Assalaamu’alaikum w.b.t… Maaf lah, gambar2 di bawah ni bukannya berlaku di Malaysia kita, tetapi sekurang2 nya mempunyai kaitan, iaitu KEMALANGAN JALANRAYA. Kalau zaman dahulu kala, kebanyakan manusia di Malaysia maut dengan pertumpahan darah sesama sendiri, terkena sihir dan beberapa lagi kerana dah datang ajal, tetapi sekarang ini kebanyakan manusia maut dan mendapat cedera parah dalam kemalangan jalanraya.
Saya sendiri dah beberapa kali mengalami kemalangan jalanraya lebih2 lagi zaman muda2 dulu. Ada satu pengalaman agak lucu (mungkin tidak lucu bagi anda) . Pada suatu malam tu saya keluar pergi minum air ke kedai bersama kawan2. Kami semua menunggang motosikal. Ringkas kan cerita, saya masa tu membonceng, kawan saya bawak motor yang saya naiki. Kami bergurau senda yang lebih2 jugak la malam tu di atas motor. Akibatnya, tiba sampai tempat yang agak gelap, motosikal yang kami naiki tidak dapat dikawal.
Kami rebah berguling atas tanah, muka saya menyondol tanah di tepi jalan. Sampai masuk pasir dalam mulut ni. Bibir2 semua luka termasuk sedikit bahagian muka. Mujur jugak tak menyondol tar jalanraya tu. Kalau tidak mungkin rupaku tidak macam sekarang la kut huhu. Alhamdulillah, apa yang saya nampak itu sebagai pengajaran dari Tuhan, agar tidak lebih sangat bergurau, apa lagi di jalanraya.
Komen terkini