Selepas rampasan kuasa CIA, agensi itu yang mengawal ketenteraan

1 Komen


Ron Paul (ahli kongres parti Republican , juga merupakan seorang ahli fizik) mengatakan CIA mempunyai kesan melakukan “rampasan kuasa” terhadap kerajaan AS, dan badan perisikan ini harus “dibawa keluar.”
.
Bercakap kepada hadirin yang berfikiran sama iaitu libertarian di kempen untuk kebebasan (liberty) di persidangan serantau di Atlanta minggu lepas, Republican Texas itu berkata:
.
“Telah berlaku rampasan kuasa, adakah kamu sudah dengar? Ianya rampasan kuasa CIA. CIA menjalankan segala sesuatu, mereka menjalankan tentera. Mereka orang-orang yang melobi peluru berpandu (missile) dan bom pada banyak negara. … Dan tentu saja CIA adalah setiap bit adalah berahsia seperti Federal Reserve. … Dan kemudian fikirkan kerosakan yang telah mereka lakukan kerana mereka ditubuhkan [selepas] Perang Dunia II. Mereka adalah kerajaan kepada diri mereka sendiri. Mereka dalam perniagaan, dalam perniagaan dadah, mereka membuang diktator … Kita perlu buang CIA.”
.
Paul nampaknya merujuk pada laporan berita bahawa CIA sangat terlibat dalam serangan udara terhadap sasaran-sasaran Al-Qaeda di Afghanistan dan Pakistan. Bom bunuh diri akhir tahun lalu terhadap Forward Operating Base Chapman di Afghanistan mengambil nyawa tujuh mata-mata CIA, termasuk dua kontrak daripada Blackwater. Kejadian itu menunjukkan penglibatan CIA dalam usaha perang.
.
Paul merujuk pada CIA terlibat “dalam perniagaan dadah” merujuk pada tuduhan bahawa CIA telah membiayai sebahagian dari operasi-operasi rahsia dengan hasil pendapatan dari perniagaan dadah. Dakwaan itu adalah yang paling terkenal dibuat dalam laporan siasatan pada tahun 1996 dari San Jose Mercury-News, yang menyatakan bahawa kokain dari perang saudara Contra-Sandinista di Nicaragua telah dibawa masuk ke jalan-jalan di Los Angeles melalui CIA.

Via – The Raw Story

Advertisement

George W. Bush menjadi jurucakap motivasi

Tinggalkan komen


george w bush as motivational speakerAssalaamu’alaikum w.b.t……. Sudah agak lama tidak kedengaran berita tentang bekas presiden Amerika Syarikat yang ke 43 ini iaitu George W. Bush, kini muncul kembali bukan sebagai seorang presiden, tetapi sebagai jurucakap motivasi. Asyik buat lawak je Bush ni yer, sudah lah terlampau banyak gambar-gambarnya yang sudah dimanipulasi kan oleh ramai artis Photoshop, kini muncul dengan rasa tidak malu bercakap mengenai motivasi.

Saya suka memetik kepada maksud kata2 yang disampaikan oleh Professor Larry Sabato, seorang professor Sains Politik di University of Virginia. Beliau mengatakan mungkin apa yang akan disampaikan oleh George W. Bush nanti ialah bahawa dia adalah seorang model yang sebaiknya JANGAN dicontohi. Keh3

Pada hari Isnin ini Bush akan berucap dalam sebuah program yang diberi nama ‘Get Motivated‘. Dia akan menjadi jurucakap jemputan yang akan bercakap mengenai motivasi.  Mungkin dia ingin menceritakan tentang bagaimana untuk KALAH dalam sebuah pilihanraya.  Ucapannya selama 40 minit itu akan dibayar sebanyak $100,000 (£61,000).  Apakah manfaat daripada bayaran kepada ucapan selama 40 minit sebanyak itu kepada dia agaknya ya?

Ucapannya nanti akan diadakan di Fort Worth, Texas dan kemudiannya ada satu lagi iaitu di San Antonio pada bulan Disember nanti.  Itu pun jika dia masih hidup lagi waktu tu. Bagi sesiapa yang nak pergi dengar ucapan bekas presiden Amerika Syarikat yang juga salah seorang ahli dalam pertubuhan Skull and Bones ini silakan lah. 🙂

Pemerintahan khilafah VS New World Order

30 Komen


Salaam alaikum w.b.t……. Mungkin ramai yang dah dengar tentang pemerintahan Khilafah dan juga New World Order, tetapi perasankah anda tentang kaitan antara dua perkara ini? Di dalam Islam , nabi Muhammad S.a.w adalah nabi yang terakhir, selepas baginda tiada lagi nabi yang lain melainkan hanya digantikan dengan khalifah-khalifah yang ramai. Pemerintahan khilafah ini secara ringkasnya adalah satu pemerintahan bagi seluruh dunia Islam dan di bawah nanti akan diterangkan definisinya dari segi bahasa dan istilah.

Tetapi ramai yang tidak sedar, betapa dalam diam-diam kerajaan Amerika sekarang pun ingin menandingi konsep pemerintahan itu , dengan mereka mewar-warkan NWO (New World Order) yang merupakan sebuah “Teori Konspirasi” (Conspiracy theory). Perhatian ya, ini bukan NWO yang dalam rancangan gusti tu, tetapi NWO yang betul punya, bukan cobaan! Hehe. Dan dalang-dalang di sebalik NWO ini secara ringkasnya tentu lah gerakan kumpulan Freemason, Jews , Dajjal dan kerajaan Iblis sana. Dan telah dapat kita lihat sekarang Amerika sudah dapat menakluki Iraq, salah satu kuasa besar dunia. Dan targetnya selepas ini mungkin Syiria, dan seluruh wilayah Syam, sebelum akhirnya akan menakluki seluruh dunia dan jadikan seluruh dunia berada di bawah telunjuknya. Itu lah dia matlamat slogan New World Order (Tata Dunia Baru) iaitu satu pemerintahan bagi seluruh dunia yang mana pemerintahnya adalah Amerika Syarikat.

Kenyataan tentang New World Order ini sebenarnya telah dibuat secara rasmi oleh Presiden Russia waktu itu iaitu Mikhail Gorbachev dalam ucapannya di perhimpunan agung PBB pada 7 Disember 1988. Dia menekankan untuk menguatkan peranan pusat PBB dan penglibatan aktif dari semua pihak. Itu antara konsep awal NWO yang diperkenalkan olehnya. Tetapi pada 11 September 1990, George H.W. Bush (ayah kepada presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush) , telah mula membicarakan NWO ini dengan ucapannya yang bertajuk “Toward a New World Order” yang bermaksud “Ke arah Tata Dunia Baru”.

Lagi