Adakah anda pernah nampak piring terbang / UFO?

10 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Sepertimana telah banyak saya perkatakan dalam blog ini pada tajuk-tajuk lepas. piring-piring terbang yang selalu dijumpai di merata ceruk dunia itu BUKANNYA Alien / makhluk asing dari planet lain, tetapi hanya buatan MANUSIA dari bumi ini sendiri. Maka harap tiada lah lagi orang yang salah faham akan pertanyaan saya ini.

Pertanyaan ini hanya sekadar mahu mendengar perkongsian dari mereka-mereka yang pernah melihatnya dengan MATA KEPALA sendiri.

Memang ada orang yang TIDAK PERCAYA pada UFO dan piring-piring terbang ni. Tapi saya sendiri, dalam 3 tahun lepas pernah nampak atas langit di luar halaman rumah saya sendiri, dalam pukul 3 pagi. Kalau x silap saya, ada 7 buah yang membentuk formasi seperti huruf V gitu. Bergerak jauh tinggi di langit sana, sangat laju, dari arah selatan ke utara …….

Sejak dari tu lah saya semakin AKTIF mengkaji tentang DAJJAL ……. a wake up call to me

Di bawah ini salah satu contoh video tentang penampakan UFO. Amat banyak penampakan yang lebih kurang sama begini, tetapi di tempat-tempat yang berlainan di merata ceruk dunia …….


…….

p/s: Jika ada yang ingin berkongsi dan komen, diharap komen yang berkaitan dan tidak mengarut-ngarut. Komen-komen yang mengarut, akan saya delete insyaAllah …….

Kajian UFO – Formasi awan yang pelik di langit Romania

13 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Semakin banyak UFO kelihatan akhir2 ini di merata2 tempat di seluruh dunia. Dan dunia juga dikejutkan dengan formasi awan yang aneh yang bentuknya seperti kuih donut di langit, seakan2 sebuah kapal angkasa seperti dalam filem The Independence Day. Beberapa minggu lepas sudah kelihatan formasi awan pelik itu di Moscow, Russia.  Dan pakar meterologi mengatakan ianya berlaku kerana kesan dari cuaca yang tidak menentu.

Tetapi kali ini berlaku pula formasi awan yang hampir sama, bukan lagi di Russia, tetapi beralih ke Romania pula. Mengapa formasi awan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan sama seperti UFO, berlaku dalam selang masa yang tidak lama, tetapi di negara yang berlainan?  Saksikan video di bawah;

Lagi

UFO berdekatan dengan gerhana matahari

1 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…  Kenapa terkejut? Tiba2 ada berita UFO tak pasal2 kat sini, hehe. Biasa la tu, general knowledge ni, kena jugak ambil tahu, tapi tak wajib pun.

Berita UFO kelihatan yang terbaru ni dah tak baru sebenarnya, tapi berlaku pada bulan Julai lepas di China. UFO tu dapat dirakam dalam video cam oleh saintis China dari Purple Mountain Observatory. Tapi menurut mereka, kajian akan dilakukan sepanjang 12 bulan seterusnya ni untuk mengesahkan dengan sebetulnya gambaran yang dilihat tu. Panjangnya ambil masa yer ih ih ih

Amacam, faham ke tidak apa yang mereka cakapkan? Saya pun tak faham 😀

Lagi

Ringkasan tentang UFO di Roswell

7 Komen


Selepas perang dingin berakhir, budaya kerahsiaan dan gaya operasi CIA mula untuk bertukar. Pengarahnya muncul di sebuah radio perjanjian perundingan, dan ia menjadikan pendudk-penduduk mungkin memberi tekanan kepada CIA dalam cara-cara tidak dapat didengar sepanjang era terdahulu itu. Ufology telah menjadi satu manfaat kepada perubahan ini.

Kisah-kisah tentang UFO terhempas telah disebarkan untuk bertahun-tahun, tetapi sehingga baru-baru ini mereka telah disingkirkan oleh kebanyakan orang sebagai karut, termasuk oleh ufologis sendiri.

Penyiasatan-penyiasatan baru bagaimanapun telah mendedahkan startlingevidence menunjukkan sebuah UFO mungkin terhempas di padang pasir di New Mexico dalam bulan Julai 1947. Seorang petani yang bernama Mac Brazel menemui logam aneh bersepah seberang sebuah kawasan yang luas di tanah tempat dia menetap. Lantaran ciri-ciri luar biasa bahan, Brazel mengambil kepingan-kepingan puing (debris) untuk pihak berkuasa dalam Roswell, New Mexico.

Ditarik minat oleh puing, Colonel Blanchard, pegawai pemerintah di Roswell Army Air Field mengarahkan dua pegawai risik untuk menyiasat. Dua orang lelaki ini adalah Major Jesse Marcel dan Captain Sheridan Cavitt. Atas laporan mereka, Colonel Blanchard secara senyap mengarahkan kawasan ladang ternak itu dikepung. Askar-askar memindahkan puing, menghantarkannya ke ibu pejabat askar di Fort Worth, Texas.

Lagi

Firaun dan UFO

8 Komen


Laporan tercatat yang cukup tua mengenai kehidupan di langit lain ialah berasal dari abad ke-15 sebelum masehi, yang tertera pada buku harian Thutmosis III (Firaun Mesir kuno dinasti ke-18, 1504-1450 SM). Laporan yang ditulis dalam papirus (tulisan kuno) yang diketemukan oleh Alberto Siliotti, berbunyi demikian:

Lagi