Banyak haiwan lahir tanpa bapa

9 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. dan selamat sejahtera. Straight to the point –> Istilah Parthenogenesis berasal dari perkataan Greek παρθένος parthenos, “virgin”, + γένεσις genesis, “birth”. Maka maknanya dalam Bahasa Melayu ialah “kelahiran dara”. Ianya adalah suatu bentuk pembiakan aseksual ditemui pada si betina, di mana pertumbuhan dan perkembangan embrio berlaku tanpa persenyawaan oleh si jantan.

Parthenogenesis biasanya berlaku pada sesetengah spesis haiwan invertebrata seperti (Kutu air, kutu daun, nematoda, beberapa jenis lebah, beberapa jenis Phasmida, beberapa spesies kalajengking, dan Wasp parasit) dan juga beberapa spesis haiwan vertebrata seperti (sesetengah reptilia, ikan, dan jarang-jarang terdapat pada burung dan ikan jerung, terutamanya jerung jenis Hammerhead).

Sedangkan haiwan pun ada yang lahir tanpa bapa, maka mengapa perlu dikatakan kelahiran Yesus / Nabi Isa a.s tanpa bapa itu bahawa Yesus adalah Tuhan atau anak Tuhan? Mengapa tidak katakan sahaja haiwan-haiwan yang lahir tanpa bapa itu juga Tuhan? Bukti-bukti kelahiran tanpa bapa pada haiwan-haiwan ini juga membuktikan secara saintifik bahawa tidak mustahil ianya juga berlaku kepada manusia dan tidak semestinya yang lahir itu adalah ANAK TUHAN, kerana TUHAN tidak mempunyai ANAK.

Lagi

Fractals dan fibonacci pada alam ciptaan Tuhan

4 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…. dan selamat sejahtera. Sungguh unik sekali alam ciptaan Tuhan ini, SubhanAllah. Kali ini saya ingin menunjukkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua beberapa gambar yang menambahkan lagi bukti bahawa alam ini ada pencipta dan ciptaan itu pula berdasarkan kepada Matematik dan susunan2 yang indah. Terlebih dahulu saya akan bawakan beberapa keping gambar fractals pada alam maya ini. Dan diikuti nanti contoh2 fractals yang telah dihasilkan menggunakan kaedah matematik dalam komputer dengan menggunakan software ‘fractals generator’. 

Antara contoh2 software percuma ‘fractals generator’ yang dapat menghasilkan gambar2 corak fractals ialah; Fractal Explorer  , Apophysis  ,  Chaoscope  ,  Chaospro  ,  Fractal forge  ,  Sterling Fractal  ,  Tiera-28.  Anda boleh cuba sendiri software2 tersebut dan membuat gambar2 fractals anda sendiri.

Berikut adalah gambar2 alamiah yang membentuk fractals;

 

Broccoli

brocoli.jpg

brocoli.jpg
Via pictures 1 and 2

Chou Romanesco

 

romanescu.jpg Lagi

Pandangan2 manusia terhadap keindahan dunia

6 Komen


Assalaaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera.  Allah itu Maha indah dan Dia suka kepada yang indah2. Begitu juga dengan ciptaan Allah, terlalu banyak keindahan jika dihayati dengan sebaik mungkin. Dengan flora dan faunanya, dengan planet dan bintangnya, dengan bahan2 galiannya dan camam2 lagi. Tetapi persepsi manusia melihat kepada keindahan2 tersebut berbeza2. Sebagai contoh, ada yang suka kepada bunga ros, tetapi bagi manusia yang lain ada yang tidak sukakannya. Dan begitulah seterusnya selera manusia ini berbeza dalam menentukan keindahan sesuatu benda.

Mana mungkin manusia itu mempunyai selera dan citarasa yang sama 100%. Sudah tentu tidak kerana walau bagaimana pun akan ada juga perbezaan walaupun sedikit. Cuma di sini saya ingin menyentuh soal keimanan. Iaitu beriman kepada Allah, Tuhan pencipta alam ini. Bagi mereka yang beriman, sudah pasti meyakini bahawa alam yang indah ini adalah ciptaan Yang Maha Mencipta. Tetapi tidak semua akan memandang kepada ciptaan Allah ini akan sentiasa menghayati dan memuji penciptanya kerana keindahan tersebut. Di situ lah bezanya tingkatan iman seseorang. Seseorang yang mempunyai iman yang tinggi akan sentiasa merasakan kehadiran pencipta apabila melihat apa sahaja makhluk.

Maka kita disunatkan untuk membaca doa memuji Allah apabila melihat kepada keindahan alam ini. Doa tersebut yang maksudnya , “Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan ini sia2, Maha Suci Engkau jauhkanlah kami dari azab neraka”. Di sini lah letaknya maksud yang tersirat di sebalik kata2 mengingati Allah di mana sahaja kita berada. Dan kerana itu juga lah Nabi Muhammad S.a.w mengajar kita agar berfikir tentang kejadian yang diciptakan oleh Alah S.w.t.  Berfikir tentang makhluk adalah merupakan satu ibadah yang ada ganjarannya. Dan ianya juga termasuk dalam bab berzikir.

Ketahuilah bahawa segala puji-pujian adalah layak bagi ALlah dan Allah sangat suka dipuji. Kerana itu lah dengan memuji ALlah kita akan dapat pahala. Manusia juga suka dipuji, apa lagi Tuhan yang telah mencipta alam ini. Dan Allah sangat suka orang2 yang suka memujiNya. Manakala orang2 yang malas atau tidak mahu memuji Tuhan adalah orang2 yang sombong dengan Tuhannya. Banyak dalil2 yang menggalakkan kita memuji Allah, antaranya;

“Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.”  Surah AL An’am : Ayat 1

Lagi