhu. Di bawah ini adalah snapshot virtual machine tersebut ;

Tetapi yang menariknya, kita boleh jalankan program2 Windows dalam Linux menerusi mesin virtual (virtual machine) tu. Dan jika kita mahu restart / reboot windows dalam tu, tak perlu restart linux. Kita dapat lihat windows reboot dalam kotak VirtualBox tu atau minimize kan dia sambil boleh buat kerja lain dalam Linux OS.

Lagi

Advertisement