Sheikh Imran Hosein – Imam Al-Mahdi & the Return of the Caliphate

3 Komen


Salaamun alaikum. Tak payah cakap banyak, tengok je video ni 😀

Sheikh Imran Hosein – Imam Al-Mahdi & the Return of the Caliphate

Lagi

Video banjir di Jeddah, Mekah

12 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Ada banyak video banjir di Youtube tetapi yang ini rasanya patut ditonton oleh semua orang kerana kelajuan airnya jauh lebih dasyat dari banjir yang melanda di Malaysia. Biasanya banjir di Malaysia kita ini hanya tenggelam kereta dan motor, tetapi tidak sampai kelajuan airnya begitu deras hingga dapat menghanyutkan pelbagai kenderaan berat termasuk van , jeep dan kenderaan-kenderaan besar lain, subhanallah.

Lagi

Bagaimana kita mengenali Yesus / Isa a.s?

14 Komen


macro-water-dropletOleh : Adnan Oktar @ Harun Yahya

Siapakah yang Akan Dapat Mengenali Yesus (as)?

Pada bab-bab terdahulu, bahawa Yesus (as) tidak wafat dan telah diangkat ke sisi Allah serta dia akan kembali lagi ke bumi telah diterangkan secara jelas dalam ayat-ayat Al-Qur’an. Setelah semua yang telah disebutkan ini, pertanyaan selanjutnya yang akan muncul di dalam benak kita adalah, “bagaimana kita akan mengenali Yesus (as) ketika dia kembali lagi ke bumi dan sifat-sifat apa yang dimilikinya sehingga dia dapat dikenali?” Pada tahap ini, sumber khusus yang dapat kita rujuki adalah Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah.

Al-Qur’an, baik dalam ayat-ayat mahupun dalam kisah-kisah tertentu, memberikan beragam keterangan kepada kita yang berhubungan dengan nabi-nabi terdahulu. Banyak sifat umum yang dimiliki oleh para nabi dan para pengikut kaum mukminin sejati yang disebutkan dalam Al-Qur’an. Selain itu adalah mungkin untuk menemukan semua sifat para kaum mukminin yang ada dalam ayat-ayat Al-Qur’an. Dalam konteks ini, sifat-sifat mulia Yesus (as) yang berhubungan dengan masalah keimanan juga digambarkan dalam Al-Qur’an. Demikian juga, merujuk kepada Al-Qur’an, umat beriman yang tulus dapat memiliki sifat-sifat yang mulia ini yang dapat diamati pada diri Yesus (as) dan berdasarkan hal tersebut mereka dapat mengenalinya.

Pada point ini, yang harus diingat oleh kita adalah bahawa mengenali Yesus (as) bukan tidak mungkin dapat dilakukan oleh setiap orang. Badiuzzaman Said Nursi menyatakan tentang hal ini:

Ketika Yesus datang, adalah tidak penting bahawa setiap orang harus mengenalinya sebagai Yesus yang asli. Orang-orang pilihannya dan mereka yang dekat dengannya akan mengenalinya melalui cahaya keimanan. Hal tersebut tidak akan menjadi bukti dalam dirinya sendiri sehingga setiap orang akan mengenalinya.1

Lagi

Yesus akan kembali ke Bumi sebagai hakim yang adil

139 Komen


earthOleh : Adnan Oktar @ Harun Yahya

Yesus / Isa a.s masih tidak mati

Satu kajian ayat-ayat tentang Yesus (as) dalam Al-Qur’an menunjukkan bahawa Yesus (as) tidaklah meninggal ataupun dibunuh, tetapi dia telah diangkat ke sisi Allah. Hal ini sebagaimana diterangkan oleh ayat berikut:

Dan kerana ucapan mereka, “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha perkasa lagi Maha bijaksana. (Surah an-Nisaa’: 157-158)

Dalam beberapa terjemahan bahasa Inggeris, kita mengetahui bahawa beberapa ayat lain yang diterjemahkan memberikan kesan bahawa Yesus (as) wafat sebelum dia diangkat ke sisi Allah. Ayat-ayat ini adalah sebagai berikut:

(Ingatlah) ketika Allah berfirman, “Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku...  (Surah Ali Imran: 55)

Pada Surah al-Maa’idah ayat 117, peristiwa tersebut diceritakan dengan perkataan Yesus (as) yang juga diterjemahkan seperti itu, seolah-olah menyiratkan erti yang sama bahawa dia telah wafat:

Lagi

Harga minyak dan emas melambung naik

14 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…… Hhhhhmmm, seperti yang telah dijangka, harga petrol melambung lagi, tetapi kali ini pada kadar yang tertinggi dalam sejarah (kalau tidak silap saya) iaitu dengan kenaikan sebanyak 40%. Setelah tidak berapa lama dulu, harga emas pun melambung naik. Dan selepas ini mungkin akan naik lagi harga emas, kerana harga emas biasanya mengikut kenaikan harga petrol, walaupun harga emas ada turun dan naik.

Pak saudara saya ada seorang yang jadi tukang emas. Menurut beliau, dalam 2 atau 3 tahun yang lalu harga emas satu amas (kiraan orang2 melayu) atau 2.551 gram hanya dalam seratus ringgit lebih. Tetapi harga terbaru sekarang adalah RM260 lebih. Dan kenaikannya memang mendadak pada akhir-akhir ini juga.

Dan kenaikan harga barang terutamanya dua barang mahal ini sememangnya boleh menimbulkan kucar-kacir. Cuma diharapkan kita semua bertenang dan jangan mengambil tindakan yang terlampau drastik. Kalau masing-masing ikutkan emosi , sudah tentu keadaan akan menjadi huru-hara. Sama-samalah menyelesaikan apa jua masalah dengan tenang dan berhikmah, kerana Allah tidak suka kepada orang yang merosakkan muka bumi ini.

Dan tentang galian-galian ini pula ada disentuh oleh Rasulullah S.a.w dalam hadith yang bermaksud, “Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.

Nampak kita di situ betapa hasil galian pada akhir zaman akan diuruskan oleh orang-orang yang gilakan dunia semata dan tidak menghiraukan kesusahan orang lain. Dan benar sekali maksud dari hadith tersebut kerana telah ternyata setelah Amerika menakluki Iraq, minyak dan emas naik begitu drastik sekali. Dan ditambah lagi dengan banyak syarikat minyak adalah milik Freemasons.

Di bawah ini saya senaraikan logo syarikat minyak yang ada kaitan dengan Freemasons. Dan ini bukan andaian saya semata, tetapi merupakan hasil kajian dari golongan yang mengkaji tentang Freemasons sendiri. Dan ketahuilah, syarikat-syarikat milik Freemasons itu memakai golongan pekerja yang bukan orang-orang mereka, tetapi pekerja-pekerja termasuklah orang-orang Melayu kita. Dengan kata lain, kita diperkudakan oleh mereka yang hanya mengaut keuntungan dari kesusahan pekerja-pekerja menggali minyak dan mengedarkannya. Dan perhatikan logo-logo tersebut ada kaitan dengan matahari dan bintang yang mengandungi unsur segitiga.

Logo di atas ini bukan hanya menunjukkan kulit kerang semata-mata, tetapi ia juga bermaksud matahari terbit. Shell adalah milik Britain, beribu pejabat di Hague, Netherlands. Dengan pejabat berdaftar di London dan United Kingdom.

Syarikat BP juga telah menukar logo lamanya kepada logo yang seperti matahari. BP diambil dari perkataan asal British Petroleum. Beribu pejabat di London, England dan UK.
Lagi

Older Entries