Sayap rama-rama di angkasalepas

8 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Teleskop hubble dari NASA telah merakam satu foto terbaru yang berupa seperti sayap rama-rama di angkasalepas.  Ianya merupakan satu gumpalan gas yang mempunyai kepanasan lebih dari 20,000 darjah Celcius. Mak aii, kalau dah 30 darjah Celcius lebih pun kita dah tak tahan, apa lagi 20,000 ih ih ih. Dan kelajuan tersebarnya gas itu pula ialah 600,000 batu sejam.

Ia dipercayai sebuah bintang mati yang saiznya 5 kali ganda besar dari matahari, iaitu  Stellar Demise dalam Planetary Nebula NGC 6302. Ia mengeluarkan gas2 dan melepaskan aliran radiasi ultraviolet yang membuatkannya seakan menyala.  Hasilnya seumpama sebuah lukisan abstract yang amat cantik. Subhanallah, Maha Seni karyaMu ini, bukan sekadar di atas kanvas, tetapi di angkasaraya yang amat luas tidak terjangkau oleh mana2 makhluk sekalipun.  Allahu akbar …….

butterfly wings in space

Sumber : NASA

Advertisement

Supernova

1 Komen


8x10.ai

Supernova merujuk kepada beberapa jenis letupan najam (stellar) yang menghasilkan jasad yang sangat cerah yang dihasilkan oleh plasma dan kemudiannya menurun ke tahap yang tidak boleh dilihat dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Terdapat dua laluan menuju ke penghujung hayat bintang.

Bintang gergasi mungkin akan berhenti menghasilkan tenaga pelakuran daripada penggabungan nukleus atom-atom di dalam teras bintang lalu menguncup ke dalam oleh daya gravitinya sendiri, ataupun bintang kerdil putih mungkin akan mengumpul bahan daripada bintang dedua sehingga mencapai had Chandrasekhar sehingga mengalami letusan termonuklear. Dalam kedua-dua kes, letupan supernova yang terhasil akan menyingkirkan seberapa banyak atau kesemua bahan bintang dengan daya yang amat kuat.

Letupan ini menjana gelombang letusan ke angkasa sekitarnya, menghasilkan tinggalan supernova. Salah satu contoh proses ini adalah tinggalan SN 1604, seperti yang tertunjuk di sebelah kanan.

Dalam kosmologi standard yang dinamakan Teori Big Bang, letupan supernova merupakan sumber utama kesemua unsur lebih berat daripada oksigen, dan supernova merupakan satu-satunya sumber kebanyakan unsur. Sebagai contoh kalsium pada tulang kita dan besi dalam hemoglobin telah disintesis semasa letupan supernova, berjuta-juta tahun dahulu. Supernova memasukkan unsur-unsur berat ini ke dalam medium antara najam, akhirnya memperkayakan awan-awan molekul yang menjadi tempat kepada pembentukan bintang-bintang. Bukti daripada hasil reputan isotop jangka hayat pendek menunjukkan bahawa supernova berdekatan telah menentukan komposisi sistem solar pada 4.5 bilion tahun dahulu. Penghasilan unsur berat oleh supernova pada jangka masa kosmik membolehkan kehidupan kimia pada Bumi berlaku.

Supernova menjana suhu yang amat tinggi, dan dalam keadaan yang sesuai, tindak balas pelakuran yang berlaku ketika masa-masa puncak boleh menghasilkan antara unsur yang terberat seperti plutonium dan californium.

“Nova” ialah perkataan Latin untuk “baru”, merujuk kepada apa yang dapat dilihat sebagai kelipan bintang baru yang sangat cerah dalam sfera samawi; imbuhan awalan “super” membezakannya daripada nova biasa, yang juga membabitkan bintang yang bertambah kecerahannya, walaupun pada tahap yang lebih rendah dan melalui mekanisme yang berbeza. Walau bagaimanpun, adalah tidak tepat sekiranya supernova dianggap sebagai bintang baru, kerana ia sebenarnya menggambarkan kematian bintang (atau sekurang-kurangnya perubahan radikal kepada sesuatu jasad yang lain).

Jenis-jenis Supernova

Berdasarkan pada garis spektrum pada supernova, maka didapati beberapa jenis supernova :

* Supernova Jenis Ia

Pada supernova ini, tidak ditemukan adanya garis spektrum Hidrogen saat pengamatan.

* Supernova Jenis Ib/c

Pada supernova ini, tidak ditemukan adanya garis spektrum Hidrogen ataupun Helium saat pengamatan.

* Supernova Jenis II

Pada supernova ini, ditemukan adanya garis spektrum Hidrogen saat pengamatan.

* Hipernova

Supernova Jenis ini melepaskan energi yang amat besar sewaktu meledak. Energi ini jauh lebih besar dibandingkan energi saat supernova Jenis yang lain terjadi.

Berdasarkan pada sumber energi supernova, maka didapati jenis supernova sebagai berikut.

* Supernova Termonuklear (Thermonuclear Supernovae)
o Berasal dari bintang yang memiliki massa kecil
o Berasal dari bintang yang telah berevolusi lanjut
o Bintang yang meledak merupakan anggota dari sistem bintang ganda.
o Ledakan menghancurkan bintang tanpa sisa
o Energi ledakan berasal dari pembakaran Karbon (C) dan Oksigen (O)

* Supernova Runtuh-inti (Core-collapse Supernovae)
o Berasal dari bintang yang memiliki massa besar
o Berasal dari bintang yang memiliki selubung bintang yang besar dan masih membakar Hidrogen di dalamnya.
o Bintang yang meledak merupakan bintang tunggal (seperti Supernova Jenis II), dan bintang ganda (seperti supernova Jenis Ib/c)
o Ledakan bintang menghasilkan objek mampat berupa bintang neutron ataupun lubang hitam (black hole).
o Energi ledakan berasal dari tekanan

Tahapan terjadinya Supernova

Suatu bintang yang telah habis masa hidupnya, biasanya akan melakukan supernova. Urutan kejadian terjadinya supernova adalah sebagai berikut.

* Pembengkakan

Bintang membengkak kerana mengirimkan inti Helium di dalamnya ke permukaan. Sehingga bintang akan menjadi sebuah bintang raksasa yang amat besar, dan berwarna merah. Di bahagian dalamnya, inti bintang akan semakin menyusut. Kerana penyusutan ini, maka bintang semakin panas dan padat.

* Inti Besi

Saat semua bahagian inti bintang telah hilang, dan yang tertinggal di dalam hanyalah unsur besi, maka kurang dari satu detik kemudian suatu bintang memasuki tahap akhir dari kehancurannya. Ini kerana struktur nuklear besi tidak memungkinkan atom-atom dalam bintang untuk melakukan reaksi fusi (fusion reaction) untuk menjadi elemen yang lebih berat.

* Peledakan

Pada tahap ini, suhu pada inti bintang semakin bertambah hingga mencapai 100 juta darjah celcius. Kemudian energi dari inti ini ditransfer menyelimuti bintang yang kemudian meledak dan menyebarkan gelombang kejut. Saat gelombang ini menerpa material pada lapisan luar bintang, maka material tersebut menjadi panas. Pada suhu tertentu, material ini berfusi dan menjadi elemen-elemen baru dan isotop-isotop radioaktif.

* Pelontaran

Gelombang kejut akan melontarkan material-material bintang ke ruang angkasa.

Kesan dari Supernova

Supernova memiliki kesan bagi kehidupan di luar bintang tersebut, di antaranya:

* Menghasilkan Logam

Pada inti bintang, terjadi reaksi fusi nuklear. Pada reaksi ini dilahirkan unsur-unsur yang lebih berat dari Hidrogen dan Helium. Saat supernova terjadi, unsur-unsur ini dilontarkan keluar bintang dan memperkaya awan antara bintang di sekitarnya dengan unsur-unsur berat.

* Menciptakan Kehidupan di Alam Semesta

Supernova melontarkan unsur-unsur tertentu ke ruang angkasa. Unsur-unsur ini kemudian berpindah ke bahagian-bahagian lain yang jauh dari bintang yang meledak tersebut. Diasumsikan bahawa unsur atau materi tersebut kemudian bergabung membentuk suatu bintang baru atau bahkan planet di alam semesta.

Peristiwa Supernova yang teramati

Ada satu bintang yang melakukan supernova di ruang angkasa tiap satu detik kehidupan di bumi. Hanya saja, untuk menemukan bintang yang akan melakukan supernova tersebut amatlah sulit. Banyak faktor yang mempengaruhi dalam pengamatan supernova. Walaupun begitu, ada beberapa peristiwa supernova yang telah teramati oleh manusia, di antaranya:

* Supernova 1994D

Dahulu kala, sebuah bintang meledak di tempat yang amat jauh dari bumi. Ledakan itu nampak seperti sebuah titik terang. Ini terjadi di bahagian luar dari galaksi NGC 4526, dan dinamakan Supernova 1994D. Sinar yang dipancarkannya selama beberapa minggu setelah ledakan tersebut menunjukkan bahawa supernova tersebut merupakan Supernova Jenis Ia.

.

Subhanallah, semuanya di atas kuasa Allah S.w.t …….

Matahari

1 Komen


Matahari (Bahasa Latin: Sol , Bahasa Inggeris: Sun) adalah bintang di pusat Sistem Suria. Bumi dan jisim lain (termasuk planet-planet lain, asteroid-asteroid, meteor, komet dan debu) mengorbit/mengelilingi Matahari, yang menurut sendiri merupakan kira-kira 99.8% sistem suria besar-besaran. Tenaga daripada Matahari, dalam bentuk cahaya matahari, menyokong hampir semua kehidupan di Bumi melalui fotosintesis, dan memberi kesan kepada iklim dan cuaca Bumi.

Ia merupakan bintang terdekat dengan bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan sembilan buah planet membentuk sistem suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Matahari adalah terdiri daripada hidrogen (kira-kira 74% jisimnya, atau 92% isipadunya), helium (kira-kira 25% jisimnya, 7% isipadu), dan kuantiti kesan unsur-unsur lain. Matahari mempunyai satu kelas spektrum G2V. G2 menandakan yang ia mempunyai satu suhu permukaan kira-kira 5,780 K (atau kira-kira 5,515 darjah Celsius / 9,940 Fahrenheit), memberinya satu warna putih yang, lantaran penyerakan atmosfera, muncul kuning sebagai dilihat dari permukaan Bumi. Ini adalah satu kesan yang boleh berkurang, sebagai serakan keutamaan foton biru (yang menyebabkan warna langit) membuang cukup cahaya biru untuk meninggalkan satu sisa kemerahan yang diterima sebagai kuning. (Bila cukup rendah di langit, Matahari muncul jingga atau merah, disebabkan oleh serakan ini.)

Lagi

Bumi ini diramal akan musnah pada 2019

6 Komen


Berita ini adalah sebuah berita lama, tetapi sekadar peringatan kembali dan info kepada yang masih tidak tahu. Sama ada akan berlaku atau tidak, NASA telah meramalkan bahawa Bumi ini akan musnah pada 1 Februari 2019. Sekumpulan saintis yang menggelarkan mereka LINEAR team telah menemui asteroid bernama 2002 NT7 pada 9 Julai 2002. Ukur lilitnya sebesar 1.24 batu dan kekuatan hentamannya lebih kurang 1 juta megaton letupan, cukup untuk memusnahkan sebuah benua.

Pemerhatian terus dibuat terhadap asteroid ini dan ianya mungkin akan dilaporkan dari semasa ke semasa. Walaubagaimana pun tahun 2019 masih jauh di hadapan, ada lagi yang perlu dibimbangkan iaitu George W.Bush atau Korea Utara atau mana-mana negara memulakan Perang Nuklear.

Apa-apa pun hanya Allah S.w.t Yang Maha Mengetahui. Saintis-saintis hanya meramalkan hentaman dari asteroid itu mengikut ujikaji semasa dan mungkin akan berlaku dan mungkin tidak. Jangan percaya bulat-bulat kepada sesuatu ramalan melainkan apa yang diramalkan oleh Nabi Muhammad S.a.w sahaja. Semoga ianya menjadi tanda peringatan kepada diri kita yang sentiasa lalai dengan kehidupan dunia. Lagi

Planet terkecil di luar Sistem suria ditemui

5 Komen


Planet terkecil di luar Sistem suria telah ditemui oleh saintis-saintis Sepanyol. Planet berbatu itu yang radiusnya kira-kira 50 peratus lebih besar dari Bumi, melingkari bintang Red Dwarf 30 Tahun cahaya dari buruj Leo, kata saintis dari Superior Council for Scientific Investigations (CSIC), Sepanyol.

Planet itu dikenali sebagai GJ 436c, telah ditemui dengan menganalisa herotan-herotan dalam orbit planet yang lain, planet yang lebih besar dari GJ 436, satu teknik serupa yang digunakan 100 tahun dahulu untuk mengesan planet Neptun.

Dengan jisimnya yang 5 kali berat Bumi, menjadikannya planet terkecil yang dijumpai di luar dari Sistem suria. Kata mereka, dengan teknik-teknik yang semakin diperelokkan maka akan membuka jalan untuk menjelajah dunia-dunia lain yang seakan dunia kita.

Kata ketua kajian itu iaitu Ignasi Ribas, dalam masa terdekat ini kita mungkin akan berupaya untuk melihat planet yang mempunyai jisim yang sama dengan Bumi.

Lagi

Older Entries