Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah

25 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Saya sudah lama menulis tentang perkara ini, tetapi saya tulis dalam Bahasa Inggeris di blog lain. Saya ingatkan telah menulisnya dalam Bahasa Melayu, rupa-rupanya belum. Saya cari-cari tidak jumpa. Maka saya cuba lah tulis kembali tentang semua mahkluk bertasbih memuji Allah S.w.t.  Semoga saudara-saudara agama lain pun mendapat pengajaran darinya insyaAllah 🙂

Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah Nama-nama Allah pada bermacam makhluk.  Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.

Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil-sekecil makhluk  iaitu  ATOM, hingga sebesar-besar makhluk seperti matahari dan bintang-bintang lain yang lebih besar seperti  Sirius, Pollux, Arturus, Rigel, Aldebaran, Betelgeuse, Antares  dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1

Konsep ATOM, di mana Elektron mengelilingi Neukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet-planet mengelilingi matahari dalam sistem suria (Solar System) kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti (Milky Way Galaxy) dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan Allah S.w.t.

Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain?  Sudah tentu lah ada yang mengawalnya.

Lagi

Teori molekul

Tinggalkan komen


Teori molekul menyatakan bahawa semua jirim terdiri dari zarah-zarah halus yang dinamakan molekul. Molekul ini pula mengandungi zarah-zarah yang lebih halus yang dinamakan atom. Jirim boleh diuraikan kepada juzuk-juzuk yang terhalus iaitu atom.

Orang Greek percaya kepada teori jirim tak selanjar (discontinuous theory of matter) yang menyatakan bahawa satu-satu benda, jika terus dibahagi berkali-kali (infinite numbers of time) akan menghasilkan ‘benda halus’ yang masih serupa dengan benda asalnya.

John Dalton dalam tahun 1803 telah mengemukakan pertama kalinya gambaran jirim yang terdiri dari atom. Kenyataan-kenyataan asal Dalton berkenaan teori ini telah dipinda. Teori atom yang moden mengatakan bahawa;

– Semua jisim terdiri daripada zarah-zarah halus yang dinamakan atom.

– Jenis atom yang berlainan adalah sama banyaknya dengan jenis unsur.

– Atom-atom yang sejenis adalah sama atau hampir-hampir sama beratnya.

Lagi