Assalaamu’alaikum w.b.t……. Terlebih dahulu saya ingin beritahu, saya bukan guru tenaga dalam dan sewaktu dengannya. Di sini saya hanya ingin membuka satu ruangan untuk kita berdialog tentang ilmu tenaga dalam serta teknik2 pernafasan yang betul dan bagus. Di samping saya sedang mahu mendalaminya semula (kerana dah lama tinggal) , saya juga mahu menjadikan ruangan ini sebagai perkongsian bersama.
Tergerak nya hati saya untuk mendalami teknik2 pernafasan ini semula kerana sudah berbelas tahun saya mengalami masalah urat belikat condemn :D. Tak perlu saya cerita panjang lebar, cukup sekadar saya cuba untuk tambah stamina semula kerana dah jadi semakin malas dan kurang stamina sekarang huhu. Itu yang menjadikan saya terpanggil untuk membuka ruangan ini dan mengharap ada insan yang dapat membantu insyaAllah.
OK stop tentang intro tujuan diadakan ruangan ini. Kita teruskan pada topik kita.
Sejarah tenaga dalam
Ada yang mengatakan bahawa ilmu tenaga dalam berasal dari Indonesia. Sebenarnya mengikut beberapa sumber yang saya kaji, ianya berasal dari Mesir kuno dan kemudian barulah tersebar ke negara2 lain termasuklah Indonesia. Ilmu itu dibawa masuk oleh orang2 Cina ke Indonesia dan kemudian baru lah Malaysia.
Sedikit intro tentang tenaga dalam
Komen terkini