Sami Buddha menggunakan hip hop, rap dan alkohol untuk berdakwah

Tinggalkan komen


Sekumpulan sami / biarawan Buddha di Jepun menggunakan muzik Hip-Hop untuk menarik pengikut baru agama Buddha. Biarawan Buddha menceritakan mengenai gaya mereka mengajar sebagai Buddhisme 2010 dalam sebuah rencana di CNN.
.
Gaya baru biarawan Buddha telah membuang nyanyian tradisional dan telah memasukkan rap dan Hip-Hop sebagai cara untuk memperkenalkan orang baru kepada iman mereka.
.
“Mendapatkan orang-orang muda kembali kepada agama Buddha adalah kunci untuk kelangsungan hidup,” Kansho ‘Mr. Happiness’ Tagai berkata kepada CNN. “Di Jepun, agama itu sedang berada dalam krisis.”
.
.

Minuman ringan buah-buahan berperisa arak

20 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Laporan berita dari Harian Metro hari ini mengatakan di pasaran sekarang ada minuman-minuman ringan yang diletakkan 5% alkohol di dalamnya, yang mana kadarnya lebih kurang dengan alkohol yang ada dalam satu tin minuman keras bir. Berikut adalah kandungan berita dari Harian Metro.

Luaran nampak seperti minuman ringan biasa, namun ia sebenarnya minuman berperisa arak yang kini menjadi kegilaan remaja terutama di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Mendedahkan perkembangan membimbangkan itu, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N V Subbarow, berkata hasil siasatan pihaknya mendapati minuman itu mengandungi alkohol 5.5 peratus.

Menurutnya, ramuan arak yang ditin dan dibotolkan itu menggunakan pewarna seperti warna oren, epal dan campuran buah tropika bagi menarik perhatian pembeli membelinya dengan harga antara RM5 hingga RM12 sebotol.

“Ibu bapa terutama mereka yang beragama Islam perlu memberi perhatian serius kerana peratusan alkohol dalam minuman ringan ini melebihi kandungan (alkohol) yang terkandung dalam setin ‘beer’ iaitu 5 peratus saja.

“Kajian yang dilakukan CAP mendapati lebih 50 peratus murid dan pelajar sekolah kini menyukai minuman ini. Lebih serius ia mudah didapati di pasar raya mini dan kedai serbaneka.

“Pejabat CAP dihujani panggilan daripada golongan ibu bapa yang risau dengan penjualan minuman ringan itu kerana ada di antaranya mendakwa anak-anak mereka berasa pening lalat selepas meminumnya,” katanya di Balai Berita di sini, semalam.

Selain itu, pihak CAP turut mendapat aduan daripada pihak sekolah yang mengatakan segelintir murid dan pelajar membawa minuman ini ke sekolah untuk tujuan mengadakan jamuan hari jadi.

Lagi

Seks , alkohol dan obesiti antara pembunuh utama dunia

3 Komen


alcohol-free

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Laporan terkini dari Reuters menyebut tentang kajian WHO bahawa seks yang tidak selamat, alkohol, pemakanan kanak2 yang teruk, sistem kebersihan yang teruk dan masalah darah tinggi telah menjadi punca utama terhadap 1/4 dari 60 juta kematian pramatang di seluruh dunia.

Tentang pemakanan kanak2, masalah tidak cukup zat makanan menjadi masalah kesihatan kepada negara miskin, sementara masalah terlebih makan / obesiti berlaku kepada negara2 yang membangun.  Obesiti / terlebih berat badan menyebabkan lebih kematian jika dibandingkan dengan tidak cukup makan.

Dan jika diperhatikan , semuanya adalah boleh dicegah jika betul2 mengikuti ajaran Islam yang sebenar. Hubungan seks di luar nikah dan di luar tabie telah dilarang keras di dalam Islam, minuman beralkohol dan arak dilarang keras, pemakanan disuruh menjaga dengan baik dan nabi Muhammad S.a.w sudah mengajar cara pemakanan yang terbaik dan mengelakkan dari perkara2 yang haram dan merbahaya, dan Islam mengajar menjaga kebersihan sama ada dari segi zahir dan juga batin.

Maka jika semua itu diikut dengan baik, maka tidak akan timbul masalah2 tadi insyaAllah. Dan begitulah sempurna dan indahnya ajaran di dalam Islam, iaitu ajaran yang diturunkan oleh Pencipta sekelian makhluk melalui rasulNya sebagai pedoman kepada manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini.

Lagi

Alkohol boleh meningkatkan risiko kanser payudara

Tinggalkan komen


Walaupun hanya sekali atau dua kali minum dalam sehari, alkohol tetap memberi risiko kepada kebanyakan jenis biasa ketumbuhan dalam payudara yang diaktifkan dengan hormon estrogen dan progesteron, menurut satu kajian terbesar mengenainya. Kajian kedua pula menunjukkan yang beberapa perubahan tertentu dalam 2 gen terlibat dalam memetabolismakan alkohol adalah berkaitan dengan bertambahnya risiko untuk kanser payudara dalam wanita post menopause.
.
Kajian ini telah dilaporkan oleh WebMD. “Cantiknya kajian ini adalah ia memberitahu kita sesuatu tentang mekanisma ini, yang mana alkohol boleh meningkatkan risiko kanser payudara”, kata Elizabeth Platz, ScD , seorang pakar dalam pencegahan kanser di Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health.
.
Sesetengah kanser payudara dijanakan oleh hormon, manakala setengah yang lain tidak. Pengkaji-pengkaji telah membuat review sejumlah 184,418 data dari wanita-wanita postmenopause, yang telah menjawab soalan-soalan tentang berapa banyak dan apa jenis alkohol yang mereka ambil setiap hari.

Olahan dari berita CBSNews

Ulasan –> Begitulah sejak kedatangan Islam, AlQuran telah melarang meminum arak dan minuman-minuman yang memabukkan termasuk minuman beralkohol. Larangan-larangan itu ada hikmahnya kerana Islam tidak melarang dengan sia-sia, tetapi untuk kebaikan manusia juga. Kerana pencipta kita iaitu Allah S.w.t Maha Tahu mana yang sesuai dan mana yang tidak untuk kita. Larangan-larangan dari Allah adalah untuk kebaikan manusia tetapi manusia sendiri yang ego dan engkar tidak mahu mentaatinya.

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (arak) dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan  beberapa manfa`at bagi manusia, tetapi dosa keduanya  lebih besar dari manfa`atnya”. Dan mereka bertanya  kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “Yang  lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan  ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,” Surah Al Baqarah : Ayat 219

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” Surah Al Maa-idah : Ayat 90

“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).” Surah Al Maa-idah : Ayat 91

Diriwayatkan dari Sayidatina Aisyah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang minuman yang dibuat daripada madu arak. Baginda menjawab: Setiap minuman yang memabukkan adalah haram” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

“Minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram.” Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi

Larangan meminum minuman keras bukan sahaja memberi mudharat pada kesihatan kita, tetapi jua memberi mudharat pada akal dan hati kita. Apabila kita mabuk, maka segala kejadian tidak diingini bila-bila masa boleh berlaku. Dengan mabuk ini akan membawa kita melakukan kejahatan-kejahatan lain di luar sedar kita.

Arak bukan penyelesai kepada masalah malah ia dapat menimbulkan lagi banyak masalah. Arak bukannya suatu bahan terbaik untuk kita dapat bertenang.

“Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”, Surah Ar Ra’d : Ayat 28.

.
“Berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.”, Surah Al Anfal : Ayat 45.

Semoga kita dapat mengambil pelajaran bersama. Wallahu a’lam