Salaam alaikum w.b.t. Aiyyo, ana dah terkena virus sihat dari seorang akhi pulak. Akhi ini dari blog ajet66.blogmas.com. Sila kunjungi posting dia yang bertajuk ‘isteri.blogmas.com dah tag aku‘ untuk membaca tulisannya. So nampaknya ana kena jugak bercerita serba sedikit tentang diri ana sepertimana yang diwartakan dalam virus ini hehe. Dan konsep ini dipanggil viral Tag, Tag yang bersambung2 dari satu blog ke blog lain yang menyambutnya, panjaaaang ceritanya, sorii x dan masa nak cerita panjang lebar lagi 😀 Pape pn ini saje-saje, sekadar merapatkan ukhuwwah dan membantu blog masing-masing dalam menaikkan Page Rank.
Den ini lah serba sedikit berkenaan dengan diri ana;
1. Ambe ni anak negeri Terengganu, anak sulung dari 3 adik beradik seibu bukan sebapa. Kiranya ambe punya famili ni tak semeriah ajet66 punya famili la. Famili ana low budget sikit. And ana masih single lagi, cuma hati ni dah ada yang ehem2 😀
2. Ana pun jenis pendiam jugak wahai ajet66. Kat blog je banyak mulut sikit, tapi kalau kat luar tersipu2 malu huhu.
3. Ana lahir bulan 11, tahun berapa? Sila selongkar sendiri.
4. Ana x suka berdebat, kalau dulu suka la jugak. Sekarang ni, siapa nak menang ambik la. Cuma dalam usaha amar makruf nahi mungkar ana cuba jugak bercakap, orang nak dengar ke tidak terpulang pada individu itu sendiri, laa ikroha fi ddiin “tiada paksaan dalam agama”.
Lagi
Komen terkini