Prof Stephen Hawking mengeluarkan kenyataan bahawa alam ini bukan dicipta oleh Tuhan

13 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Pada 3 September yang lalu, dalam akhbar Mail Online di Britain, saintis paling terkenal Britain iaitu Prof, Stephen Hawking telah membuat kenyataan bahawa alam semesta ini sebenarnya bukan diciptakan oleh Tuhan, tetapi ianya terjadi dari tiada dan lebih kepada satu hukum dalam Fizik. Di dalam buku provokatif tulisannya mengatakan , “modern physics left no room for a Creator – and that science could explain the origins of the universe”.

Katanya lagi , “‘Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing”.  Dia menegaskan bahawa kejadian alam semesta ini berlaku dengan spontan.  Dan tidak perlu melibatkan penciptaan semua ini dengan Tuhan.  Prof. Stephen Hawking nampaknya sudah lupa kepada kenyataan beliau sendiri pada tahun 1988 dahulu, di dalam tulisannya yang bertajuk  ‘A Brief History Of Time‘  , iaitu “If we discover a complete theory, it would be the ultimate triumph of human reason – for then we should know the mind of God”.

Dia yang suatu ketika dahulu pernah mengakui kewujudan Tuhan, kini membuat kenyataan yang bercanggah dengan fakta lamanya pula. Dan agak ramai juga yang menyokong kenyataan terbaru beliau ini, terutamanya mereka-mereka yang ateist , anti-Kristian dan anti-religion.  Kenyataan professor ini adalah satu tamparan yang hebat ke atas umat Kristian dan juga umat-umat agama lain yang mempercayai kewujudan Tuhan termasuklah umat Islam.

Professor itu juga telah membuat kenyataan bahawa ada kemungkinan wujudnya hidupan lain di planet-planet lain.  Kenyataan nya ini berbaur Illuminati dan saya amat yakin, ada pengaruh Illuminati di dalamnya.  Sama ada dia sendiri dipengaruhi oleh Illuminati, atau ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan ke atasnya dan mempermainkannya.

Antara kenyataan Professor ini tentang alien ialah  , “‘We only have to look at ourselves to see how intelligent life might develop into something we wouldn’t want to meet.

Lagi

Mata lalat – Bukti kukuh bahawa Tuhan itu wujud

19 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Kepada mereka2 yang baru sahaja menjadi Atheist, atau telah berpengalaman lama menjadi Atheist, atau baru berniat untuk menjadi Atheist, silakan lah tonton video ini dengan menggunakan AKAL yang waras. Perhatikan dengan TELITI pada mata lalat di dalam video ini. Lihatlah formasi2 yang kemas dan tersusun rapi itu. Adakah semua itu terjadi dengan sendiri??  Semua mata LALAT tersusun rapi dan kompleks begitu??  TIDAK MASUK AKAL!

Sila perhati dan renung sebaik mungkin terhadap kejadian ciptaan Allah Ta’ala itu. Jika anda masih mengatakan bahawa ianya TERJADI DENGAN SENDIRI, maka terpulang lah. 🙂

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.” Surah Al Hajj : Ayat 73

Lagi