Penduduk-penduduk asli di Taiwan membuka sekolah sihir

6 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Jangan ingat dalam filem Harry Potter sahaja yang ada sekolah sihir, sebenarnya ianya memang wujud di banyak tempat di dunia ini. Yang terbaru saya baca adalah di selatan Taiwan, yang kononnya mahu memelihara adat mereka dari dihakis oleh kemodenan. Perdukunan adalah satu warisan yang berharga bagi suku kaum Paiwan di Taiwan, tetapi bilangan pengamalnya semakin berkurangan di sana. Maka dengan sebab itu lah mereka mengambil langkah untuk membuka sekolah sihir dan mengaktifkannya semula.

Dukun2 Paiwan biasanya menjadi pengantara di antara tuhan dengan manusia. Dan kelas2 yang mereka tubuh sekarang adalah untuk melatih memberkati orang ramai dan mengelakkan gangguan syaitan, kata mereka. Mereka tidak mengatakan mereka mengamalkan sihir untuk memuja syaitan dan sebagainya, tetapi mereka mahu mengelakkan gangguan syaitan. Tetapi sedarkah mereka betapa sihir itu sendiri adalah permainan syaitan? Kalau ada di antara anda yang biasa pergi ke Taiwan, tolong2 lah sedarkan mereka ya, kesiaan mereka hehe.

Sekarang ini sekolah itu baru mempunyai 10 pelajar, tetapi penganjurnya berharap ia akan semakin berkembang. Saya pula berharap agar orang ramai sedar dan tidak terpengaruh dengan amalan2 sihir ini. Sememangnya ada sihir2 yang diamalkan untuk mengubati penyakit. Tetapi sebenarnya ada kisah2 yang kurang menyenangkan di sebaliknya, seperti perlukan mangsa tanpa pengetahuan manusia, perlukan korban, perlu memuja jin dan syaitan dan sebagainya.

Itu sahaja yang saya nak cerita dekat2 raya ini. Maka di kesempatan ini saya sebagai Muslim di Malaysia ini ingin mengucapkan, minal ‘aidin wal fa’izin, Salam Aidil Fitri 1430 H bersamaan dengan 2009 Masehi. Ampun dan maaf saya pinta dari hujung rambut sampai hujung kuku ibu jari kaki, sama ada secara lahiriah mahupun batiniah.

Taqobbalallahu minkum 🙂

Sumber:  AFP

p/s:  Tahun ini tidak sempat nak buat kad raya, maka tiada kad raya untuk anda semua, harap maaf  😀

Advertisement

Yesus / Jesus telah kembali?

2 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…. Semoga puasa anda ok dan tidak curi2 makan di siang hari yer huhu. Lufer sokmo ambe nak tulis story baru ni, tapi sedang ada kesempatan ni ambe tulis la sedikit.

Sekarang ini di Siberia kecoh tentang seorang lelaki yang mengaku sebagai Jesus/ Yesus.  Sekarang ini dia sudah mempunyai pengikut sebanyak 5 ribu orang lebih.   Dia dikenali sebagai Viassarion the Teacher. Nama sebenarnya ialah Sergei Torop, seorang ketua ajaran spiritual yang berumur 48 tahun. Dia mengaku bahawa dia adalah jelmaan semula Yesus / Nabi Isa a.s.

Si Sergei ni adalah seorang bekas polis trafik.  Dia dah berhenti menjadi polis tahun 1991 dulu dan sejak itu bergiat dalam kumpulan ajaran spiritual. Bukan dia seorang yang pernah mengaku sebagai Yesus, tetapi pengaruhnya amat kuat sekarang di mana para artis dan orang2 intelektual pun ramai yang menjadi pengikutnya. Lebih kurang macam Ayah Pin juga yang mana pengaruhnya juga tersebar di kalangan orang2 sedemikian.

Dia juga telah mengembara ke negara lain untuk mencari pengikut. Jangan anda terpedaya sudah nanti hehe.

Sergei-Torop

Lagi

Salam Ramadhan 1430H

9 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t….. Di kesempatan ini ambe ucapkan selamat menyambut Ramadhan AlMubaarak 1430H bersamaan 2009 Masehi. Semoga kita diberi kekuatan untuk lebih beramal baik, semakin diteguhkan iman, semakin ditabahkan hati untuk menghadapi ujian dan cabaran hidup,  semoga amalan baik kita semua diterima oleh Allah S.w.t.  amiin.

Baarokallahu lakum 🙂

Tuan Guru Haji Abd Hadi berforum di Manchester, UK baru2 ini

3 Komen


Assalamu’alaikum w.b.t……  Berita dah basi ni sebenarnya, saja ambe pandai2 nak berceloteh di sini. Lagi pun ambe tak puas hati ni, nak tahu apa ambe tak puas hati? Tungguuuuuuuuu  😀

Sebelum tu nah 2 keping gambar Tuan Guru di sana. Gambar2 ni ditembak oleh sahabat ambe Dzul yang sedang menuntut di sana.

tuan guru haji hadi

Lagi

Time to know Muhammad better

17 Komen


Salaam. Saja nak lepakkan banner ni kat sini, mungkin dah lama dan dah ramai yang tahu, tapi ambe baru jumpa ni kat sebuah laman web. Sila baca dengan teliti bagi yang masih belum membacanya 😉

Time to know him better

Older Entries Newer Entries