Lipas dan belalang kunyit mungkin boleh membantu memerangi MRSA dan E.Coli

7 Komen


Salaam. Siapa sangka, serangga yang dikenali mempunyai imej yang kotor, boleh menjadi ubat kuat untuk memerangi MRSA dan E.coli. Serangga-serangga ini mengandungi molekul antibiotik yang kuat di otak mereka yang boleh digunakan untuk membangunkan perubatan baru melawan MRSA dan bakteria E coli, kata para saintis di Universiti Nottingham.

Mereka telah mengenalpasti sehingga sembilan molekul yang berbeza dalam tisu-tisu lipas dan belalang yang beracun terhadap bakteria dan mereka berharap akan membuka jalan bagi rawatan baru untuk pertahanan multi-ubat jangkitan bakteria.

Tisu-tisu otak dan sistem saraf serangga boleh membunuh lebih daripada 90%  MRSA dan bakteria E.coli, tanpa membahayakan sel-sel manusia.

Simon Lee, seorang penyelidik pascasarjana yang menyajikan karyanya di musim gugur  pada pertemuan Society for General Microbiology di Nottingham, berkata: “Kami berharap bahawa molekul-molekul ini akhirnya dapat dikembangkan menjadi rawatan untuk E. coli dan jangkitan MRSA yang semakin bertahan terhadap ubat-ubatan saat ini .

Lagi

Advertisement

Sumpah2 memburu serangga dengan penyamaran dan lidahnya yang panjang

Tinggalkan komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Siapa tidak kenal dengan sumpah2 / Chameleon yang mana mempunyai keupayaan untuk menyamar. Kulit2nya boleh bertukar warna dan corak mengikut keadaan di persekitarannya. Video di bawah ini dirakamkan oleh BBC di Madagascar. Memaparkan secara detail serangan hendap sumpah2 terhadap mentadak mentadu dan belalang. Perhatikan lidahnya yang boleh menjangkau mangsa dalam jarak yang jauh. Matanya pula stereoskopik , dapat mengesan pergerakan di sekelilingnya dengan mudah dan cepat.

Mentadak mentadu itu juga merupakan seekor pemburu yang hebat dalam alam serangga.  Tetapi ia juga tidak terlepas dari tangan si sumpah2 ini. Begitulah alam ciptaan ALlah ini yang mana MATI adalah satu kemestian dan bila2 masa boleh berlaku. Setiap haiwan akan menjadi mangsa kepada haiwan lain. Sehinggakan seekor singa yang menjadi raja di hutan pun akan menjadi mangsa haiwan lain pula nanti. Nak tahu haiwan apa yang akan makan singa? Sudah tentu lah ulat2 nanti setelah singa tu mati , keh3

Sumber video – BBC