Kesunyian tanpa teman?

10 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera….  Apakah itu sunyi? Bagi saya secara peribadi, sunyi ada 2 jenis. Ada sunyi yang bagus dan ada sunyi yang tidak bagus. Sunyi yang bagus ialah satu keadaan di mana tiada kebisingan, maka sunyi ini dapat mententeram dan mendamaikan diri. Tapi ntah lah, mungkin ada orang yang aman dan tenteram jika bising kut. Tetapi jika suasana bising yang dapat jadikannya aman dan tenteram, sebenarnya ‘something wrong there’. Manakala sunyi yang tidak berapa bagus ialah sunyi jiwa / hati. Mengapa ianya tidak bagus? Di bawah ada jawapan2nya insyaAllah.

Mengapa biasanya sunyi jiwa / hati ini berlaku? Antaranya ialah kerana ketiadaan / kekurangan teman yang akrab. Terutamanya di zaman yang serba moden dan canggih ini, teman2 pun canggih2. Ada yang jenis memilih mereka2 yang ada pangkat dan harta sahaja untuk dijadikan teman. Orang2 macam saya ni memang selalunya ‘out of list‘ untuk menjadi teman mereka, huhu. Bukanlah tiada langsung orang nak berkawan dengan orang macam saya yang tidak berharta mana dan berpangkat ni, tetapi sedikit sangatlah. Biasanya orang akan pergi kepada mereka2 yang dijangka akan mendapat pulangan yang lumayan balik dan mendapat glamer apabila berkawan dengan mereka.

Itu adalah realiti kehidupan sekarang. Saya sendiri pun pernah mengalami zaman ramai teman dengan zaman teman makin berkurang setelah kita menjadi orang yang serba kekurangan dan tidak maju membangun seperti mereka. Walaubagaimana pun kita tidak boleh menyalahkan mereka,  kerana itu hak mereka. Mungkin kerana kita juga yang tidak pandai berkawan. Maka kita tidak boleh juga memaksa orang lain untuk berteman dengan kita. Kita mesti terima hakikat setakat mana kita mampu berteman dan setakat mana orang lain mampu menerima kita sebagai teman mereka.

Tidak berteman atau tidak mempunyai ramai teman tidak bererti kita perlu melayan kesunyian dalam diri kita. Dan tiada teman tidak sepatutnya menjadikan kita sunyi. Keadaan sunyi dalam jiwa biasanya bukan semata2 kerana tiada teman. Orang yang ramai teman sekalipun ramai juga yang masih kesunyian jiwanya. Mengapa kesunyian jiwa itu masih berlaku sedangkan dia mempunyai ramai teman? Ada yang memberi alasan bahawa teman2nya tidak memahami dirinya, tidak pandai bergaul dengannya, pentingkan diri mereka sendiri dan sebagainya. Itu terpulang kepada pengalaman yang dilalui oleh masing2 kerana lain orang lain ragamnya. Lagi

Advertisement

Panas Baran

Tinggalkan komen


The image “https://i0.wp.com/www.japantimes.co.jp/shukan-st/graphics/lesson/angry.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.

Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.

Lagi