PBB tegur kerajaan Malaysia kerana bertindak keras dalam Himpunan Bersih 2.0

1 Komen


Pakar hak asasi manusia di PBB (UN – United Nation) berkata, kawalan ‘keras’ Malaysia terhadap demonstrasi pada hari Sabtu lalu, memberi risiko kepada proses demokrasi, dan melahirkan kebimbangan dengan laporan penahanan pemimpin-pemimpin politik.

PBB menegur kerajaan Malaysia kerana bertindak keras dalam Himpunan Bersih 2.0

Advertisement

Apa kata mereka berkenaan ‘Negara Berkebajikan’?

5 Komen


Apa kata mereka berkenaan ‘Negara Berkebajikan’?.

Dr Asri kata ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam

1 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera. Hhm tertarik ambe dengan kenyataan dari Dr MAZA ni, betapa Islam bukanlah lemah sangat untuk terus menangkap siapa2 yang menghinanya. Tetapi Islam datang dengan hujjah dan dalil2 yang jelas dari firman2 Allah dan hadith2 nabi.

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.

Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

“Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

“Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

“Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Lagi

Ke arah menegakkan Hukum Islam di muka bumi ini

5 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera. Tidakkah kita perasan bahawa setiap hari ada sahaja kes2 jenayah yang dilaporkan di dalam televisyen dan media2 lain? Dari sekecil2 kes hinggalah kepada sebesar2 kes, dan bermacam kes2 jenayah pelik pun sudah berlaku sekarang.  Maka masih sukakah anda dengan undang2 yang ada sekarang ini? Masih sukakah anda dengan undang2 buatan manusia yang tidak sempurna itu?  Sedangkan telah ada undang2 ciptaan pencipta kita Yang Maha Bijaksana.

Adakah anda mahu menunggu hingga tiba giliran anda, keluarga anda terlibat dengan ancaman2 jenayah baru anda mahu berubah?  Atau anda tetap tidak mahu berubah walaupun sentiasa terancam keamanan anda?  Atau anda mahu tunggu dibicarakan di Mahsyar nanti? Tidak mahukah anda merasakan satu undang2 tegar yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan masyarakat keseluruhannya insyaAllah?  Itulah dia undang2 Islam yang telah dijamin oleh Allah S.w.t akan keamanan dan kestabilan nya.

Khilafah

Allah mengisytiharkan kepada malaikat apabila hendak mencipta nabi Adam, manusia pertama yang lahir daripadanya makhluk manusia seluruhnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

“Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku ciptakan di atas bumi itu makhluk (manusia) bagi menjadi khalifah”.  Surah Al Baqarah : Ayat 30

Para ulamak menghuraikan khalifah itu dengan maksud menegakkan agama Allah (Islam) dan mentadbir urusan dunia dengannya (Islam) Bermula daripada urusan pembangunan diri manusia dengan Islam, Iman dan Ihsan, sehinggalah pembangunan kebendaan yang menjadi keperluan manusia, seperti makanan, pakaian, bangunan, teknologi dan sebagainya. Semuanya itu berada dalam batas sempadan memelihara hubungan dengan Allah di atas sifat hamba kepadaNya, juga hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan sesama manusia, serta hubungan makhluk di bumi yang diamanahkan ke atas manusia untuk mentadbirnya. Bahkan juga hubungan dengan alam ghaib yang baik (para malaikat) dan bermusuh dengan makhluk jahat (iblis dan syaitan).

Lagi

Tiada bukti bahawa Saiful diliwat oleh Dato Seri Anwar [Video]

21 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ….  Di sini saja nak parking beberapa video yang membuktikan bahawa dakwaan Saiful Bukhari bahawa dia diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim adalah tidak berasas dan tiada bukti sama sekali. Laporan perubatan pun menafikan bahawa dia pernah diliwat.  Semoga yang masih tidak menonton lagi video2 ini dapat menontonnya dan menilai sendiri.

 

Bagus Hospital Pusrawi kerana berani mengemukakan fakta yang benar walaupun terpaksa menghadapi risiko2 yang tertentu. 

Lagi

Older Entries