Cinta kerana Allah S.w.t dan tanda-tanda bahawa Allah cinta kepada seseorang hamba

8 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Di bawah ini dipetik dua tajuk dari kitab Riyadhus Sholihin karangan Imam Nawawi r.a. Sebagai peringatan bersama kita tentang hubungan kita dengan Allah S.w.t. dan sesama saudara Islam kita. Adakah kita sudah cukup sayang atau cinta kepada sesama saudara Islam kita? Sebagai contoh, jika kita mengajak orang lain kepada kebaikan, adakah kita mengajak dia kerana kita sayang kepadanya atau kerana kita mahu tunjuk kita baik dan benci kepada mereka-mereka yang tidak mendengar kata-kata kita? Sehingga masing-masing mendabik dada mengatakan bahawa cara dia sahaja yang betul dan bersikap terlampau keras terhadap sesama Islam walaupun hanya berbeza pendapat dalam perkara cabang.

Begitu juga halnya dengan kekeluargaan, adakah kita lupa bahawa setiap mukmin dan muslim itu bersaudara? Maka mengapa kebanyakan dari kita sekarang ini masih lagi berpegang kepada keluargaku keluargaku, keluargamu keluargamu? Lupakah bahawa kita semua berasal dari Nabi Adam a.s dan Hawa a.s? Kita hanya bergotong royong dan bermuafakat sesama saudara apabila mengadakan kenduri dan majlis-majlis tertentu sahaja. Tetapi mengapa masing-masing tidak cuba untuk menyelesaikan masalah masing-masing sepertimana jika keluarga kita sendiri yang menghadapi masalah? Sememangnya kita sudah terdidik dari zaman dahulu lagi iaitu terkurung dengan keluarga pertalian darah yang dekat semata-mata dan terpisah dari saudara-saudara lain. Tiada lagi ukhuwwah Islamiyyah yang sebenar-benarnya.

Kerana apa?  Kerana masing-masing terlalu sibuk mengejar urusan dunia, projek sana projek sini, bisnes sana bisnes sini, mana la cukup masa untuk memikirkan tentang semua ini.  Sedangkan ramai saudara-saudara kita diluar sana yang terpinggir, tersisih dan terbengkalai.  Apa yang masing-masing kita kejar sangat di dunia yang sementara ini sebenarnya?

Lagi

Sesuatu yang disangka sebagai Riya’, tetapi sebenarnya bukan Riya’

4 Komen


Dari Abu Zar r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya: “Bagaimanakah pendapat Tuan perihal seseorang lelaki yang mengerjakan suatu amalan yang baik dan ia mendapatkan pujian dari orang ramai kerana amalannya itu?” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Yang sedemikian itulah kegembiraan seorang mu’min yang diterima secara segera – yakni ketika di dunia sudah dapat merasakan kenikmatannya. (Riwayat Muslim)

Petikan dari Kitab Riyadhus Sholihin – Bab 289

.

Maka jika ada seseorang melakukan amal kebaikan lantas dipuji oleh orang lain, itu bukan bermakna dia riya’ lagi.  Segalanya bergantung kepada niat dia sendiri, sama ada dia ikhlas kerana Allah dan melaksanakan tanggungjawab / tugasnya, atau semata-mata mahu menunjuk-nunjuk sesama manusia dan bermegah dengannya.

Dan kita pula, jangan lah mudah busuk hati, sangka buruk, tak puas hati, jeles dengan amal-amal dan kejayaan orang lain.  Jika tidak, saja-saja kita dapat dosa free, na’uzubillah.

.

Apa yang dikatakan sebagai Riya’?

Allah Ta’ala juga berfirman:”Mereka itu suka melakukan riya’ kepada para manusia dan tidak berzikir (ingat) kepada Allah, meiainkan hanya sedikit sekali.” Surah an-Nisa’: 142

Lagi

Nasihat-nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya

1 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa kisah2 tentang Luqmanul Hakim ini ialah kisah yang diceritakan di dalam AlQuran dan AlHadith. Dan ianya adalah sebagai pengajaran akhlaq kepada kita semua, bukan hanya untuk anak Luqman. Semoga mendapat manfaat bersama …….

1 – Wahai anakku, elakkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

2 – Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.

3 – Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

4 – Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Lagi

Sombong setelah ditiup angin kus2

15 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…. Penyakit sombong juga adalah warisan dari Iblis sejak turun temurun. Sama dengan penyakit2 lain seperti hasad dengki, pemarah, balas dendam, batu api dan sebagainya.  Penyakit itu berjangkit bukan melalui virus, bukan seperti H1N1 sekarang ini, tetapi ia berjangkit secara yang lagi halus, sehinggakan virus pun tidak dapat melihatnya.

Sungguh sifat takabbur / sombong ini sangat tidak disukai Allah , “Tidak diragukan lagi bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.” Surah An Nahl : ayat 23

Antara sombong yang paling dibenci ialah sombong dengan apa yang diturunkan melalui perantaraan Jibril iaitu AlQuran AlKarim. Sombong apabila tidak meyakini dan merendah2kan kandungannya yang cukup padat dengan pencerahan dan bukti2 tetapi masih mengatakannya sebuah kitab dongeng.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka “Apakah yang telah diturunkan Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Dongeng-dongengan orang-orang dahulu” Surah An Nahl : ayat 24

Dengan terjangkitnya penyakit sombong ini, maka akan merebak lah penyakit2 lain pula termasuk lah hasad dengki, keras hati, membuat kezaliman, melakukan fitnah dan camam2 lagi. Contoh kesombongan yang paling glamour dan paling hangat ialah sombongnya Firaun yang menjadi raja di Mesir suatu ketika dulu. Cuma yang menjadi bezanya dengan insan2 lain ialah tahap kesombongan masing2 dan sama ada sombong kuno dan sombong moden. Tetapi penyakit itu masih ada sampai ke hari ini dan tidak akan pupus hingga ke Hari Kiamat insyaAllah.

Lagi

Anda sedang bercinta? Bagaimana jika …….

14 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Cinta. Semua orang mengetahui tentang cinta, tetapi adakah semua memahaminya? Di kesempatan ini saya akan membicarakan tentang perkara yang berkaitan dengan cinta. Dan saya khususkan kepada cinta sesama manusia. Dan saya lebih khususkan lagi kepada cinta antara lelaki dan wanita. Kerana sudah menjadi lumrah, lelaki cintakan wanita dan begitu juga sebaliknya. Yang menjadi bukan lumrah ialah lelaki cintakan sesama lelaki sehinggakan soal nafsu pun dilepaskan sesama jantina. Itu bukan lumrah lagi tetapi parah. Sayang sesama lelaki boleh tahan lagi kerana kita digalakkan sayang menyayangi antara saudara kita, tetapi tidak lebih2 sepertimana cinta seorang lelaki terhadap wanita yang memerlukan kepada hidup berumahtangga dan beranak pinak.

Baiklah , kita tinggalkan dahulu tentang cinta sesama jantina kerana bukan itu yang saya mahu ceritakan di sini. Anda mesti selalu mengikuti perkembangan tentang pelbagai cerita cinta sesama manusia bukan? Di mana sejarah cinta masing2 berlainan sama sekali antara satu sama lain. Ada yang mendapat cinta pandang pertama, ada yang dapat pandang ke seratus, ada yang bercinta kerana jatuh hati melalui chatting di internet, ada yang kerana diuruskan oleh kedua orang tua. Ada pula yang bercinta seikhlas hati, ada yang separuh ikhlas, ada yang kerana rupa, kerana harta, kerana pangkat, dan macam2 kerana lagi.

Maka di dalam kategori manakah anda berada? Benarkah anda betul2 ikhlas dalam mencintai pasangan anda? Sejauh mana keikhlasan anda itu? Mari kita cuba lihat kebarangkalian2 ujian yang mungkin berlaku dalam cinta.  Bagaimana sekiranya ;

– Anda mendapat kemalangan atau penyakit dan hilang rupa paras anda yang dianggap cantik atau handsome oleh orang biasa.

– Anda kehilangan harta benda anda , mungkin kerana dikhianati, kemalangan, kebankrupan dan sebagainya.

– Anda kehilangan pangkat anda sebagai seorang yang berpangkat.

Lagi

Menjaga adab sopan di internet

1 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…….. Penggunaan bahasa kesat, mencarut, mencaci maki yang melampau di internet yang dilakukan oleh bangsa asing seperti orang Amerika dan sebagainya adalah perkara biasa sebelum ini. tetapi jika kita perhatikan sekarang, bangsa dan orang-orang agama kita sendiri pun sudah mulai menunjukkan taring dengan berkelakuan sedemikian. Mentang-mentang lah orang tidak nampak dan tahu identiti dia. Ini lah yang dinamakan ‘hero kampung’,  lantang suara di belakang tetapi apabila berdepan kecut perut lari  hehe

BIasa yang saya tengok, dalam ruangan komen di blog-blog, laman video seperti Youtube dan forum-forum penuh dengan komen-komen yang tidak sopan dan celupar. Sehingga menuduh orang lain sebagai setan, iblis, sesat, dan mencarut ntah apa-apa adalah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pengomen itu, na’uzubillah.

Kita selalunya lupa, bahawa komen-komen kita ini akan dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat dan pihak. Maka adakah kita merasa tidak malu apabila orang bukan Islam melihat kita mencarut, mencaci maki melampau dan biadab sesama kita?  Tidak sedarkah kita bahawa kita sedang  menunjukkan contoh kepada mereka dari segi perbuatan dan tingkah laku kita? Mana akhlak kita? Mana sabar kita dalam menempuh segala perkara? Mana sifat tawadhu’ kita kepada ALlah S.w.t? Adakah kita sekadar berpuas hati dengan melepaskan kemarahan kita, membuatkan kita merasa selesa?  Sedangkan kita sedang menjatuhkan maruah orang-orang Islam sendiri?  Itu yang sama-sama kita perlu fikir kembali. Lagi

Serba ringkas tentang Nabi Muhammad S.a.w

15 Komen


Salaamun alaikum w.b.t… Di sini saya kemukakan serba ringkas tentang perihal Rasulullah S.a.w yang dikarangkan dalam buku Sehari di kediaman Rasulullah karya Abdul Malik ibnu Muhammad. Jika siapa-siapa nak download buku tersebut sila klik link di atas. Semoga dapat memberi penerangan sebenar kepada kita tentang Nabi Muhammad S.a.w yang banyak disalah anggap oleh golongan-golongan tertentu.

Sifat-sifat Rasulullah

Al-Bara’ bin ‘Azib radhiyallah ‘anhu menuturkan:

“Rasulullah adalah seorang yang sangat tampan wajahnya, sangat luhur budi pekertinya, beliau tidak terlalu jangkung dan tidak pula terlalu pendek.” (HR. Al-Bukhari)

Masih dari Al Bara’ radhiyallah ‘anhu ia berkata:

“Rasulullah memiliki dada yang bidang dan lebar, beliau memiliki rambut yang terurai sampai ke cuping telinga (bahagian bawah telinga), saya pernah menyaksikan beliau mengenakan pakaian berwarna merah, belum pernah saya melihat sesuatu yang lebih indah daripada itu.” (HR. Al-Bukhari)

Abu Ishaq As-Sabi’i berkata: “Seseorang pernah bertanya kepada Al-Bara’ bin ‘Azib radhiyallah ‘anhu: “Apakah wajah Rasulullah lancip seperti sebilah pedang?” ia menjawab: “Tidak, bahkan bulat bagaikan rembulan!” (HR. Al-Bukhari)

Anas bin Malik radhiyallah ‘anhu mengungkapkan:

Lagi

Older Entries